PUBG baru-baru ni telah membuat announcement yang mereka berkerjasama dengan Samsung untuk membuat Tournament terbaru khas untuk PUBG MOBILE sahaja! Tournament yang telah bermula ikut region di dunia, region apa yang masuk? Yang pertama, Asia, then North America, South America, Europe, China, Korea dan Jepun dan main prize dalam game bernilai RM 2 Juta!
Sayang korang tak boleh join sebab macam tadi aku cakap, Tourney ni dah berjalan dan as aku menulis sekarang Tourney tu masih dalam semi-final regional round, So korang boleh support team favourite korang dalam ni, untuk pengetahuan korang, kalau nak masuk dalam tourney ni korang DIWAJIBKAN ada 1000 followers, tak kisah la mana-mana Youtube ke, Twitch ke, Facebook ke PUBG tak kisah, asalkan ada 1000 followers korang boleh masuk.
Tapi korang tanya ada team Malaysia tak dalam tournament tu? Actually aku buat gali sikit aku jumpa satu team yang masuk tapi taktau still dalam tournament lagi ke tak, Nama team tu Vain.My Gaming. So lepas menang region diorang akan terus masuk ke finals yang bertempat di Dubai, UAE pada hujung tahun ni so korang boleh tengok tournament ni nanti dan enjoy the whole tournament, Support team pilihan korang dan if Vain.My Gaming still dalam tournament aku harap korang boleh buat Malaysia bangga dan if ada team lain masuk sila bagitau aku.
*Bawah ni adalah video Mobile Star Challenge*
So aku disini yang tak lama pun dalam dunia PUBG, tapi aku definitely boleh rasa community PUBG akan stay hidup untuk masa yang lama, tak kisah la dari Mobile, PC, Console or even Emulator. Yang penting korang main untuk Chicken Dinner. Untuk Any news tentang PUBG Mobile tournament boleh Click kat bawah.
@gamersantaimy
Discussion about this post