Berikutan pemilikan Activision oleh Xbox, Microsoft menjangkakan bahawa Sony Interactive Entertainment akan lancarkan varian baharu konsol PlayStation 5 pada tahun ini. Bukan setakat itu sahaja, menurut penghasil konsol Xbox tersebut, PS5 Slim akan dilancarkan dengan harga yang lebih murah jika nak dibandingkan dengan konsol biasa PS5. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Dalam satu dokumen yang menjadi sebahagian daripada pertempuran Microsoft dengan US Federal Trade Commission (FTC), syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka jangka model baharu PS5 akan keluar dengan harga yang sama seperti PS5 versi digital.
“PlayStation mungkin menjual edisi digital yang kurang mahal untuk $399.99, dan dijangka melepaskan PlayStation 5 Slim pada tahun ini dengan harga yang sama,” menurut dokumen tersebut.

Microsoft juga memetik Project Q dalam dokumen tersebut, dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan membeli Activision Blizzard. Kalau anda ingin tahu, Project Q merupakan peranti handheld baharu PS yang membolehkan anda untuk strim game PS5. Buat sementara ini, Sony masih belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai peranti handheld tersebut.

Anggapan Microsoft mengenai PS5 Slim bukanlah perkara yang pelik. Sudah menjadi kebiasaan Sony untuk melepaskan konsol PlayStation versi Slim sebagai contoh PS3 Slim dan PS4 Slim. Jadi kalau tiba-tiba PlayStation 5 Slim diumumkan memang tidak pelik langsung.
Tahun lepas juga ada berita mengenai model PS5 yang hadir dengan pemacu cakera yang boleh ditanggalkan. Dilaporkan juga model tersebut mempunyai casis yang diperbaharui serta mempunyai port USB-C tambahan di bahagian belakang sistem konsol. Sebagai tambahan, pemacu cakera tersebut mungkin dijual secara berasingan atau bundle. Tetapi khabar angin mengenai model ini masih belum disahkan oleh Sony.
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/67747373/jbareham_201022_ply1040_ps5_lead_0002.0.jpg)
Apa pendapat anda tentang jangkaan Microsoft ini? Kalau PS5 Slim betul-betul lancar tahun ini, adakah anda akan membelinya? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan berita lain mengenai PlayStation daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post