Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“PS5 FIFA 23 Bundle” mula dijual pada 30 September 2022, bernilai RM2769!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2022
in Artikel
0 0
0
“PS5 FIFA 23 Bundle” mula dijual pada 30 September 2022, bernilai RM2769!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) hari ini mengumumkan bahawa “PS5 Console EA Sports FIFA 23 Bundle” akan mula dijual pada 30 September 2022 pada harga runcit sebanyak RM2769. Bundle ini termasuk konsol PlayStation 5, controller wayarles DualSense, kad baucar PS5 “EA Sports FIFA 23” dan kad baucar “EA Sports FIFA 23” Ultimate Team (FUT 23).

Rumusan FIFA 23:

Sebagai ansuran terbaru dalam francais, FIFA 23 membawa lebih banyak aksi dan realisme bola sepak ke atas padang, dengan kemajuan Teknologi HyperMotion2 pada PS5 yang membantu mencipta lebih banyak animasi bola sepak tulen berbanding sebelum ini.

Bukan itu sahaja, kita dapat bermain kejohanan terbesar dalam bola sepak di kedua-dua Piala Dunia FIFA lelaki dan wanita (datang sebagai update selepas pelancaran), bermain sebagai pasukan kelab wanita buat pertama kalinya, dan menikmati fitur cross-play yang memudahkan kita bermain dengan kawan-kawan.

Seterusnya, kita dapat bermain dan membina skuad impian dengan “FUT Moments” dan sistem “Chemistry” serba baharu dalam FIFA Ultimate Team, atau merealisasikan impian bola sepak dalam Career mode sebagai pemain, atau mengurus kelab bola sepak paling terkenal di dunia.

Maklumat “PlayStation 5 Console EA Sports FIFA 23 Bundle”:

  • Tarikh keluaran: 30 September 2022
  • Harga: RM2,769
  • Kandungan
  • Konsol PS5 (No. Model: CFI-1118A01) x 1
  • Controller wayarles DualSense x 1
  • Base (stand) x 1
  • Kabel HDMI x 1
  • Kord kuasa AC x 1
  • Kabel USB x 1
  • Bahan bercetak x 1
  • Astro’s Playroom (game pra-pasang) x 1
  • Kad baucar PS5 “EA SPORTSTM FIFA 23” (Bahasa Inggeris/Cina/Korea Ver.) x 1
    • Termasuk kandungan digital:
      • EA Sports FIFA 23 PS5
      • 1 Pemain TOTW yang tidak boleh dijual
      • Kylian Mbappé loan item
      • FUT Ambassador Loan Player Pick
      • Career Mode Homegrown Talent
  • Kad baucar EA Sports FIFA 23 Ultimate Team x 1
    • Termasuk kandungan digital:
      • Satu (1) Tradable Rare Gold Players Pack
      • Tiga (3) Untradable Icon Item untuk 5 perlawanan FUT

Anda boleh merujuk senarai INI untuk melihat kedai berdekatan.

Untuk membaca segala liputan kami tentang FIFA 23, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

[Preview] Demon Slayer – The Hinokami Chronicle DLC — Menampilkan Uzui & Demon Form Nezuko

Next Post

TMNT: The Cowabunga Collection Review –Koleksi Khas Game TMNT Untuk Peminat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
TMNT: The Cowabunga Collection Review –Koleksi Khas Game TMNT Untuk Peminat!

TMNT: The Cowabunga Collection Review --Koleksi Khas Game TMNT Untuk Peminat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd