Sebuah konsol PS5 emas dan controller DualSense telah didedahkan untuk pemain PlayStation yang tidak tahu untuk beli apa dengan duit lebihan mereka. Apabila PS5 dilancarkan akhir tahun ini, ramai menganggap ia bernilai antara RM2000 hingga RM2500. Harganya agak mahal, terutama dengan ekonomi semasa tetapi bagi sesetengah orang, nilai ini sebenarnya murah. Sekiranya anda salah satu daripada “sultan-sultan” ini, anda mungkin berminat untuk mendapatkan PS5 versi emas bersama alat kawalan dan headset.
Semalam, Truly Exquisite telah mendedahkan koleksi PS5 mewah terbarunya yang merangkumi PlayStation 5, DualSense, dan headset rasmi diperbuat daripada emas 24K (100% emas tulen) dengan kemasan emas 18K rose gold (75% emas tulen bercampur bahan-bahan lain).
https://www.instagram.com/p/CC9CdGNFrQF/
“Sony Playstation 5 yang lama ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan kini menjadi lebih baik. Truly Exquisite dengan bangga mengumumkan bahawa kami akan memberikan satu lagi pengeluaran … kali ini dalam bentuk Sony PS5 yang baru … tersedia untuk dibeli dalam bentuk emas 24K, platinum dan juga rose gold 18K. Kami tidak sabar untuk menghasilkan sendiri produk cantik ini.” -Truly Exquisite.
Buat masa ini, Truly Exquisite tidak mengumumkan apa-apa maklumat tambahan. Dalam erti kata lain, kami tidak tahu berapa kos produk ini, tetapi sudah tentu ia tidak murah. Truly Exquisite akan mendedahkan maklumat tentang pra-pesanan dan pengedaran tidak lama lagi. Seperti yang ditunjukkan dalam video promosi di atas, PS5 emas ini akan keluar pada Disember 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post