Beberapa minggu lepas, kita ada berita yang PS Vita akan ditamatkan pembikinan di Jepun, ianya satu berita yang sedih bagi peminat PS Vita yang pernah main Uncharted Golden Abyss, Minecraft dan Lost Dimension yang pernah menaikkan nama brand PS Vita sebelum ini. PS Vita yang mempunyai sejarah yang agak naik turun, kerana ada game mereka yang ada yang orang kata “Hit or Miss”.
Sony has officially stopped producing the PS Vita https://t.co/AfxWJZ0IBb pic.twitter.com/1dYEazf1J3
— The Verge (@verge) March 2, 2019
Ada beberapa faktor yang mungkin kenapa PS Vita mati dan salah satunya adalah game yang dikeluarkan untuk platform PS Vita adalah, kebanyakannya game yang suam-suam kuku dan kebanyakkan game yang ada dalam PS Vita adalah Visual Novel Game yang masa itu adalah game yang dikatakan “Trendy”, walaupun begitu tidak semua game PS Vita adalah teruk, tetapi ada yang memang seronok untuk dimain!
Kalau buka website sekarang, anda akan melihat dua page iaitu PCH-2000 ZA11 (PS Vita Black) dan PCH-2000 ZA23 (PS Vita Aqua Blue), anda akan melihat yang website itu bertulis “shipments ended” yang menanda dua produk terakhir dari PS Vita telah ditamatkan bermula hari ini.
https://twitter.com/PatEPatterson/status/1102298855637426177
Sudah tentu kita berasa sedih bagi peminat PS Vita yang ramai pernah menghabiskan waktu bersama main game pilihan mereka seperti Persona 4, Uncharted dan banyak lagi. Sayang, Sony terpaksa hentikan produk PS Vita demi kebaikan syarikat Sony.
Sumber: Gematsu.
@gamersantaimy
Discussion about this post