Ghostwire: Tokyo ditunda pada awal tahun ini hingga ke tahun 2022, tetapi di acara PS Showcase 2021 hari ini, mereka telah mengumumkan trailer gameplay baru yang memberi maklumat lanjut kepada peminat yang sabar menanti.
Pemain terbangun di tengah bandar Tokyo yang kosong dan mendapati semua penduduk telah menghilang. Sudah tentu, dia tidak tahu ke mana semua orang pergi atau bagaimana perkara ini boleh berlaku tetapi situasi tidak mengizinkan hero kita untuk berehat kerana sejumlah “yokai” (hantu Jepun) telah datang dari dimensi lain untuk menyerang bandar Tokyo. Entiti ini yang nampaknya dipimpin oleh seorang lelaki bertopeng bernama Hannya.

Anda perlu menguasai Ethereal Weaving – sejenis ilmu pertempuran kuno yang menggabungkan kuasa elemen dengan tenaga spiritual – di samping memahirkan diri memakai peralatan unik dan kemahiran memburu hantu untuk menghadapi ancaman tersebut. Dengan kekuatan angin, air dan api, anda harus menggabungkan kuasa ini untuk menewaskan pelbagai musuh ghaib, termasuk:
- Hantu lincah yang datang dalam bentuk pelajar sekolah menengah tanpa kepala. Mereka menyerang secara berkumpulan, dan menggunakan kepantasan dan akrobatik untuk membuat kita keliru.
- Boneka berdasarkan patung teru teru bozu yang terbang di udara, seolah-olah diangkat oleh tali yang tidak kelihatan, dan menembak api dari jarak jauh.
- Hantu tak berwajah yang berkeliaran dalam hujan dalam pakaian pengebumian. Hantu ini dapat memantulkan serangan kita dengan payung lalu cuba untuk mendekat bagi menyerang.

Game ini dihasilkan khusus untuk PS5 kerana Tango Gameworks membangunkan Ghostwire: Tokyo sambil mempertimbangkan perkakasan konsol next-gen. Ia akan memanfaatkan ray-tracing milik PS5 dan teknologi audio 3D manakala SSD akan memberi “load time yang sangat pantas” supaya pemain boleh meneroka Tokyo dengan lancar.
Dualsense juga menggunakan teknologi audio built-in yang membolehkan kita mendengar “suara hantu”, demo memberikan pengalaman supernatural yang lebih imersif. Pada masa yang sama, fitur adaptive trigger dan haptic feedback di DualSense akan diterapkan supaya kita dapat merasakan aksi yang berlaku pada setiap detik.

Itu sahaja info gameplay yang didedahkan buat masa ini, Ghostwire: Tokyo bakal dilancarkan pada tahun 2022 untuk PS5 dan PC. Untuk segala liputan kami untuk acara PS Showcase 2021, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post