Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS Plus tawar ‘7 Hari Percuma’ untuk Extra & Deluxe, boleh cuba Stray!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2022
in Artikel, Berita, Game Percuma, Promosi, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
PS Plus tawar ‘7 Hari Percuma’ untuk Extra & Deluxe, boleh cuba Stray!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony kini menawarkan ‘tempoh percuma selama tujuh hari’ bagi dua pelan langganan PlayStation Plus (PS Plus)! Kedua-dua pilihan PS Plus Extra (RM44.00/sebulan) dan Deluxe (RM50.00/sebulan) kini menawarkan tujuh hari percuma kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba perkhidmatan tersebut termasuk semua game dan diskaun yang disertakan sekali.

Secara lebih khusus lagi, anda perlu memilih untuk mendaftar ke Extra atau Deluxe melalui pilihan pengebilan – bulanan/tiga bulan/tahunan. Selesai sahaja itu, barulah anda ditawarkan pilihan untuk mendapatkan tempoh ‘tujuh hari percuma’. Selepas tempoh masa itu tamat, anda dikehendaki untuk membayar mana-mana model yang dipilih.

Bagi sesiapa yang berminat, saya sertakan screenshot untuk pilihan pembayaran untuk Extra/Deluxe yang semuanya kini berharga RM0.00 – termasuk harga sebenar di bawah.

Pelan Extra
Pelan Deluxe

Nasib baiklah kita boleh membatalkan langganan ini. Secara khusus, terma dan syarat Sony menjelaskan bahawa anda boleh membatalkan langganan sebelum tempoh percubaan tamat untuk mengelak diri daripada dicaj. Jika gagal berbuat demikian, anda akan “dikenakan langganan berterusan secara automatik di mana yuran perlu dibayar mengikut pelan yang dipilih tadi – sehingga pelan itu tamat tempoh atau dibatalkan.

Pada masa yang sama, tawaran ‘7 Hari Percuma’ ini tidak tersedia kepada sesiapa yang sudah menjadi ahli PS Plus dan adalah inisiatif baharu supaya lebih ramai pemain dapat mencuba pakej mereka. Buat mereka yang belum lagi melanggan tetapi benar-benar ingin mencuba sesebuah game (syarat perlu habiskan dalam masa kurang seminggu), ini adalah cara yang bagus.

PS Plus telah menambah pelbagai game menarik pada katalog merea untuk bulan Julai yang diterajui oleh puzzle platformer kucing popular – Stray, RPG hebat Final Fantasy 7 Remake Intergrade dan game superhero action adventure Marvel’s Avengers!

Buat masa ini, Stray memang terkenal di kalangan gamer sebab gameplay comel yang menampilkan kucing. Disebabkan game itu pun tidak memakan banyak masa (kurang daripada 10 jam boleh tamat), tempoh percuma PS Plus adalah cara yang bagus untuk bermain! Korang boleh baca lagi tentang Stray di review kami!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps plusPS4ps5Stray
Previous Post

Kandungan utama Naraka: Bladepoint Mobile telah selesai, pra-daftar sekarang!

Next Post

Filem Satria Dewa: Gatotkaca akan keluar di Malaysia pada 18 Ogos 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Filem Satria Dewa: Gatotkaca akan keluar di Malaysia pada 18 Ogos 2022

Filem Satria Dewa: Gatotkaca akan keluar di Malaysia pada 18 Ogos 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd