Setiap bulan PS Plus akan memberikan game percuma untuk semua pelanggannya. Untuk Oktober 2022, PS Plus akan hadir dengan tiga game percuma iaitu Injustice 2, Hot Wheels Unleashed dan Superhot. Kesemua game ini akan tersedia pada 4 Oktober sehingga 31 Oktober 2022. Jom kita lihat satu persatu game percuma ini!
Hot Wheels Unleashed | PS4, PS5

Kumpul, bina dan berlumba dalam game arked sim yang berdasarkan dunia Hot Wheels. Dapatkan kenderaan baru, kemudian terus ke trek untuk berlumba dengan rakan dengan two-player split-screen atau 12 pemain lain dalam talian. Reka trek tersendiri dengan editor tersedia seperti Ad loop, booster, halangan dan elemen khas untuk menjadikan taman hiburan yang luar biasa untuk perlumbaan anda, kemudian kongsi rekaan anda dalam talian untuk dicuba pemain lain.
Injustice 2 | PS4

Pencipta Mortal Kombat kembali DC Universe dengan lebih ramai superhuman untuk dimainkan. Pilih versi hero atau supervillain dan bawa pertempuran epik untuk mengagumkan dunia. Temui pemain lain secara lokal dan dalam talian atau libatkan diri dalam kempen single-player sebagai Batman yang bergelut menentang Superhuman. Anda akan memperoleh selepas setiap perlawanan untuk melengkapkan, menyesuaikan dan mengembangkan roster anda.
Superhot | PS4

Superhot ialah FPS yang bermain dengan masa. Apabila anda bergerak, waktu itulah masa juga bergerak. Tanpa health bar dan ammo drop, anda perlu mengalahkan musuh serta merampas senjata daripada musuh yang telah tumbang.
Rogue Explorer | PS4, PS5

Rogue Explorer membawa kembali cabaran rougelike klasik tanpa sekatan melampau atau kekecewaan. Setiap “metroidvania” dungeon dalam game ini mempunyai banyak lapisan, semakin jauh anda menerokanya, semakin berbahaya untuk anda terokai. Tetapi jangan risau kerana watak anda dapat gear semula walaupun gagal dalam quest.
Crisis Wing | PS4, PS5

Dengan memaparkan 7 stage, senjata yang boleh dikemas kini dan multiplayer co-op, Crisis Wing menggabungkan gameplay moden dengan persembahan nostalgik. Ditambah dengan soundtrack dan CRT filter yang memberikan mood “old-school”.
Anda yang masih belum tuntut game percuma PS Plus September 2022, anda mempunyai masa sehingga 3 Oktober ini. Game percuma PS Plus Oktober 2022 mana yang anda akan main nanti? Boleh kongsi bersama kami. Untuk segala liputan mengenai game percuma, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post