Selepas pengakhiran Mobile Legends: Bang Bang Finals pada hari semalam, kini tiba giliran pemain di seluruh Malaysia untuk bertanding di Predator Championship 2021 – Valorant Finals, di mana anda akan mendapat peluang untuk membeli produk Acer dan terpilih pada harga diskaun secara eksklusif dalam tempoh tersebut. Dengan diskaun hingga RM300 dan Lazada e-Baucar yang bernilai sehingga RM200 untuk dimenangi*, promosi Predator Championship ini memang tidak patut anda ketinggalan.
*Tertakluk pada terma dan syarat*

Bermula 27 – 28 November 2021, antara produk yang anda boleh dapatkan terdiri daripada laptop gaming, monitor gaming, aksesori dan banyak lagi. Berikut adalah antara produk yang ditawarkan Acer sempena promosi ini:
Acer Nitro 5
Dilancarkan khas untuk Predator Championship 2021, dua varian Nitro 5 disediakan untuk pengguna iaitu:
- Nitro 5 (AN515-57-73H1)
- Harga promo: RM 4,599 (Harga asal
RM 4,699)
- Harga promo: RM 4,599 (Harga asal
- Nitro 5 (AN515-57-57E9)
- Harga promo: RM 3,899 (Harga asal
RM3,999)
- Harga promo: RM 3,899 (Harga asal
Pengguna akan menerima Gaming Urban Backpack percuma dan Lazada e-Baucar bernilai sehingga RM 200.
Sebagai laptop gaming pertama Acer Malaysia dengan cip pemprosesan Intel® Core™ generasi ke-11 dengan sistem cooling yang diperbaharui, Acer Nitro 5 ini dilengkapi dengan NVIDIA® GeForce GTXTM 1650, boleh dinaik taraf 32GB 3200Mhz DDR4 RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD. Ia direka dengan memenuhi keperluan pemain, dan memberi mereka ruang untuk meningkat RAM lebih tinggi dengan kapasiti hingga 32GB bersama slot M.2 tambahan bagi peningkatan storan.
Acer Nitro 5 mempunyai paparan IPS FHD 15.6 inci dengan kadar penyegaran 144Hz bagi kelancaran semasa gaming dan dilengkapi dengan aplikasi NitroSense™ untuk memeriksa suhu sistem dan mengubahsuai kelajuan kipas semasa bermain.
Predator Helios 300
Predator Helios 300 adalah laptop gaming pertama Predator di Malaysia dengan kad grafik NVIDIA® GeForce RTXTM. Bersama 11th Gen Intel® Core™ i7, Predator Helios 300 membolehkan para gamer bermain dengan lancar. Ia turut menampilkan dua PCIe NVMe SSD, yang dilengkapi dengan 512GB PCIe NVMe SSD. Terdapat juga satu slot tambahan HDD dan satu slot M.2 RAM 8GB DDR4 yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB.
Dengan perkakasan yang canggih, Predator Helios 300 mempunyai paparan bezel nipis IPS FHD 15.6 inci untuk menyokong refresh rate 144Hz manakala audio pula dikuasakan dengan DTS: X Ultra dan simulasi 3D surround sound yang membolehkan pengalaman audio lebih mengasyikkan.
Asalnya harga RM 6,299, anda boleh mendapatkan Predator Helios 300 pada harga promosi RM 6,199. Jika membuat pembelian, ini melayakkan anda mendapat Predator Gaming Urban Backpack, Predator Cestus 330 gaming mouse dan Lazada e-Baucar sehingga RM200 untuk dimenangi.
XB323QKNV Monitor
Predator XB323QK NV adalah monitor gaming IPS sebesar 31.5 inci UHD (3840 x 2160) direka untuk gamer yang mahukan teknologi paling canggih. Dilengkapi dengan Adaptive Sync yang serasi dengan NVIDIA® G-SYNC, kadar segar semula 144 Hz pada panel Agile-Splendor IPS membolehkan pemain menikmati permainan lancar dengan pilihan warna yang cergas ditawarkan oleh DCI-P3 90% Wide Color Gamut monitor tersebut. Dengan ketepatan warna Delta E<1, Predator XB323QK NV juga memiliki pensijilan VESA DisplayHDR™ 400 untuk memenuhi permintaan gamer.
Dengan ErgoStand inovatif, Predator XB323QK NV membolehkan pengguna mengubah kedudukan ketinggian, memusing, tinggi, memutar dan menyenget monitor bagi mendapatkan sudut pandangan yang sempurna. Biasanya berharga RM4,299, anda boleh dapatkan Predator XB323QK NV pada harga RM3,999 yang lebih murah semasa promosi ini. Inilah review kami untuk monitor tersebut.
Mana untuk beli?
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari kedai Lazada Acer untuk melihat senarai penuh tawaran dan produk yang ditawarkan secara diskaun. Untuk segala liputan kami tentang produk Acer dan Predator, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post