Salah satu phone gaming hebat yang menjadi idaman gamer mobile sekarang adalah ASUS ROG Phone 5 Ultimate. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac yang lalu, dan terbukti sebagai salah satu peranti gaming paling hebat buat masa ini. Jadi, ASUS kini mengumumkan mereka akan melancarkan promosi istimewa pada bulan ini, di mana pelanggan yang membuat pra-pesanan ROG Phone 5 Ultimate mulai 8 Ogos boleh menerima ROG STRIX Go Core (Moonlight White) dan Ultimate Fan Gift Box secara percuma!

Untuk masa yang terhad, anda boleh dapatkan headset gaming ROG STRIX Go Core dan Ultimate Fan Gift Box Collection (bernilai RM1,099) dengan membuat pra-pesanan untuk ROG Phone 5 Ultimate! Promosi istimewa ini berlangsung dari 8 Ogos 2021 sehingga 21 Ogos 2021. Bagi mereka yang berminat, anda boleh membuat pra-pesanan di Lazada dan Shopee, di mana hanya model ini sahaja yang disertakan dalam promosi.
Bagi mereka yang tidak tahu, phone ini dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon ™ 888 5G terkini, keajaiban futuristik ini memaparkan paparan 144 Hz / 1 ms responsif yang luar biasa, paparan matriks belakang ROG Vision unik, sistem bateri dengan 6000 mAh1, kawalan permainan AirTrigger 5 yang ditingkatkan secara besar-besaran, dan sistem audio GameFX.

Jadi, pastikan anda buat pra-pesanan bermula 8 Ogos nanti jika mahu mendapatkan phone gaming yang hebat ini! Jika ingin mengetahui lebih lanjut lagi, anda boleh sahaja layari laman rasmi ROG ASUS. Bagi yang ingin mendapatkan pendapat mengenai telefon pintar ini, anda juga boleh membaca ulasan kami mengenai ROG Phone 5 dan ROG Phone 5 Ultimate.
@gamersantaimy
Discussion about this post