Masih ingat dengan Projek “NEXT” Mobile Legends: Bang Bang yang diperkenalkan Jun lalu? Nampaknya mereka telah melancarkan treler terbaru iaitu Beyond Legends!
Bertindak sebagai satu komponen penting bagi Projek NEXT, MLBB telah giat menjalankan usaha-usaha konsisten dalam melaksanakan pembentukan semula wira-wira klasik mereka. Segenap sudut daripada luaran sehinggalah ke dalaman, wira-wira klasik ini yang dahulunya merupakan legenda bakal memiliki set-set teknik, kisah latar, serta gaya penampilan yang baharu.
Di dalam treler ini, Eudora akhirnya berjaya melepaskan diri daripada belenggu prejudis yang merantai dirinya; Zilong pula secara sendirinya berjaya menggapai satu tahap lebih tinggi; manakala Miya akhirnya telah melangkah ke hadapan dan berjuang demi keseluruhan puaknya. Mereka semua telah membentuk semula diri masing-masing dengan cara mereka tersendiri dan lantas menjadi seorang yang jauh lebih hebat berbanding diri mereka yang sebelumnya, secara tidak langsung bertepatan dengan tujuan utama Projek NEXT – Beyond Legends.
Berkongsi nama seperti yang digunakan oleh treler, lagu tema berkenaan juga menggambarkan semangat di sebalik konsep ‘Beyond Legends’. Sama seperti kelajuan arus yang dapat disaksikan dalam treler, lirik lagu bermula perlahan dan secara sedikit demi sedikit mendaki ke arah puncak klimaks yang menyaksikan para legenda ini akhirnya dibentuk semula sepenuhnya. Keseluruhannya, daripada sudut perspektif kualiti video, kualiti muzik, dan juga penceritaan, kami secara ringkasnya boleh menyatakan bahawa treler ini memaparkan suatu tahap kualiti tertinggi jika dibandingkan dengan apa-apa yang pernah disajikan oleh Mobile Legends sebelumnya. Treler ini menggambarkan secara jelas nilai dedikasi Moonton untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih baik daripada segi luaran dan dalaman kepada setiap pemain.
Beberapa hari sebelum treler baharu ini dilancarkan, MLBB telah mendedahkan logo serba baharunya pada 6hb September. Logo serba baharu ini menggunakan peta klasik MOBA sebagai elemen asas, yang secara tidak langsungnya menggambarkan jenis permainan dan secara jelas menekankan tentang nilai persaingan dan kerjasama, yang merupakan semangat ulung sesebuah MOBA. Bahagian teras logo ini adalah berdasarkan huruf ‘M’. Digabungkan bersama sungai di dalam peta, huruf tersebut menyerupai simbol degupan jantung dan sangat berkait rapat dengan keberanian dan kekuatan jiwa. Huruf-huruf itu direka dengan jenis tulisan Sans-Serif yang tampil bersih dengan sedikit hiasan Serif bersudut kanan yang teguh. Di tengah-tengah huruf ‘O’ terpacaknya satu kristal yang berbentuk seperti menara sebagai satu simbol kemegahan, melaluinya terbit cahaya dan harapan, juga kegemilangan, serta latar belakang pelbagai budaya MLBB yang menyinar. Bagi tekstur pula, logo baharu MLBB menandakan MLBB kini memasuki era baharu, satu era dengan kualiti yang lebih tinggi juga cita-cita yang lebih besar, demi membawakan suatu pengalaman yang mendalam kepada kesemua pemainnya.
Sebagai sebuah permainan yang popular selama bertahun-tahun dengan jumlah pemain yang besar, Mobile Legends: Bang Bang telah sekian lama menjadi pencetus inovasi dan adaptasi, demi memberikan pengalaman permainan yang lebih baik dan menyeluruh kepada pemain-pemain. Kejayaan Mobile Legends: Bang Bang 2.0 pada 2019 membuktikan bahawa kualiti permainan jauh mengatasi segalanya. Oleh itu, kami mempunyai sebab yang kukuh untuk meyakini bahawa pelancaran Projek Next bakal mencatat kejayaan. Tarikh pelancaran Projek NEXT yang dinanti-nantikan ini adalah pada 22hb September. Kami, sama juga seperti anda, amat tidak sabar menanti ketibaan pengalaman serba baharu dalam Mobile Legends: Bang Bang. Justeru, nantikannya.

@gamersantaimy
Discussion about this post