Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Projek “NEXT” Mobile Legends: Bang Bang secara rasmi diperkenalkan!

Korang dah bersedia?

Nyny.A by Nyny.A
June 9, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Projek “NEXT” Mobile Legends: Bang Bang secara rasmi diperkenalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasmi Moonton mengumumkan salah satu inisiatif penting bagi tahun ini untuk Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dalam Projek “NEXT”. Bagi menaikkan komponen utama dalam projek peningkatan permainan, “NEXT” adalah sebuah inisiatif jangka panjang bagi mengfokuskan kepada penyesuaian hero, peningkatan seni grafik serta IP untuk terus memberikan pengalaman permainan yang berkualiti tinggi kepada pemain. Jadi dalam pendedahan ini, MLBB telah melancarkan peningkatan dan penambahbaikan dalam dua aspek “Hero dan Kawalan”.

Permainan yang kini semakin mendalam dan berkembang dengan lebih luas tidak kira dari reka bentuk mekanik hero serta gaya permainan dengan memperbaharui seperti diberi wajah baharu. Dalam Projek “NEXT”, pembangun ML turut berusaha untuk mengubahsuai dan meningkatkan hero lama secara berperingkat supaya lebih unik dengan ciri tersendiri.

Menurut pasukan pembangun juga, pengubahsuaian dilakukan berdasarkan ciri teras hero yang lalu, masing-masing membawa simbol unik serta ciri yang tidak boleh dimiliki oleh hero lain. Ini melibatkan banyak penceritaan baru dan pengubahsuaian kemahiran. Selain perubahan yang sedia ada, naik taraf juga akan dilakukan secara serentak bersama dengan kualiti luaran seperti penampilan model, animasi, dan kesan bunyi.

Seterusnya, aset besar dari “NEXT” adalah mengoptimumkan dan meningkatkan kawalan dalam permainan. “Smart Targeting” adalah ciri pertama yang didedahkan. Ia membolehkan para pemain memilih sasaran secara bebas dengan cara yang lebih mudah dan tepat apabila menggunakan kemahiran hero masing-masing. Pasukan MLBB berharap dengan pelaksanaan fungsi ini, ia akan membawa persaingan dalam permainan MOBA ini ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam usaha menyelesaikan masalah penglihatan yang terhad bagi peranti mobile yang ada sejak awal MOBA diperkenalkan, pasukan pembangun permainan menyatakan bahawa mereka telah membuat penambahbaikan dengan mengusahakan kaedah seperti zoom keluar dan kamera condong semasa hero menggunakan kekuatan masing-masing. 

Sebagai sebuah permainan yang terkenal bertahun lamanya, dengan jumlah pemain yang besar, Mobile Legends: Bang Bang telah memperolehi kejayaan yang besar melalui peningkatan dan penyesuaian dalam permainan. Bagi memberi pengalaman permainan yang lebih baik dan bermutu kepada para pemain, inovasi sentiasa menjadi teras dalam permainan ini. Kejayaan Mobile Legends: Bang Bang 2.0 pada tahun 2019 telah membuktikan bahawa kualiti permainan adalah penting dan kami percaya, sebagaimana berjayanya inisiatif ini, begitu juga dengan projek “NEXT” dan malahan, lebih berjaya dari inisiatif sebelum ini. Dikatakan juga lebih banyak kemas kini tentang projek “NEXT” yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Jadi nantikannya!

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MLBBMobile Legends: Bang BangMoontonProjek "NEXT"Projek "NEXT" MLBB
Previous Post

Mari ke dunia digital bersama LEVEL UP SPACEBAR & PLAY-ONE! Bermula 16 Jun 2020!

Next Post

Asia Pacific Predator League 2020 ditunda ke musim bunga 2021!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Asia Pacific Predator League 2020 ditunda ke musim bunga 2021!

Asia Pacific Predator League 2020 ditunda ke musim bunga 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd