Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Projek MCU, Avatar & Star Wars banyak ditangguhkan oleh Disney

safwan by safwan
June 14, 2023
in Artikel, Berita, Disney+, Filem, Movie/siri
0 0
0
Projek MCU, Avatar & Star Wars banyak ditangguhkan oleh Disney
Share on FacebookShare on Twitter

Disney baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah mengubah beberapa tarikh keluaran projek MCU, Avatar & Star Wars bagi menambah beberapa projek seperti Moana Live Action dan filem Star Wars ke dalam kalendernya.

Disebabkan itu, terdapat beberapa filem yang terpaksa ditangguhkan dan berikut adalah filem yang terkesan dengan perubahan tarikh keluaran menurut Variety:

Marvel Cinematic Universe (MCU)

Kredit: Disney
  • Deadpool 3 – diawalkan dari 8 November 2024 ke 3 Mei 2024
  • Captain America: Brave New World – Dari 3 Mei 2024 ke 26 Julai 2024
  • Thunderbolts – Dari 26 Julai 2024 ke 20 Disember 2024
  • Blade – Dari 6 September ke 14 Februari 2025
  • Fantastic Four – Dari 14 Mac 2025 ke 2 Mei 2025
  • Avengers: The Kang Dynasty – Dari 2 Mei 2025 ke 1 Mei 2026
  • Avengers: Secret Wars – Dari 1 Mei 2026 ke 7 Mei 2027

Avatar

Kredit: Disney
  • Avatar 3 – Dari 20 Disember 2024 ke 19 Disember 2025
  • Avatar 4 – Dari 18 Disember 2026 ke 21 Disember 2029
  • Avatar 5 – Dari 22 Disember 2028 ke 21 Disember 2031

Star Wars

Kredit: Disney
  • Star Wars 1 – 22 Mei 2026
  • Star Wars 2 – Disember 2026
  • Star Wars 3 – 17 Disember 2027

Filem Disney lain yang turut terkesan adalah:

  • Alien – 16 Ogos 2024
  • Moana – 27 Jun 2025
Kredit: Disney

Menurut Variety, perubahan tarikh ini mungkin disebabkan kelewatan pengeluaran dan mogok WGA yang berterusan. Baru-baru ini, Disney telah pun menghentikan penggambaran 2 filem MCU iaitu Blade dan juga Thunderbolts di mana ia telah mengganggu beberapa rancangan MCU lain.

Manakala untuk Avatar pula, mereka memerlukan lebih banyak masa bagi memberikan pasukan “post-production” dan “Visual Effect” untuk terus mengembangkan, membangun dan memperhalusi ekosistem di seluruh dunia Pandora yang luas.

Each Avatar film is an exciting but epic undertaking that takes time to bring to the quality level we as filmmakers strive for and audiences have come to expect. The team is hard at work and can’t wait to bring audiences back to Pandora in December 2025. pic.twitter.com/DrFX01qzTa

— Jon Landau (@jonlandau) June 13, 2023

Producer Avatar, Jon Landau telah mengeluarkan satu Tweet yang berbunyi, “Setiap filem Avatar ialah usaha yang menarik tetapi memerlukan masa untuk membawa ke tahap kualiti yang kami perjuangkan sebagai pembuat filem dan penonton telah jangkakan. Pasukan ini bekerja keras dan tidak sabar untuk membawa penonton kembali ke Pandora pada Disember 2025.”

Banyak juga filem MCU, Avatar dan Star Wars yang telah diubah tarikh dan kebanyakannya ditangguhkan oleh Disney. Nampaknya, kita akan melihat kesimpulan Avatar lagi 8 tahun. Harapnya penangguhan ini digunakan sebaiknya untuk menjadikan filem itu boleh ditonton dengan sangat baik.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Avatardisneymcustar wars
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Live Action Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Ogos Ini!

Next Post

Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections tambah Boruto (Karma), Kawaki, Jigen!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections tambah Boruto (Karma), Kawaki, Jigen!

Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections tambah Boruto (Karma), Kawaki, Jigen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd