Kita semua tahu bahawa studio besar Naughty Dog sedang bekerja keras membangunkan game multiplayer The Last of Us dan selepas bertahun-tahun dinantikan, Naughty Dog hari ini akhirnya mendedahkan lebih banyak maklumat tentang projek ini termasuk proses semasa dan visual baru.

Diumumkan semasa acara Summer Game Fest hari ini, presiden bersama Naughty Dog, Neil Druckmann memberitahu bahawa projek multiplayer The Last of Us masih hidup dan sepatutnya akan hadir di PlayStation 5.
Walaupun game ini asalnya patut disertakan sebagai mode sekunder dalam The Last of Us Part II, ia telah mengatasi skop dan visi studio lalu akhirnya menjadi projek sendiri. Tentang proses semasa, Druckmann berkata yang game ini masih pada fasa awal, tetapi dia sudi berkongsi imej teaser supaya peminat sekurang-kurangnya dapat menggambarkan suasana dalam game itu.

Kemudian, Naughty Dog menjelaskan lebih lanjut tentang game ini melalui blogpost:
Ia bukan rahsia bahawa ramai daripada anda bukan sahaja tertarik dengan cerita The Last of Us, malah juga suka multiplayer Factions dari game original. Sejak The Last of Us Factions dikeluarkan hampir sedekad yang lalu, pemain berdedikasi telah banyak menyuarakan pendapat untuk perkembangan bagi bahagian itu.
Kami mengembangkan studio dengan ketara untuk memastikan dapat membina game kendiri berskala penuh, dengan skop besar dan dunia yang besar, dalam cara yang diharapkan oleh peminat untuk The Last of Us dan Naughty Dog.
Kami berhasrat untuk membuat entri multiplayer ini kelihatan menarik bagi pemain baru sambil memberi cabaran yang mendebarkan kepada peminat berpengalaman. Lebih banyak berita akan datang pada tahun depan, dan kami tidak sabar untuk memperkenalkan pasukan di sebalik pengalaman baru ini!
Buat masa sekarang, itu sahaja yang saya tahu. Tidak banyak yang didedahkan tentang game multiplayer The Last of Us ini, tetapi Naughty Dog janji akan beri lebih banyak maklumat pada tahun 2023.
Di samping itu, mereka juga telah mengumumkan The Last of Us Part I untuk PS5 dan PC. Versi PlayStation 5 akan dilancarkan pada 2 September tetapi malangnya, tarikh keluaran untuk versi PC tidak diumumkan. Korang boleh baca lebih lanjut tentang berita ini di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post