Pembangun game daripada China, Papergames dan sub-studio dalaman 17ZHE Studio telah mengumumkan Project: The Perceiver. Game ini merupakan game open-world untuk pelbagai platform termasuk PS4 dan PS5. Namun masih tiada pengumuman untuk tarikh pengeluaran game ini.

Game ini berdasarkan kanun Lao Zhuang daripada China dan berlaku pada dinasti yang menyebabkan keadaan menjadi huru-hara di negara itu. Anda akan bermain sebagai Master of Varietas, watak utama dengan kebolehan unik dengan mendapat kuasa berbeza melalui topeng yang dipakainya.

Project: The Perceiver akan menampilkan beberapa bandar purba dalam dunia fantasi yang cantik, pelbagai watak yang unik dan pertempuran yang menarik. Daripada trailer tersebut, kita dapat merasai suasana seperti di dalam game Ghost of Tsushima dengan suasana dunia dan beberapa elemen lain yang hebat.
Berikut adalah maklumat tentang Project: The Perceiver:

Dalam keadaan perang yang tiada kesudahan, keyakinan adalah satu-satunya jalan keluar anda. Perhatikan setiap aspek dunia, dan saksikan kaleidoskop cita-cita.
Game ini meneroka kepercayaan yang bertentangan dalam dunia fantasi. Alami dunia yang dilanda malapetaka dan temui pelbagai watak sebagai Master of Varietas. Satukan cita-cita mereka menjadi topeng, dan berlawan dalam pertempuran paling sengit.
Dunia

- Huru-hara
- Dalam sejarah, era malapetaka hanyalah perkataan, namun rakyat biasa boleh menderita untuk generasi yang seterusnya.
- Semasa zaman Tianhu dinasti Xuantang, satu entiti pelik ditemui di kawasan luar bandar. Warnanya buruk, dan bentuknya tidak dapat digambarkan. Orang ramai ketakutan. Walaupun percubaan untuk meramalkan petanda ini, tiada kesimpulan dapat dicapai. – Rekod Xuantang: The Book of Omens
- Teroka – Banyak rahsia yang disimpan di tempat yang anda belum teroka.
- Domains – Dunia yang anda sedar adalah dunia yang wujud.
Gameplay

- Berlawan – Kadang-kadang ia perlukan pertembungan senjata untuk tahu tentang diri seseorang.
Watak

- Mask of Devotion
- Mask of Umbra
Untuk info lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi di sini.
Project: The Perceiver akan dikeluarkan untuk PS4 dan PS5 tetapi masih tiada tarikh rasmi keluaran. Ini sahaja maklumat yang kami boleh kongsikan pada anda. Kami akan kemas kini selepas mendapat maklumat lanjut tentang game ini, jadi jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post