Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project NET “Warp Jump Test” Kini Bermula di Malaysia! Cara-Cara Untuk Sertai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2025
in Android, Artikel, Berita, Beta, Mobile, Shooter
0 0
0
Project NET “Warp Jump Test” Kini Bermula di Malaysia! Cara-Cara Untuk Sertai!
Share on FacebookShare on Twitter

PROJECT NET “Warp Jump Test” kini rasmi bermula di Malaysia, memberi peluang kepada pemain untuk merasai pengalaman game ini sebelum pelancaran rasminya.

Dibangunkan oleh Hecate Team dan diterbitkan oleh Sunborn Network Technology, PROJECT NET berlatarbelakangkan dunia Girls’ Frontline, di mana pemain mengawal Tactical Dolls dalam pertempuran sengit merentasi medan perang multidimensi.

▼ Pre-Download here ▼
>> Google Play: https://t.co/B1opQyHWaF
▼Test Period▼
2025/01/09 10:00 – 2025/01/16 14:00 (UTC+8)

— Project NET (@SEAPROJECTNET) January 8, 2025

Tempoh Ujian dan Cara Sertai

Warp Jump Test berlangsung dari 9 Januari 2025, 10:00 AM hingga 16 Januari 2025, 2:00 PM (UTC+8). Ujian ini eksklusif untuk peranti Android. Untuk menyertai:

  1. Muat turun game melalui link ini atau laman web rasmi.
  2. Daftar akaun ujian menggunakan log masuk Google.

Ujian ini hanya untuk pratonton, dan kemajuan akaun tidak akan dibawa ke pelancaran rasmi. Semua data akan dipadam selepas ujian berakhir. Untuk pengalaman gameplay yang lancar, pastikan peranti anda memenuhi spesifikasi minimum berikut:

  • CPU: Qualcomm 855, Kirin 990, atau lebih baik
  • RAM: 4GB atau lebih tinggi
  • Storan: Sekurang-kurangnya 4GB ruang kosong
  • OS: Android 5.0 atau ke atas

[Warp Jump Test Notice]
Here are the details for the Warp Jump Test!
Please refer to the following pictures for more info about the test.

>> Official Website: https://t.co/b3Qta5UHi5#ProjectNET #GirlsFrontline #gfl pic.twitter.com/bE1s3KOsxP

— Project NET (@SEAPROJECTNET) January 8, 2025

Apa Itu PROJECT NET?

PROJECT NET ialah game free-to-play third-person shooter (TPS) yang menawarkan gabungan antara pertempuran sengit dan strategi. Pemain akan mengawal Tactical Dolls, watak yang diinspirasikan oleh senjata api sebenar, dalam cerita di mana dewi Lunasia mengumpulkan pasukan untuk menghalang keruntuhan dunia.

Kredit: Sunborn

Game ini menggabungkan aksi pantas dengan mekanik roguelike. Pemain boleh mengubah abiliti menggunakan sistem tactical chip unik, membolehkan strategi seperti peluru berpecah, perangkap kawasan, atau peningkatan serangan kritikal. Sama ada anda gemar bermain bersama rakan dalam misi co-op atau bersaing dalam perlawanan 5v5, Project NET menghadirkan pelbagai mode untuk semua jenis pemain.

Kredit: Sunborn

Tambahan pula, sistem auto-aim memastikan pengalaman gameplay yang lebih lancar, menjadikannya mudah diakses oleh pemain baru dan berpengalaman.

Walaupun Warp Jump Test hanya tersedia untuk Android, pra-pendaftaran untuk versi penuh Project NET telah dibuka untuk Android dan iOS. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BETAGirls' FrontlineProject NET
ShareTweetSend
Previous Post

Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 1 Kini Ditayangkan Di Malaysia!

Next Post

Terokai Misteri Black Beacon – Global Beta Test Kini Dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Terokai Misteri Black Beacon – Global Beta Test Kini Dibuka!

Terokai Misteri Black Beacon - Global Beta Test Kini Dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd