Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project NET: Game Shooter Baru dalam Dunia “Girls’ Frontline!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 27, 2024
in Artikel, Berita, Mobile, Shooter
0 0
0
Project NET: Game Shooter Baru dalam Dunia “Girls’ Frontline!”
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah game mobile baru, Project NET, yang dibangunkan oleh Hecate Team dengan kerjasama Sunborn Network, bakal membawa pengalaman aksi mendebarkan untuk peminat Girls’ Frontline.

Walaupun bukan sekuel langsung atau entri utama dalam siri ini, Project NET mengambil dunia yang dibina dengan Tactical Dolls (T-Dolls) dari Girls’ Frontline untuk menawarkan pengalaman third-person shooter (TPS) yang serba menarik.

Project NET is a 3D TPS game officially developed by the Hecate Team, Sunborn Network, which based on the Girls’ Frontline Series worldview. Today we bring you a short preview video of the technical testing of our latest piece.

— Project NET (@SEAPROJECTNET) December 27, 2024

Dengan latar belakang dunia yang hampir runtuh, Project NET memperkenalkan konflik baru yang berlaku di medan perang berdimensi lebih tinggi. Dunia semakin hancur, dan kemusnahan semakin hampir. Dalam krisis ini, dewi Lunasia beralih kepada Tactical Dolls elit untuk menyusun pasukan yang mampu menghadapi ancaman terbesar.

Dilabel sebagai TPS (Third Person Shooter), Project NET memberi tumpuan kuat kepada gameplay berorientasikan aksi. Pemain akan mengawal T-Dolls, menggunakan senjata ikonik mereka dalam situasi pertempuran yang “intense”.

Kredit: Hecate Team

Walaupun mekanik gameplay khusus masih belum didedahkan sepenuhnya, visual awal menunjukkan bahawa game ini akan menampilkan misi yang tertumpu pada menguasai dan mempertahankan kawasan, serta membunuh sasaran tertentu.

Game ini dijangka akan memberikan pengalaman yang biasa bagi peminat mobile shooters, terutamanya bagi mereka yang pernah bermain PUBG Mobile atau Call of Duty Mobile—di mana pemain akan terlibat dalam pertempuran fast-paced menggunakan abiliti dan senjata unik para T-Doll.

Kredit: Hecate Team

Sebagai bukti, sebuah video pendek yang dikeluarkan semasa fasa ujian teknikal menunjukkan visual yang mengagumkan dan ciri teknikal game ini, menunjukkan bahawa Project NET dalam proses pembangunan yang lancar.

Ketepatan grafik dan reka bentuk watak yang diambil dari dunia Girls’ Frontline juga sangat terperinci, menjaminkan pengalaman visual yang pasti akan menggembirakan peminat lama dan baru francais ini.

The flames of war rages across higher-dimensional battlefields, and the fabric of the world lines is on the verge of collapse.
With annihilation drawing near, the goddess Lunasia turns to Griffin’s finest tactical Dolls to assemble a team capable of facing the ultimate crisis. pic.twitter.com/o1DoLgA8Rm

— Project NET (@SEAPROJECTNET) December 27, 2024

Ujian Terbuka Bermula pada Januari 2024

Lebih menarik lagi, Project NET akan memasuki fasa ujian terbuka yang akan berlangsung dari 9 hingga 16 Januari 2024. Fasa ujian ini akan tersedia di beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Untuk mengikuti perkembangan terkini, anda boleh melayari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Girls' FrontlineMobileProject NET
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS ProArt P16, PX13 & PZ13 – Lepaskan Kreativiti Di Mana Sahaja!

Next Post

APAC Predator League 2025 – Ekstravaganza Esports Dihiasi Persembahan & Aktiviti Eksklusif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
APAC Predator League 2025 – Ekstravaganza Esports Dihiasi Persembahan & Aktiviti Eksklusif!

APAC Predator League 2025 - Ekstravaganza Esports Dihiasi Persembahan & Aktiviti Eksklusif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd