Sempena Marvelous Game Showcase 2023 yang berlangsung beberapa hari lepas, sebuah game baharu bernama Project Magia telah diumumkan, yang menampilkan reka bentuk watak oleh Hiro Mashima, artis bagi manga popular Fairy Tail dan EDENS ZERO. Malangnya, info penting seperti tarikh keluarkan, platform dan gameplay tidak diumumkan.

Menurut XSEED Games (anak syarikat Marvelous), mereka menggambarkan Project Magia seperti berikut:
Produser pengurusan Takehiro Ishida mendedahkan butiran pertama untuk projek akan datang ini, yang dibina berdasarkan tema “A New Frontier.”
Pasukan pembangunan telah bekerjasama dengan ilustrator dan penulis legenda Hiro Mashima (Fairy Tail) untuk menghasilkan reka bentuk watak dalam game, dan berkongsi pandangan untuk beberapa reka bentuk awal.
Butiran lanjut akan didedahkan kemudian apabila pasukan pembangunan berusaha untuk mengharungi sempadan baharu ini untuk Marvelous!


Buat masa sekarang, itu sahaja info yang kami ada. Harap-harap lagi banyak info penting akan diceritakan dalam masa terdekat.
Selain karyanya untuk Fairy Tail dan Edens Zero, Hiro Mashima sebelum ini telah bekerjasama dengan Square Enix untuk bantu menghasilkan Gate of Nightmares, sebuah JRPG free-to-play untuk iOS dan Android yang dikeluarkan di Jepun pada Oktober 2021.

Mashima juga tidak asing dalam proses pembangunan permainan video, dan pernah mencipta game spin-off Edens Zero pada Mac 2022, yang dibangunkan menggunakan toolkit JRPG popular, RPG Maker. Game spin-off ini dikeluarkan di laman web rasmi Edens Zero dan boleh dimainkan di PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post