Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project L: Game fighting LoL adalah “free-2-play”, tambah watak Illaoi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2022
in Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Project L: Game fighting LoL adalah “free-2-play”, tambah watak Illaoi
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Riot Games telah mengeluarkan video dan siaran blog baru tentang Project L -sebuah fighting game berasaskan League of Legends- yang mengesahkan bahawa game itu adalah “free-2-play” semasa dilancarkan serta mendedahkan Kraken Priestess Illaoi sebagai Champion seterusnya untuk menyertai senarai watak yang boleh dimainkan.

Dalam kemas kini ini, pengarah kanan dan penerbit eksekutif Tom Cannon bercakap tentang apa yang berlaku kepada produksi sejak beberapa bulan lepas dan apa yang boleh dinantikan oleh peminat pada masa akan datang.

Berikut adalah antara yang dinyatakan:

“Kami sedang menyelesaikan kerja pada mekanik teras sekarang, dan banyak pasukan telah beralih kepada membina Champion atau membina ciri permainan seperti permainan kompetitif dan sistem sosial kami.”

“Kami mahu anda boleh bermain tidak kira di mana anda tinggal, tahap kemahiran anda atau jumlah wang yang anda perlu belanjakan untuk game. Untuk itu, saya berbesar hati untuk mengesahkan bahawa Project L akan menjadi free-to-play. Jika anda pernah bermain gameRiot sebelum ini, ini mungkin tidak mengejutkan.”

“Pasukan kami terdiri daripada veteran fighting game dan orang yang bersemangat untuk berkhidmat kepada komuniti fighting game. Dan kami beroperasi dengan satu pendekatan; jika kita tidak suka, kita tidak akan melakukannya. Mengenai pengewangan, kami berjanji untuk menghormati masa dan dompet anda.”

Selain itu, pasukan telah mengeluarkan catatan blog untuk memberi anda gambaran ringkas tentang Champion terbaru dalam Project L iaitu Illaoi, the Kraken Priestess yang asalnya diperkenalkan dalam League of Legends pada tahun 2015.

Bak kata Caroline Montano selaku game designer, dia menggambarkan Illaoi sebagai watak “Big Body Juggernaut.” Dengan artifak besar yang mempunyai kuasa “tuhan” di dalamnya, Illaoi adalah fighter yang mendominasi pihak lawan di jarak tengah dan boleh mengalahkan musuh dengan tekanan (pressure) berterusan.

Selain Illaoi, Champion yang disahkan untuk Project L termasuk Ekko, Jinx, Darius, Ahri dan Katarina. Untuk butiran lanjut tentang cara Riot membangunkan watak Illaoi dan bagaimana rupanya dalam Project L, korang boleh melihat siaran blog di sini.

Buat masa ini, Riot Games tidak mendedahkan tarikh keluaran definitif untuk Project L tetapi kemungkinan besar, ia akan dikeluarkan pada 2023-2024. Korang boleh baca segala liputan kami tentang LoL di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Free-to-PlayLeague of legendsLolProject LRiot Games
Previous Post

Dah labur $100k, Pemain Diablo Immortal terus tidak boleh akses acara PvP!

Next Post

Summer Sale PlayStation bersambung! Dapatkan Blu-ray game PS5 & PS4 dengan harga promosi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Summer Sale PlayStation bersambung! Dapatkan Blu-ray game PS5 & PS4 dengan harga promosi!

Summer Sale PlayStation bersambung! Dapatkan Blu-ray game PS5 & PS4 dengan harga promosi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd