Jika ada yang masih terlepas bot, Malaysia akan ada anime idol tersendiri! Projek anime itu diberi nama Project Dreamcatcher!! dan dibangunkan oleh Yore Productions. Projek ini telah dibuat untuk mempromosikan Malaysia dengan idol comel! Sebelum saya ceritakan lebih lanjut mengenai media terbaru untuk projek ini, mari saya perkenalkan dulu apa itu Project Dreamcatcher!!
Tentang Project Dreamcatcher!!
Ia merupakan sebuah projek anime idol pertama Malaysia yang dibangunkan oleh Yore Productions. Anime ini bertempatkan di Pulau Pinang, yang merupakan salah satu tempat perlancongan popular di Malaysia.
Antara watak yang diperkenalkan untuk projek ini ialah:
- Cai Yun
- Xing Qiao
- Mi Er
- Eleanor
- Qiu Yu
- Ai Yi
- Yue Shuang

Masih ramai lagi watak yang belum diperkenalkan. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman baru mengenai watak-watak ini.
Baru-baru ini, Project Dreamcatcher!! telah melepaskan manga dan Character Song untuk anime tersebut. Anda boleh membaca manga tersebut melalui page Facebook mereka. Manga yang bertajuk “First Step!!” telah dilepaskan sebagai prolog untuk siri ini. Ceritanya telah ditulis oleh Miranda Tan dan CK. Jika anda pernah menonton Love Live, anda mungkin jumpa persamaan antara ceritanya tetapi berbanding Love Live yang ingin menyelamatkan sekolah mereka, Project Dreamcatcher!! pula ingin menyelamatkan kampung mereka.

Melalui manga tersebut, anda akan berkenalan dengan beberapa watak dan melihat bagaimana mereka memulakan perjalanan mereka sebagai idol untuk menyelamatkan kampung mereka. Saya tak mahu bagi spoiler banyak, anda perlu baca sendiri bagaiman kisah mereka bermula.
Selain daripada manga, Project Dreamcatcher!! juga telah melepaskan character song untuk salah satu daripada wataknya iaitu Mi Er. Tajuk lagu itu bertajuk “Feather of Courage”. Buat masa ini ia hanya versi pendek. Anda boleh mendengarnya melalui video dibawah.
Dengan perkembangan terbaru projek ini, sudah tentu ramai yang ternanti-nantikan lagu untuk watak-watak lain pula. Kami juga ada menemu ramah Yore Productions mengenai projek ini. Anda juga boleh lawati laman web rasmi untuk perkembangan lanjut. Untuk liputan lanjut mengenai projek ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post