Pro player Valorant dijangka akan diharamkan oleh Riot selepas penglibatan mereka dalam skim pengubahan wang haram melalui donations pada aplikasi Twitch.

Twitch mengalami kebocoran data besar-besaran pada awal Oktober 2021 yang mendedahkan banyak kod sumber serta pendapatan tertinggi melalui site ini. Data yang terbocor dari Twitch juga mendedahkan pendapatan beberapa streamer Valorant dari Turki yang mempunyai pengikut dan penonton yang rendah tetapi membuat jumlah wang yang besar dan mencurigakan.
Isu Valorant terbabit telah disiasat dan didapati bahawa streamer dari Turki ini disyaki terlibat dalam penipuan pengubahan wang haram. Penipuan ini berlaku apabila pro player dan pencipta kandungan telah membuat perjanjian perniagaan di mana mereka dijanjikan donation melalui Twitch. Mereka ini kemudiannya perlu menghantar balik 50% hingga 70% daripada hasil donation kepada orang yang telah membuat perjanjian perniagaan bersamanya.
Cara ini dilihat sangat berkesan, seolah-olah ia datang dari sumber yang sah sedangkan sebenarnya ianya didapati melalui cara yang kotor. Berdasarkan maklumat ini Riot Games, pembangun dan penerbit Valorant, dijangka akan melarang streamer yang disyaki terlibat dalam penipuan ini. Kebocoran Twitch dapat dilihat sebagai perkara yang positif apabila dapat mendedahkan penipuan ini sebelum ia menjadi lebih parah dalam industri ini.
Berikut merupakan senarai streamer Turki yang disyaki terlibat dalam penipuan dan dijangka akan diharamkan oleh Riot Turkey apabila lebih banyak maklumat kukuh mengenai jenayah itu didedahkan oleh pihak berkuasa Turki.
- Dilâra Toprakci – Player dari BBL esports
- Kaan ‘brasco’ Elver – Player dari Fire Flux Esports
- Ekrem ‘logicman’ Aydın – Captain dari BBL esports
- Semih ‘LEGOO’ Selvi – Captain dari BBL esports
- lurzy0y0 – Player dari Fire Flux Esports
- Orçun ‘farewell’ Köroğlu – Player dari Unity Esports
- Yiğithan ‘DeepMans’ Kesici – Streamer
- Ibrahiim ‘cinar’ Cinar – Streamer
- Tolga ‘bacyx’ Bacak – Player dari Digital Athletics
- Gökay ‘tecoNe’ Noğayer – Player dari Beşiktaş Esports
- Uğur ‘Kuzuur’ Kiremitçi- Player dari Digital Athletics
- Ertuğrul ”TheCady” Koç – Streamer
- Yusuf ‘Zz_yankas’ Yankaş -Streamer dari Team Zero Zone
Beberapa streamer yang tersenarai seperti “Farewell” dan “LEGOO” mengakui terlibat dalam penipuan pengubahan wang haram, walaubagaimanapun, kedua-duanya mendakwa tidak mengetahui perkara itu adalah salah. Riot Games tidak banyak mengulas mengenai perkara ini danTwitch masih belum bertindak balas terhadap situasi tersebut.
@gamersantaimy
Discussion about this post