Syarikat eSport terbesar di dunia, iaitu ESL akan mengadakan League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021, dimana ia menjadi kejohanan eSport Wild Rift utama dengan kolaborasi bersama Riot Games. Dengan Wild Rift SEA Icon Series: Fall Season akan berakhir, pemain dan peminat dapat menantikan kejohanan League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021 yang bakal berlangsung dari pertengahan September sehingga awal Oktober nanti.
Acara ini adalah lanjutan dari SEA Icon Series: Fall Season, di mana 20 pasukan terbaik dari Asia Tenggara akan bertanding untuk merebut peluang memenangi hadiah prize pool berjumlah USD 200,000 (anggaran RM847,560.00) yang ditawarkan dalam Wild Rift SEA Championship. 20 pasukan dari 9 wilayah di seluruh Asia Tenggara akan terlibat dalam kejohanan ini, antaranya Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Taiwan, dan Hong Kong. Selain itu, Wild Rift SEA Championship 2021 juga memberi peluang kepada pasukan Australia dan New Zealand untuk menyertai kejohanan melalui Oceanic Qualifiers.
VP Kanan ESL Asia – Pasifik Jepun, iaitu Nick Vanzetti menyatakan mereka sangat gembira untuk mengadakan Wild Rift SEA Championships 2021 bersama Riot Games sebagai sebahagian daripada pelancaran ESL Mobile di APAC. ESL juga rasa begitu dihormati dapat memberikan pasukan Wild Rift terbaik untuk berpeluang menyinar di pentas wilayah Asia Tenggara. Kejohanan ini adalah satu lagi peluang besar untuk melihat pemain membuktikan kemahiran mereka dan bersaing untuk mendapatkan gelaran terbaik di wilayah!

Terdapat 3 peringkat yang bakal berlangsung di ESL Mobile Challenge: Wild Rift SEA Championship 2021, iaitu Play Ins, Group Stage, dan Main Event. pasukan perlu bersaing melalui setiap peringkat untuk merebut gelaran juara dan hadiah prize pool bernilai USD 200,000. Wild Rift SEA Championship 2021 juga berfungsi sebagai platform untuk pasukan di rantau Asia Tenggara bersaing dan maju melalui ekosistem Wild Rift dalam aspirasi mereka menjadi antara yang terbaik di dunia.
Wild Rift SEA Championship 2021 adalah sebahagian daripada litar esports League of Legends: Wild Rift Asia Tenggara, Icon Series dan ia dibentuk melalui kerjasama erat antara ESL Asia dan Riot Games SEA sejak permainan dilancarkan pada akhir 2020. Ketua eSport untuk Riot Games SEA, iaitu Chris Tran menyatakan kejohanan ini menjadi tanda peringkat seterusnya dalam Wild Rift SEA Icon Series: Fall Season mereka, dan peminat dapat menyaksikan tahap penyertaan serta penglibatan yang luar biasa dari pasukan, pemain dan peminat dari Asia Tenggara. Setiap pasukan telah membuktikan diri mereka berbakat dan seronok untuk ditonton, serta gembira dapat bekerjasama dengan ESL untuk membawa kejohanan ini ke rantau Asia.
Setiap peringkat kejohanan akan disiarkan secara langsung. Berikut adalah tarikh siaran untuk setiap peringkat:
- Peringkat 1 – Play In: 14 – 19 September 2021
- Peringkat 2 – Group Stage: 23 – 26 September 2021
- Peringkat 3 – Main Event: 30 September – 3 Oktober 2021

Kejohanan ini akan disiarkan secara langsung dalam lapan bahasa berlainan melalui tiga platform yang berbeza. Anda boleh menonton siaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di Twitch, YouTube, Facebook. Untuk mengetahui berita dan kemaskini terkini, pastikan anda mengikuti laman sosial ESL Mobile di Twitter dan ESL Asia di Facebook serta Instagram mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post