Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu TEKKEN 8 DLC 3 – Kepulangan Si Keji, Heihachi Mishima!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2024 - Updated on September 26, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, PC, Preview, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu TEKKEN 8 DLC 3 – Kepulangan Si Keji, Heihachi Mishima!
Share on FacebookShare on Twitter

TEKKEN 8 Versi 1.08 hampir tiba dengan DLC 3 yang menampilkan watak kegemaran ramai, Heihachi Mishima, yang kembali ke siri ini selepas “kematiannya” dalam TEKKEN 7.

Kami berpeluang mencuba Heihachi dan versi akan datang ini terima kasih kepada Bandai Namco Entertainment Asia. Bukan sahaja memberi tumpuan kepada Heihachi, update baharu ini memperkenalkan pentas baru, jalan cerita baru, item customization baru dan juga mempunyai pelbagai ciri dan perubahan quality-of-life.

Tanpa melengahkan masa lagi, inilah previu kami untuk TEKKEN 8 DLC 3!

Heihachi Mishima.. Belum Mati

Dengan versi 1.08, satu cerita baru bernama “Episode: Unforgotten Echoes” akan tersedia secara percuma untuk semua pemain.

Cerita sampingan ini menampilkan Eddy, Lidia, dan Heihachi semasa peristiwa utama – yang memberi peluang kepada watak pasca-pelancaran untuk turut terlibat dalam cerita kerana mereka tidak muncul dalam kisah original The Dark Awakens. Cerita baharu ini menjelaskan mengapa Heihachi muncul semula sedangkan semua orang melihat dia mati di penghujung TEKKEN 7.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

TEKKEN tidak pernah benar-benar terkenal dengan ceritanya tetapi mempunyai reputasi untuk mempunyai naratif yang lucu tetapi menarik, dan itulah yang tampil dalam cerita ini dan apa yang berlaku kepada Heihachi.

Sudah tentu, bukan semuanya tentang Heihachi, peminat Eddy dan Lidia boleh gembira melihat watak kegemaran mereka memainkan peranan dalam kisah ini dan juga mengembangkan latar belakang masing-masing.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Walaupun Eddy, Lidia, dan Heihachi adalah watak yang boleh dimainkan dan merupakan sebahagian daripada peristiwa utama, beberapa watak lain juga terlibat dalam cerita ini termasuklah Yoshimitsu, Lars, Jin, Nina, Reina, dan ramai lagi.

Setiap bab agak pendek sekitar 10-15 minit dan walaupun kami hanya dibenarkan mencuba sehingga Chapter 5, kisahnya cukup menarik dan mempunyai banyak adegan masa silam terutamanya untuk Eddy, tentang gurunya dan bagaimana dia tidak dapat menyelamatkannya.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Tanpa memberi terlalu banyak spoiler, salah satu tumpuan utama adalah tentang Mishima Style Fighting Karate dan para TEKKEN Monks yang nampaknya dalam misi menghapuskan sisa-sisa Mishima Zaibatsu selepas Heihachi Mishima hilang dan Nina Williams meninggalkan mereka.

Pengalaman sebagai Heihachi

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Heihachi terasa segar namun masih mempunyai rasa yang dikenali daripada versi-versi terdahulu. TEKKEN 8 membuatnya lebih berkuasa dan lebih dinamik. Serangan ‘poke’ miliknya telah dibuang untuk memberi tumpuan kepada gerakan yang lebih dinamik dan berkuasa.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Beberapa gerakannya yang dikenali oleh peminat Heihachi juga telah diubah. Sebagai contoh, Spinning Demon atau Hell Sweep kini mempunyai follow-up menarik di mana dia melakukan ‘jumping spin kick’, bersama dengan beberapa gerakan lain yang telah diubah.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Mereka juga menambah dua gaya baharu untuk Heihachi: gaya Thunder God dan gaya Wind God. Walaupun dia masih mempunyai beberapa kelemahan, dia terasa lancar dan sangat memuaskan untuk dimainkan dengan set gerakan yang lebih mesra untuk pemain baru dan juga mempunyai tahap kemahiran yang lebih tinggi untuk peminat Heihachi.

Genmaji Temple

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Peta baru dalam versi 1.08 adalah kuil bernama Genmaji Temple yang terletak di sebuah kawasan gunung terpencil, di mana para sami TEKKEN menjalani latihan yang sengit. Suasana peta juga berubah mengikut masa. Iaitu: siang yang tenang, daun gugur pada waktu petang, dan salji yang senyap pada waktu malam.

Peta ini sangat cantik di ketiga-tiga suasana tersebut dan pemain boleh menikmati perubahan pemandangan. Genmaji Temple juga memainkan peranan besar dalam cerita baharu ini.

Kolaborasi Dalam Game

Dengan versi 1.08, terdapat dua set character customization dalam bentuk kolaborasi dengan Nike; dan Gentle Monster.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Untuk kolaborasi Nike, dua pasang kasut yang diilhamkan oleh Jin dan Kazuya akan tersedia dan boleh diperoleh dalam peringkat percuma “TEKKEN FIGHT PASS ROUND 3” yang bermula dengan pelancaran versi 1.08.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Bagi kolaborasi dengan jenama kaca mata Gentle Monster, mereka telah menukar sepasang kaca mata Gentle Monster fizikal kepada item customization dan ia akan tersedia secara percuma untuk masa terhad di TEKKEN SHOP bermula dari tarikh pelancaran versi 1.08.

Perubahan Quality of Life

Selain tambahan di atas, terdapat juga beberapa ciri baharu dan perubahan quality-of-life yang dibuat dalam versi 1.08.

Online Practice

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dalam TEKKEN DOJO dalam TEKKEN FIGHT LOUNGE, mereka telah menambah satu ciri di mana dua pemain boleh berlatih bersama.

Ini adalah ciri yang telah lama dipertimbangkan, terutamanya kerana ia adalah satu kawasan yang sebelum ini tidak mempunyai banyak aktiviti. Dalam mode online practice ini, kebanyakan ciri yang tersedia dalam offline practice juga boleh tersedia.

Menu Utama

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dalam TEKKEN 8 versi 1.08, Heihachi Mishima akan menjadi watak yang ditampilkan dalam menu utama, tetapi terdapat juga pilihan untuk menukarnya kepada watak pilihan anda, sebuah ciri yang telah lama diminta oleh ramai peminat.

Anda juga boleh mengakses pakaian preset watak-watak tersebut. Watak yang dipaparkan dalam menu utama boleh ditukar dalam tetapan Display di bawah Options.

Bagi mereka yang berminat, TEKKEN 8 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Heihachi Mishima pula akan hadir di dalam game pada 4 Oktober 2024!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: heihachi mishimapreviuTekken 8
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Yu-Gi-Oh OCG Infinite Forbidden – Exodia Jadi Fokus Utama!

Next Post

Interviu TEKKEN 8 – Kepulangan Heihachi, Kolaborasi Baharu & Potensi Pencak Silat Dalam Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Interviu TEKKEN 8 – Kepulangan Heihachi, Kolaborasi Baharu & Potensi Pencak Silat Dalam Game!

Interviu TEKKEN 8 - Kepulangan Heihachi, Kolaborasi Baharu & Potensi Pencak Silat Dalam Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd