NetEase menjemput kami untuk mencuba Marvel Rivals Season 1.5 lebih awal melalui sesi akses awal di server media mereka. Kemas kini pertengahan musim ini memperkenalkan dua watak baharu—Human Torch dan The Thing—yang membawa elemen lagi dinamik ke medan pertempuran.
Selain itu, peta baharu, Empire of Eternal Night: Central Park, turut menyediakan arena pertarungan yang beratmosfera gothic.
Dengan pelbagai kandungan menarik serta potensi perubahan dalam META, jom kita selami pengalaman kami dalam Marvel Rivals Season 1.5!
Human Torch

Siapa yang tak suka dengan Johnny Storm? Seorang hero yang penuh keyakinan, berkuasa api, karismatik, dan kuat—tak hairanlah dia menjadi kegemaran ramai. Kemunculannya dalam Marvel Rivals juga tidak terkecuali, kerana dia adalah salah satu karakter yang sangat kuat dalam game ini.
Basic attack-nya berfungsi seperti shotgun, memberikan damage besar pada jarak dekat. Watak-watak yang lebih lembut seperti Duelist atau Strategist (contohnya, Luna Snow dengan 275 HP) boleh terbunuh hanya dengan tiga tembakan ke kepala atau empat tembakan ke badan dalam jarak yang cukup dekat.
Jika mahu bermain secara selamat, anda masih boleh mengganggu musuh dari jarak jauh.
Lebih menarik lagi, kombinasi Blazing Blast dan Pyro-Prison membolehkan Johnny Storm mengunci kawasan choke point dan melakukan damage AoE secara berterusan.
Sementara itu, Ultimate-nya, Supernova, menambahkan lagi damage AoE DoT (Damage over Time), menjadikannya ancaman besar jika musuh tidak berwaspada atau jika mereka tiada Strategist untuk memberikan healing dan sokongan.
Basic Attack
- Fire Cluster (Left Click): Menembakkan gugusan bebola api yang berpecah ke hadapan.
Abiliti
- Supernova (Ultimate – Q): Meletup dengan api kosmik, memberikan Damage kepada musuh dalam jarak tertentu dan memasuki status Supernova. Semasa dalam keadaan Supernova:
- Blazing Blast berubah menjadi Flame Tornado.
- Plasma Body boleh diaktifkan tanpa kos.
- Plasma Body (Sprint – LShift – Hold): Memasuki keadaan pecutan tinggi, meningkatkan kelajuan pergerakan.
- Pyro-Prison (E): Jika terdapat dua atau lebih Flame Field:
- Menyambungkan api untuk membentuk dinding.
- Memberikan damage tinggi sekali kepada musuh yang melaluinya.
- Jika dinding terbentuk dalam kawasan tertutup, ia memberikan burn damage secara berterusan.
- Flaming Meteor (F): Menjunam ke tanah, memberikan damage kepada musuh. Meletupkan mana-mana Flame Field yang terkena serangan ini.
- Blazing Blast (Right Click) – Maksimum 3 Stok. Menembakkan bola api untuk memberikan damage. Boleh mencipta Flame Field di kawasan sasaran, memberikan damage kepada musuh yang berada di dalamnya.

Abiliti Team-Up
Salah satu aspek terbaik Human Torch dalam Marvel Rivals adalah abiliti Team-Up-nya, yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu berkombo dengan watak lain.
- Omega Fire
- Apabila Human Torch mengaktifkan Supernova, Storm boleh memanggil Omega Fire dengan memilih Flame Tornado menggunakan Omega Hurricane.
- Jika Storm melepaskan Omega Hurricane, Human Torch boleh mengubahnya menjadi Burning Hurricane dengan Supernova.
- Mana-mana Flame Tornado yang terperangkap dalam Burning Hurricane akan bertambah besar dan memberikan lebih banyak damage.
Team-Up kedua ini berpotensi menjadi salah satu kombo paling OP dalam game. Storm, yang sememangnya kuat dalam META sekarang, mendapat peningkatan hebat daripada Human Torch. Apabila Johnny dalam Supernova state, dia boleh mencipta Flame Tornado.
Storm kemudian boleh menggunakan Ultimate-nya pada Flame Tornado tersebut, mencetuskan Burning Hurricane—sebuah puting beliung api yang lebih besar dan lebih berbahaya.
Sebaliknya, jika Storm sudah berada dalam Hurricane state, Human Torch hanya perlu mengaktifkan Supernova untuk mencipta kombo ini. Gabungan Burning Tornado Storm dan Flame Tornado Human Torch akan menghancurkan musuh dalam sekelip mata.
Tidak sukar untuk membayangkan bagaimana pemain akan menyalahgunakan kombo ini untuk memanjat rank, terutamanya jika tiada siapa yang ban mereka dalam perlawanan peringkat tinggi. Lagipun, Storm sudah mendominasi meta sekarang, dan kehadiran Human Torch hanya menjadikannya lebih menggerunkan.
- United Siblings
- Invisible Woman menggunakan kuasanya untuk menyalurkan Psionic Might, melindungi seluruh pasukan Fantastic Four.
- Memberikan damage resistance kepada Mister Fantastic, The Thing, dan Human Torch.
- Setelah diaktifkan, menghasilkan Bonus Health secara berterusan, menggantikan kesihatan yang hilang dari masa ke masa.
Jika Invisible Woman berada dalam pasukan, Johnny akan mendapat Bonus Health yang menjana semula dan Damage Resistance. Ini sangat membantu, kerana kelemahan utama Human Torch adalah kesihatannya yang hanya 250 HP, menjadikannya agak mudah dibunuh jika salah posisi—terutama sebagai karakter yang boleh terbang.
Buff ini juga diberikan kepada Mister Fantastic dan The Thing, yang membuka potensi untuk Fantastic Four dimainkan sebagai satu pasukan penuh.
Dengan Mister Fantastic sebagai Hybrid Tank/DPS, The Thing melindungi barisan belakang dan menolak barisan hadapan, Human Torch melakukan damage dan mencari peluang, serta Invisible Woman memastikan pasukan kekal hidup dengan healing dan sokongannya.
Walaupun mungkin ada komposisi pasukan lain yang lebih META, bermain bersama rakan-rakan sebagai Fantastic Four pasti akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
The Thing

The Thing sememangnya salah satu watak yang anda mahu ada dalam pasukan, bukan sahaja kerana dia boleh dipercayai, tetapi juga kerana kehebatannya sebagai Vanguard dalam Marvel Rivals. Secara peribadi, saya sangat menyukai The Thing kerana abiliti pasifnya, Unyielding Will.
Sebagai pemain Tank atau Vanguard, anda pasti biasa berdepan dengan Wolverine sebagai counter pick, dan ia boleh menjadi mimpi ngeri sepanjang perlawanan.
Wolverine adalah pembunuh Vanguard terbaik—dia boleh melompat ke arah anda, menolak anda ke kawasan musuh, menjatuhkan anda, dan menghujani serangan tanpa henti, menjadikan sukar untuk melarikan diri.
Tetapi bagi The Thing, serangan seperti itu langsung tidak memberi kesan! Dengan Unyielding Will, dia tidak boleh dilambungkan, tidak boleh dijatuhkan, dan kebal terhadap Crowd Control yang menggerakkan watak. Tiada siapa boleh menculik anda ke kawasan musuh!
Ini menjadikannya counter sempurna untuk Wolverine, kerana Feral Leap Wolverine sangat bergantung pada keupayaan menggerakkan lawan.
Basic Attack
- Rocky Jab (Left Click): Menumbuk ke hadapan dengan pantas.
Abiliti
- Clobberin’ Time (Ultimate – Q): Menggunakan kekuatan luar biasa untuk melambungkan semua musuh di hadapan ke udara.
- Yancy Street Charge (LShift): Menerjang ke hadapan, melancarkan musuh ke udara. Meninggalkan zon khas yang menghalang penggunaan abiliti mobiliti.
- Embattled Leap (E): Melompat ke arah sekutu, memberikan damage reduction kepada kedua-dua pemain.
- Stone Haymaker (Right Click): Melepaskan Heavy Blow yang sangat kuat.
- Unyielding Will (Passive): Kebal terhadap Launch-up, Knock-back, dan kesan tolakan lain

Abiliti Team-Up
- Cosmic Fastball
- Wolverine, Hulk, dan The Thing boleh berinteraksi antara satu sama lain.
- Selepas kedua-dua pemain bersetuju, Hulk atau The Thing boleh mengangkat Wolverine dan membalingnya ke hadapan sebagai projektil.
Menariknya, The Thing juga boleh bekerjasama dengan Wolverine dalam pasukan yang sama.
Sama seperti kombinasi Hulk dan Wolverine sebelum ini, kini The Thing dan Wolverine mempunyai Team-Up “Cosmic Fastball”, di mana Wolverine boleh melompat ke lengan The Thing dan dilontarkan ke hadapan, memberikan dia Leap percuma untuk masuk ke pertarungan dengan lebih pantas.
- Cooperative Comrades
- Invisible Woman menggunakan Psionic Might untuk melindungi pasukan Fantastic Four.
- Meningkatkan damage resistance Mister Fantastic, The Thing, dan Human Torch dengan Damage Resistance.
- Secara berterusan menjana Bonus Health, membantu memulihkan kesihatan yang hilang dari masa ke masa.
Bagi Team-Up Cooperative Comrades, ia berfungsi sama seperti United Siblings daripada Human Torch. Invisible Woman akan memberikan Bonus Health kepada The Thing, meningkatkan daya tahannya dan menjadikannya lebih sukar untuk ditewaskan—sesuatu yang sangat berharga bagi seorang Vanguard.
Skin Baharu
Dengan kehadiran Human Torch dan The Thing, Marvel Rivals turut memperkenalkan dua set skin eksklusif untuk setiap watak. Set ini berharga 1,600 unit dan merangkumi Character Skin, Animasi MVP, Emote, Spray, dan Name Plate. Kedua-dua bundle ini akan tersedia di kedai dalam game sebaik sahaja Season 1.5 dilancarkan.
Human Torch – Negative Zone Gladiator Bundle

The Thing – Trench Coat Bundle

Peta Baharu – Central Park
Peta terbaharu Central Park diperkenalkan dalam Empire of Eternal Night, lokasi di mana Istana Dracula berada. Mod game untuk peta ini adalah Convergence:
- Sebagai Attacker – Anda perlu membantu Ratatoskr dengan menawan Zone pertama untuk memecahkan rantainya, kemudian mengawalnya hingga ke Dracula’s Castle Main Room untuk mencapai kemenangan.
- Sebagai Defender – Halang pasukan lawan daripada menyelamatkan Ratatoskr dan menggagalkan misi mereka.

Dari segi rekaan, Central Park tampil dengan suasana gothic yang gelap. Seperti Empire of Eternal Night: Midtown, peta ini mempunyai bangunan dinamik yang berubah mengikut perkembangan perlawanan, menampilkan sistem kehancuran alam sekitar.
Dengan pelbagai laluan untuk flank, melarikan diri, mempertahankan posisi, atau menekan musuh, peta ini memberikan lebih banyak pilihan strategik kepada pemain.

Secara peribadi, saya sedikit kecewa kerana jumlah mod dalam game masih terhad, dan terasa seperti kita bermain mod yang sama berulang kali. Mungkin menambah mod baharu akan memberikan lebih variasi dan mengurangkan rasa repetitif.
Tetapi, memandangkan Marvel Rivals masih dalam fasa awal, mengharapkan mod baharu dalam kemas kini 1.5 mungkin tidak realistik. Walaupun begitu, tambahan peta ini sudah cukup untuk memberikan lebih banyak kepelbagaian dalam gameplay.
Pendapat

Season 1.5 Marvel Rivals memperkenalkan dua watak baharu yang kuat, berpotensi mengubah META—sama ada mengukuhkan META semasa atau menjadi counter kepada watak dominan. Human Torch dan The Thing bukan sahaja membawa sesuatu yang segar, tetapi juga sangat menyeronokkan untuk dimainkan.
Peta baharu, Central Park, memberikan lebih kepelbagaian dalam usaha mendaki tangga Ranked. Selain itu, dalam trailer rasmi, Marvel Rivals turut memberi petunjuk mengenai watak baharu yang bakal hadir—Blade!
Diharapkan dalam Season seterusnya, kita bukan sahaja mendapat watak baharu, tetapi juga mod baharu untuk memperkayakan lagi pengalaman bermain.
Marvel Rivals Season 1.5 akan dilancarkan hari ini pada 21 Februari 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post