Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Kad ‘Balustrade Wurm’, Mimpi Ngeri Baru Dalam MTG: Duskmourn!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2024
in Artikel, Berita, Preview, Trading Card Game
0 0
0
Previu Kad ‘Balustrade Wurm’, Mimpi Ngeri Baru Dalam MTG: Duskmourn!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan ketibaan Magic: The Gathering (MTG) – Duskmourn: House of Horror yang semakin hampir, hari ini kami teruja untuk previu satu lagi kad baharu: Balustrade Wurm, yang janji untuk menggegarkan medan perang dengan kebolehannya yang unik.

Kredit: Wizards of the Coast

Balustrade Wurm ialah creature 5/5 yang datang dengan pelbagai abiliti kuat, di mana kos asas menjadi kad ini sebagai ancaman semasa mid-game kerana boleh memberi impak serta-merta.

Abiliti statiknya, “This spell can’t be countered,” memastikan kehadiran kad ini tidak boleh dihalang, dan menawarkan rasa selamat atau sekuriti terhadap dek jenis ‘control’. Digabungkan dengan Trample dan Haste, Wurm boleh melakukan damage yang signifikan sebaik sahaja memasuki medan perang.

Aspek yang paling menarik tentang kad ini ialah abiliti Delirium. Untuk 2GG, anda boleh mengembalikannya dari graveyard ke medan perang dengan finality counter, dengan syarat anda mempunyai empat atau lebih jenis kad di graveyard. Abiliti ini menawarkan potensi daya tahan yang tinggi pada late-game, tetapi memerlukan pembinaan dek yang teliti untuk memaksimumkan keberkesanannya.

Balustrade Wurm merupakan tambahan yang solid kepada strategi ‘green midrange’ dan ‘graveyard’ dalam set Duskmourn akan datang. Bersama impak segeranya pada medan perang dan potensi untuk hidup semula, ini menjadikan kad tersebut sebagai ancaman serba boleh yang perlu diuruskan oleh pihak lawan berulang kali.

Kredit: Wizards of the Coast

Itu sahaja untuk previu ini! Set MTG Duskmourn: House of Horror akan dilancarkan pada 27 September 2024 di mana anda boleh mendapatkan Balustrade Wurm dalam Play booster dan Collector booster. Terima kasih kami kepada Wizards of the Coast kerana membenarkan kami melihat kad ini sebelum keluaran set.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Balustrade WurmMTG
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Umum Produk AI+ Terbaru Di IFA 2024, Termasuk Laptop Gaming & Produktiviti Terkini!

Next Post

Mengapa Kaum ‘Alien’ Otsutsuki Dipilih Sebagai Antagonis Utama Boruto, Bukan Shinobi Biasa?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mengapa Kaum ‘Alien’ Otsutsuki Dipilih Sebagai Antagonis Utama Boruto, Bukan Shinobi Biasa?

Mengapa Kaum 'Alien' Otsutsuki Dipilih Sebagai Antagonis Utama Boruto, Bukan Shinobi Biasa?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd