Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu ASTRO BOT – Pengembaraan Lagi Menarik Dalam PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2024
in Artikel, Berita, Platformer, Preview, PS5
0 0
0
Previu ASTRO BOT – Pengembaraan Lagi Menarik Dalam PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda pernah bermain ASTRO’s PLAYROOM dan terus jatuh cinta? Maka, saya pun sama. Asalnya dibangunkan sebagai game demo ringkas untuk mengajar segala teknologi dan tambahan hebat dalam PlayStation 5 dan DualSense, nampaknya Astro serta-merta menjadi maskot kesayangan PlayStation. Kini, robot comel itu akan kembali dalam sekuel baharu bertajuk ASTRO BOT!

Masih dibuat oleh studio yang sama, Team Asobi – Astro akan kembali dalam pengembaraan angkasa super, dan kami berpeluang untuk mencuba demo ASTRO BOT selama 45 minit di konsol PS5!

Adakah game ini dapat memberikan kegembiraan yang sama seperti pendahulunya? Ayuh kita lihat dalam previu ini!

Pengenalan Ringkas

Kredit: PlayStation

PS5 mothership telah rosak, meninggalkan ASTRO dan kru bertaburan di seluruh galaksi. Dengan menggunakan Dual Speeder, ASTRO harus merentasi lebih daripada 50 planet yang penuh dengan keseronokan, bahaya dan kejutan. Dalam perjalanan, manfaatkan sepenuhnya kuasa baharu ASTRO dan bersatu semula dengan ramai wira ikonik dari alam semesta PlayStation!

Gameplay Umum

Kredit: PlayStation

Secara am, pemain akan mengawal ASTRO untuk menyelamatkan rakan-rakan yang hilang sekitar pelbagai planet, menggunakan kapal angkasa mininya, yang merupakan controller DualSense gergasi.

ASTRO akan memandu kapal ini melalui alam semesta ke setiap planet, di mana versi demo menawarkan lima planet, setiap satu dengan tema, rupa bumi, gameplay, objektif dan kebolehan istimewa yang berbeza untuk ASTRO.

Setiap planet mempunyai matlamat berbeza, seperti mencari rakan yang hilang dan menyelesaikan teka-teki yang tersembunyi, atau mengalahkan bos untuk melengkapkan level.

Kredit: PlayStation

Gameplay umum melibatkan aksi berlari dan melompat di pelbagai persekitaran. Dengan menahan butang lompat, ASTRO boleh terapung di udara untuk masa yang singkat, dengan memancarkan laser dari kakinya.

Terdapat juga syiling PlayStation untuk dikumpulkan di setiap level, sama ada daripada menyerang musuh atau membuka peti harta karun di sepanjang jalan. Sama seperti game pertama, serangan laser kaki juga boleh digunakan musuh atau membuka peti.

Kredit: PlayStation

Planet pertama ialah pulau bertema musim panas, yang mengingatkan saya kepada taman tema air. Bersama pokok dan ikan berwarna-warni yang berenang di kolam, ia menimbulkan suasana yang ceria dan santai.

Di level ini, ASTRO boleh memperoleh abiliti istimewa yang membolehkannya membesarkan badan seperti ikan buntal dan perlahan-lahan terapung, untuk mencapai tempat yang tidak boleh diakses. Jika abiliti ini dibatalkan secara manual atau apabila tamat, badan ASTRO akan mengempis dan dia kembali mendarat.

Kredit: PlayStation

Satu lagi planet lain dengan objektif yang sama ialah planet perindustrian yang dipenuhi konkrit dan keluli bernama Construction Derby.

Mekanisme di planet ini sama sekali berbeza daripada planet sebelum – di mana pemain boleh mengambil magnet dari tanah untuk mengumpul logam dan kemudian menggunakan magnet sebagai projektil untuk memukul sasaran dan mekanisme.

Abiliti istimewa di planet ini ialah jetpack yang membolehkan ASTRO mencapai platform yang jauh atau memecahkan kaca untuk membuka laluan baharu.

Kredit: PlayStation

Seterusnya ialah planet bertemakan sotong, yang mengandungi level di mana pemain perlu mengalahkan bos. Di sini, ASTRO boleh memperoleh sepasang sarung tangan tinju serupa katak yang boleh mengeluarkan lidah untuk menyerang musuh dan juga berpaut pada tiang tinggi, membolehkannya berayun seperti monyet.

Selepas beberapa cabaran parkour, pemain akan bertemu dengan bos planet ini— seekor sotong tinju dengan empat sesungut, masing-masing memakai sarung tangan tinju. Dia boleh menyerang dalam pelbagai cara dan meneyru sotong lebih kecil untuk membantunya.

Menggunakan abiliti baharu ASTRO, pemain boleh menarik dua sesungut daripada bos itu, lalu melemparkannya semula ke musuh.Pemain juga boleh menumbuk dengan laju untuk menyerang titik lemah sotong, lantas memberi variasi pada gameplay.

Kredit: PlayStation

Dua level terakhir agak mencabar, kerana menguji refleks dan kemahiran platforming kami. Yang pertama meminta kita untuk melompat pada permukaan ais yang tidak stabil sambil mengelak halangan seperti perangkap palang yang berpusing.

Pemain perlu timing masa lompatan dengan tepat dan berhati-hati kerana tempat untuk mendarat pun sangat kecil. Jika terjatuh, pemain perlu ulang semula, kerana tiada checkpoint di kedua-dua level ini. Level kedua memerlukan kita untuk mencapai titik akhir sebelum masa tamat, yang menambah lagi cabaran.

Kredit: PlayStation

Akhir sekali, saya ingin menyerlahkan bagaimana game ini masih adalah contoh terbaik untuk menyerlahkan kehebatan DualSense, memandangkan itu adalah salah satu daripada tujuan utamanya dalam game pertama.

Sebagai contoh, apabila mengayunkan DualSense ke kiri dan ke kanan, kapal angkasa ASTRO akan bergerak mengikut pergerakan kita, yang membuatkan saya berasa seperti betul-betul memandu Dual Speeder.

Selain itu, setiap level akan memanfaatkan ciri Haptic Feedback. Sebagai contoh, dalam satu level, pemain perlu merasakan getaran pada DualSense dengan teliti untuk mengenal pasti batu betul yang bertindak sebagai suis untuk mekanisme.

Pendapat

Kredit: PlayStation

Ternyata, ASTRO tidak susah seperti game platformer lain memandangkan ia mempunyai tujuan tertentu, tetapi reka bentuk level masih kekal menarik dan variasi, dengan mekanik gameplay yang berbeza berdasarkan tema setiap planet.

Sesetengah kawasan mempunyai laluan tersembunyi, manakala laluan lain memerlukan kita untuk menyelesaikan teka-teki untuk maju. Sekurang-kurangnya dalam lima planet yang saya mainkan, saya tidak pernah gameplay-nya membosankan atau repetitif.

Kredit: PlayStation

Bersama visual yang berwarna-warni, dan animasi yang bertenaga, ini juga adalah game yang sesuai untuk peminat PlayStation kerana penuh dengan easter egg!

Antara contoh terbesar adalah Bot yang kami selamatkan di planet lain sebenarnya berdasarkan watak-watak terkenal daripada francais game popular terbitan PlayStation termasuk Kratos, Aloy, Nathan Drake, Ratchet dan Clank, Jak dan Daxter, Sly Cooper, PaRappa Rappa, dan banyak lagi!

Kredit: PlayStation

Bersama kawalan intuitif yang menyerlahkan kekuatan PS5 dan ciri-ciri DualSense, saya memang seronok bermain ASTRO BOT. Visual yang mengasyikkan, maskot yang berkarisma, gameplay yang tidak membosankan, mudah dan santai – ASTRO BOT cukup sempurna.

Bagi mereka yang berminat, ASTRO BOT bakal keluar di PlayStation 5 pada 6 September. Untuk pre-order, anda boleh tekan SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASTRO BOTpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Mari Berkenalan Dengan Juara-Juara ‘Pokémon Championships 2023-24 Malaysia’

Next Post

Mampukah Peranti Anda Berjalan Zenless Zone Zero? Ringkasan Spesifikasi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Mampukah Peranti Anda Berjalan Zenless Zone Zero? Ringkasan Spesifikasi!

Mampukah Peranti Anda Berjalan Zenless Zone Zero? Ringkasan Spesifikasi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd