Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu AI LIMIT – Gadis Anime Terperangkap Dalam Game Soulslike

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 19, 2024
in Action, Artikel, Berita, PC, Preview, PS5, RPG, Soulslike, Steam
0 0
0
Previu AI LIMIT – Gadis Anime Terperangkap Dalam Game Soulslike
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda suka genre RPG aksi atau soulslike, terutamanya dengan latar belakang anime, anda mungkin akan tertarik dengan AI LIMIT. Merupakan sebahagian daripada PlayStation China Hero Project, yang direka untuk membantu pembangun China mencipta game berkualiti tinggi, ternyata AI LIMIT berjaya menarik perhatian kami.

Secara kasar, AI LIMIT ialah ARPG sci-fi pasca apokalip, yang dibangunkan oleh studio game indie SenseGames dari China dan diterbitkan oleh CE-Asia. Kami mendapat peluang untuk previu Versi Demo selama dua jam – jadi berikut adalah info dan pendapat awal setakat ini.

Naratif

Kredit: Sense Games

Selepas keruntuhan ekosistem artifisial secara tiba-tiba, bencana alam dan peperangan berlaku, lalu tamadun dihapuskan. Pada abad-abad berikutnya, bahan aneh yang dikenali sebagai Mud tersebar merata, dan raksasa mula muncul.

Sebagai seorang Blader bernama Arrisa, anda akan melangkah ke bandar terakhir umat manusia – Havenswell, sambil meneroka ruang kumbahan yang sejuk dan lembap, rumah-rumah setinggan, bandar langit di atas tasik, dan lain-lain, demi mencari kebenaran tentang kemusnahan tamadun dalam runtuhan yang dipenuhi raksasa. Hadapi musuh misteri, dan tamatkan sejarah menakutkan ini.

Setiap Blader mempunyai rupa manusia, tetapi ia sebenarnya adalah bentuk kehidupan baru yang dicipta oleh teknologi misteri. Dengan misi sendiri, mereka memulakan perjalanan yang sunyi dan berbahaya, dan menggunakan kuasa Branches, mereka boleh hidup semula jika mati.

Disebabkan seluruh Branch telah dimusnahkan, anda, sebagai salah seorang Blader, perlu mencari dan membaiki Branch di seluruh bandar. Anda akan bertemu dengan manusia dan rakan-rakan Blader yang juga berada dalam kesusahan, merasakan kegembiraan dan kesedihan mereka, dan bersama-sama membongkar kebenaran di sebalik wabak dan bencana.

Kredit: Sense Games

Sistem Pertempuran

Kredit: Sense Games

Bagi sistem pertempuran, Arrisa lebih pantas berbanding protagonis tipikal dalam Dark Souls, namun dia lebih perlahan berbanding game aksi yang bersifat fast-paced.

Daripada apa yang kami alami, set pergerakan untuk demo ini pun terasa lengkap. Kita boleh berlari, melompat, mengelak, Normal Attack, Charged Attack, dan melakukan serangan khas seperti Skill, dan Spell.

Kredit: Sense Games

Arrisa juga mampu menggunakan pelbagai jenis senjata, yang membolehkannya melaksanakan kombo gerakan unik bagi setiap set, untuk merebut inisiatif dalam pertempuran. Selain itu, sistem kemahiran senjata memberikan Arrisa lebih banyak pilihan ofensif. Ini termasuk mekanisme di tangan kirin Arrisa yang membolehkan protagonis kita menggunakan berpuluh-puluh sihir untuk meluaskan lagi gaya pertarungannya.

Kredit: Sense Games

Tangan kiri Arrisa boleh menggunakan abiliti Blader istimewa, seperti Spell dan skill. Contohnya, skill ‘Counter Field’ amat serupa dengan aksi ‘parry,’ yang boleh meneutralkan serangan musuh dan kemudian memulakan serangan balas. Satu lagi skil, ‘Fatal Strike,’ meningkatkan kekuatan Arrisa untuk satu serangan tikam ke atas musuh. Apabila semua ini digabung, pemain akan mempunyai pelbagai pilihan untuk mencipta gaya pertarungan mereka sendiri.

Sync Rate

Kredit: Sense Games

Sync Rate menggantikan sistem Stamina dalam game Soulslike, dan sebenarnya mewakili kuantiti Mud energy (mana/sumber tenaga kita untuk menggunakan skil) yang tersedia. Boleh mencapai maksimum 100%, Sync Rate dikategorikan kepada pelbagai peringkat, yang secara langsung menentukan kekuatan anda dalam pertempuran.

  • Low: Serangan menjadi lemah dengan drastik.
  • Medium: Serangan kekal pada tahap standard.
  • High: Serangan dikuatkan.
Kredit: Sense Games

Menyerang musuh dengan basic attack akan meningkatkan Sync Rate manakala jika kita diserang musuh, jumlah itu akan dikurangkan. Andai kata jumlah itu mencapai 0%, kita akan memasuki keadaan lemah. Secara tidak langsung, ini memberi sedikit kelainan kepada gameplay kerana mengharuskan kita supaya sentiasa kekal ofensif agar dapat mengekalkan Sync Rate yang tinggi.

Aspek Eksplorasi & Pertarungan Bos

Kredit: Sense Games

Sekilas pandang, dunia permainan agak mudah untuk diteroka di mana laluannya dibentangkan dalam cara straightforward. Sama seperti game Dark Souls; saiz peta biasa-biasa sahaja tetapi mempunyai beberapa laluan rahsia.

Beberapa lokasi akan dihalang oleh “sesuatu”, jadi anda perlu mencari cara lain atau punca masalah untuk mengakses laluan tersebut. Selalunya di tempat-tempat begini, anda boleh mendapatkan senjata, bahan dan item berharga.

Kredit: Sense Games

Bagi aspek musuh pula. Memandangkan AI LIMITadalah game ala soulslike, musuh yang muncul dalam demo boleh dibahagikan kepada raksasa elit dan raksasa biasa. Cuma jangan pandang rendah, kerana raksasa bodoh pun boleh melakukan damage yang tinggi kepada kita.

Dalam demo ini, saya berjaya bertemu dua bos. Bos pertama agak mudah, dan bernama Sewer Cleaner. Merupakan robot dengan serangan jarak jauh, musuh ini mempunyai pergerakan lambat, yang menjadi kunci kemenangan saya.

Kredit: Sense Games

Namun, pendapat saya mula berubah apabila bertemu bos kedua Lore the Lost Lancer. Sesuai dengan genre game ini, pergerakannya sukar diramal; dan dicampurkan dengan pelbagai variasi – kejap charged attack, kejap attack perlahan, kejap lagi attack laju. Namun, keadaan menjadi lebih susah apabila bos ini mencapai fasa kedua. Kini lebih agresif; serangannya tidak akan berhenti; yang membuatkan saya terperangkap dengannya selama satu jam.

Tidak tipu wahai kawan-kawan. Saya tersekat melawan bos ini selama satu jam.

Kredit: Sense Games

Senjata dan Customization

Kredit: Sense Games

Menurut info, game ini mempunyai kira-kira 20 hingga 30 jenis senjata secara keseluruhan, tetapi sudah tentu saya tidak dapat mencuba semuanya dalam versi demo. Variasi senjata menyediakan gaya pertempuran dan pacing yang berbeza, lalu menjadikan pengalaman pertempuran lebih pelbagai.

Kita boleh memilih daripada tiga jenis senjata: senjata ringan, senjata biasa dan senjata berat. Sebagai contoh, Straight Sword adalah senjata all-rounder dengan ciri-ciri seimbang, manakala Double Sword ialah senjata yang pantas dan agresif.

Pendapat

Kredit: Sense Games

Bagi saya, AI LIMIT menunjukkan potensi yang sangat besar; menggunakan konsep yang kini sedang popular, iaitu gadis anime cantik sebagai watak utama, berlatarkan gameplay soulslike – game ini banyak mengingatkan saya kepada Stellar Blade oleh Shift Up dan Code Vein dari Bandai Namco Entertainment.

Namun ini bukan pujian kosong; benar saya memang kagum dengan sistem pertempuran dan mekanik dalam game ini. Dengan pelbagai jenis senjata dan abiliti, anda wajib bereksperimen dengan macam-macam kombo untuk memuaskan tujuan gameplay yang bersifat agresif.

Kredit: Sense Games

Seperti saya kata tadi, game ini mempunyai sistem Sync Rate, dan jika meter ini tidak tinggi, watak kita tidak akan berlawan pada potensi penuh. Game ini tidak meminta kita untuk bermain secara pasif, daripada awal lagi pemain diminta untuk menyerang habis-habisan.

Malah, reka bentuk watak utama pun cantik dan puas untuk dipandang, manakala setiap raksasa dan musuh pun berbeza daripada game soulslike lain yang saya cuba. Disebabkan ini hanya demo, masih banyak yang disorokkan, jadi saya berharap dapat melihat lebih lanjut dalam previu akan datang.

Kredit: Sense Games

Bagi mereka yang berminat, AI LIMIT akan dikeluarkan pada tahun ini di PlayStation 5 (PS5) dan PC melalui Steam. Malangnya, tarikh keluaran tepat masih belum didedahkan, jadi kita hanya mampu tunggu berita selanjutnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AI LIMITpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Raikan Ulang Tahun Ke-20 MSI Bersama Promosi Jualan Eksklusif – Pakej Istimewa Pada Harga Istimewa!

Next Post

‘Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia’ Bermula Di KL Pada 16 Ogos!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
‘Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia’ Bermula Di KL Pada 16 Ogos!

'Jujutsu Kaisen Animation Exhibition - Malaysia' Bermula Di KL Pada 16 Ogos!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd