Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Turn the Line! – Selamatkan geng Arnab, jangan dibuli di tempat kerja! [BIC23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2023
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, Preview, Steam
0 0
0
Preview Turn the Line! – Selamatkan geng Arnab, jangan dibuli di tempat kerja! [BIC23]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari kedua di Busan Indie Connect Festival 2023, dan jadual kami masih sangat sibuk! Kali ini min sempat mencuba Turn the Line!, satu lagi game indie dengan visual yang cukup lucu dan gameplay lebih kurang sama seperti Overcooked.

Bagaimana pengalaman kami? Teruskan membaca!

Kredit: Megatent Inc.

Turn the Line ialah game co-op tycoon di mana 1 hingga 4 orang bermain bersama-sama. Kita bermain sebagai Alex, pendatang baru kepada Production Team 1. Sebagai Alex, matlamat anda adalah untuk menyelesaikan semua pesanan/mencukupkan kuota tepat pada masanya dan balik daripada kerja.

Tempat yang anda bekerja bernama Moon Factory tetapi ia bukanlah tempat yang santai. Cuti memang tidak diberi, dan anda tidak boleh pulang selagi kerja belum selesai. Gunakan kemahiran anda untuk bekerjasama dan berikan kebebasan kepada arnab supaya dapat meninggalkan kerja tepat pada masanya!

Kredit: Megatent Inc.

Dengan watak yang comel, gameplay yang mudah, tetapi malangnya, level majoriti sukar! Setiap level berbeza-beza dan semakin jauh anda bermain, semakin mencabar levelnya. Semua boleh mencuba, tetapi tidak semua orang boleh menyelesaikannya dengan sempurna!

Di dalam kilang yang penuh dengan isu, anda dan rakan-rakan adalah satu-satunya orang yang boleh dipercayai. Kebanyakan level boleh diatasi menggunakan kemahiran peribadi dan cara co-op yang mahir. Jika anda marah dengan rakan yang tidak pandai bekerja, anda pun boleh mengangkat dan membuangnya.

Kredit: Megatent Inc.

Maka, tamatlah preview pendek kami tentang Turn the Line!. Bagi mereka yang berminat, game ini kini ada di Steam secara akses awal dan boleh dibeli pada harga RM51.00.


Untuk info lanjut tentang game lain di BIC 2023, anda boleh melayari pautan di bawah:

<Info Busan Indie Connect Festival 2023>

  • Laman web rasmi: ​https://bicfest.org
  • Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
  • Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
  • Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
  • Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
  • Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BIC23Turn the Line!
ShareTweetSend
Previous Post

2023 BIC Awards Dedahkan Finalis Untuk Beberapa Kategori! Ada A Space for the Unbound, Viewfinder dan Banyak Lagi! [BIC23]

Next Post

Slow Life – Cooking Cats — Game Mobile Kasual Untuk Mereka yang Sukakan Kucing Memasak! [BIC23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Slow Life – Cooking Cats — Game Mobile Kasual Untuk Mereka yang Sukakan Kucing Memasak! [BIC23]

Slow Life - Cooking Cats -- Game Mobile Kasual Untuk Mereka yang Sukakan Kucing Memasak! [BIC23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd