Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview The Sims 4 High School Years – Kisah hidup seorang remaja

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2022
in Artikel, Berita, DLC berbayar, PC, Preview, PS4, PS5, Simulator, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview The Sims 4 High School Years – Kisah hidup seorang remaja
Share on FacebookShare on Twitter

Sekolah menengah atau bak kata omputih “high school” ialah masa untuk seorang remaja mengukir jalan mereka sendiri. Bagi merealisasikan perjalanan hidup ini, EA telah menambah DLC The Sims 4 High School Years di mana pemain boleh menavigasi zaman sekolah menengah di Copperdale High, meneroka identiti remaja mereka dan membuat pilihan yang menentukan masa depan.

Kami sempat melihat preview awal untuk expansion The Sims 4 High School Years, jadi berikut adalah gambaran keseluruhan untuk DLC itu!

Alami zaman sekolah menengah

Di Copperdale High, Sims anda boleh menghadiri kelas seperti pelajar biasa. Mereka boleh bergaul dengan rakan-rakan, makan tengah hari di kafetaria, mengambil peperiksaan mingguan (yang menyumbang kepada gred keseluruhan mereka) sambil mengalami drama sosial seperti “bagaimana untuk meluahkan perasaan kepada orang kita suka”, “menguruskan hubungan yang goyah dengan kekasih” dan sebagainya.

Pelajar juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti korukilum menarik seperti menyertai pasukan bola sepak, pasukan sorak (cheerleading), kelab catur atau kelab komputer selepas habis waktu sekolah.

Seperti remaja normal, setiap Sims pun mempunyai sifat memberontak dan jika terlalu nakal, pemain boleh dikenakan denda “Detention”. Apa perbuatan nakal yang kita boleh buat? Antaranya adalah ponteng kelas atau bergaduh dengan pelajar lain tapi ada banyak lagi cara lain untuk buat huru-hara. Seperti saya kata tadi, setiap perbuatan mempunyai akibat, jadi hati-hati supaya tidak ditangkap.

Pengalaman sekolah menengah (sekurang-kurangnya di negara luar seperti Amerika Syarikat) tidak akan lengkap tanpa acara Prom. Kita akan dapat customize setiap aspek bagi acara Prom bermula dari fasa merancang, membuat persediaan untuk acara dan kemudian terlibat dalam aktiviti seperti menari dan mengundi Prom Queen dan Prom King.

Pengalaman sekolah menengah akan berakhir dengan “Graduation”, majlis pengijazahan yang menandakan perjalanan anda sudah tamat di Copperdale. Semua keputusan yang dibuat oleh Sim kita sepanjang perjalanan sekolah menengah akan memberi kesan kepada kesimpulan ini.

Drama seorang remaja

Zaman remaja adalah satu titik yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Menurut kata EA, inilah adalah masa untuk mencari rakan dan mempelajari tentang cinta. Dalam DLC, korang mempunyai peluang untuk menghadapti cabaran-cabaran ini seperti kebahagiaan cinta muda, atau kesedihan putus cinta.

Lokasi baru Plumbite Pier merupakan tempat yang bagus untuk pergi temu janji kerana penuh dengan pelbagai aktiviti menarik seperti taman hiburan, rumah berhantu, Tunnel of Love, Ferris Wheel, photo booth dan gerai ais krim. Ini adalah tempat yang sesuai untuk membawa Sim yang suka untuk membuat kenangan manis.

Luahkan gaya dan kreativiti Sims anda

DLC High School Years mempunyai pelbagai pilihan daripada segi pakaian dan reka bentuk terutamanya bilik tidur. Dalam kebanyakan game the Sims, ternyata kita boleh customize rumah sesuka hati tetapi bilik tidur seorang remaja di dunia normal kelihatan sangat berbeza. Oleh itu, EA cuba memberi kita alat baru untuk mencipta identiti sendiri.

Mereka menambah pelbagai objek untuk menghiasi bilik seperti kerusi gaming, lampu dinding, cermin, dan macam-macam lagi. Dengan penambahan objek baru, ini juga menambahkan aksi berbeza yang boleh dilakukan oleh Sims sebagai remaja. Antara contoh aktiviti baru yang kita boleh lakukan adalah Sims kini dapat mendandan diri sendiri, duduk bersila di atas katil dan berbual bersama rakan, “pillow fight” atau membaca buku sambil baring di atas katil.

Ke topik pakaian pula, gaya fesyen remaja ialah cara ekspresi utama dan merupakan sebahagian besar daripada expansion. Oleh itu, EA menambah “fashion marketplace”supaya pemain dapat memilih daripada pelbagai baju yang mencerminkan personaliti mereka. Secara lebih khusus lagi, EA bekerjasama dengan Depop (pasaran fesyen yang dikuasakan oleh komuniti) untuk membawa pakaian dari dunia sebenar ke dalam game.

Aspek pakaian juga berkait rapat dengan Thrifty – yang merupakan kedai boba tea/ kedai bundle – dan melalui aplikasi “Trendy” di mana pemain dapat mengubah Sim menjadi influencer popular. Akhir sekali, pilihan gaya pun amat luas dan diilhamkan oleh pelbagai jenis fesyen seperti “geek, jock, skater, hipster atau emo.”


Pek DLC The Sims 4 High School Years akan keluar pada 28 Julai 2022 di Steam, Origin, PS4, PS5 dan XB1, Xbox Series X/S. Buat sesiapa yang membeli expansion sebelum 8 September, korang akan menerima item berikut: Groove Tube Wireless Speaker, Spine Reticulating Gamer Chair dan Tri Hard LED Panel.

Itu sahaja untuk preview ini – untuk baca segala liputan kami tentang francais The Sims, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCPreviewthe sims 4The Sims 4 High School Years
Previous Post

Assassin’s Creed X Secretlab – Setup khas untuk peminat AC dan sambutan legasi 15 tahun!

Next Post

Siri live action Yu Yu Hakusho dedahkan sinopsis dan barisan pelakon utama! [UPDATE]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Siri live action Yu Yu Hakusho dedahkan sinopsis dan barisan pelakon utama! [UPDATE]

Siri live action Yu Yu Hakusho dedahkan sinopsis dan barisan pelakon utama! [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd