Walaupun tarikh keluaran Tekken 8 masih belum diumumkan, tetapi ramai pemain dalam komuniti ‘fighting game‘ terlalu hype dengan gameplay yang ditunjukkan sejak kebelakangan ini. Dilabel sebagai entri paling ofensif setakat ini dalam francais, Tekken 8 nampaknya akan membuat banyak perubahan besar pada sistem gameplay. Di sini, Bandai Namco Entertainment Asia memberi peluang kepada kami untuk mencuba preview bagi game tersebut.
Jadi berikut adalah penambahan dan perubahan besar kepada Tekken 8 daripada segi gameplay!
Kenapa lebih ofensif?
Anda semua harus faham bahawa Tekken 7 adalah game yang sangat defensif. Ini kerana siri Tekken mementingkan kemahiran tinggi dan perlawanan kompetitif di mana dua pemain cuba bermain minda dan mengumpan yang lain untuk menyerang.
Sebaliknya, Tekken 8 lebih bersifat agresif, seperti yang dijanjikan oleh Harada. Sebahagian besar ialah kerana unsur ‘grey health’. Bagi mereka yang tidak faham; dalam majoriti fighting game, apabila menerima damage, anda akan mempunyai saki baki “grey health”. Bergantung pada game, biasanya anda perlu mengelak daripada serangan musuh untuk membiarkan grey health itu pulih nyawa semula.

Dalam Tekken 8, bagaimanapun anda boleh memulihkannya nyawa dengan menyerang. Lakukan serangan yang cukup dan anda boleh memulihkan diri sepenuhnya. Kelemahannya ialah serangan musuh tertentu juga dapat menurunkan kesihatan maksimum anda.
Heat Mode

Setiap watak mempunyai akses kepada Heat Mode yang merupakan teknik yang hanya boleh digunakan sekali setiap pusingan. Apabila dipakai, teknik ini membuka ciri-ciri baharu dan beberapa gerakan baharu untuk watak.
Heat Mode bertahan selama 10 saat, tetapi banyak perkara boleh mempengaruhi tempoh ini. Setiap serangan yang kita lakukan (dengan syarat ia kena) akan menghentikan timer Heat Mode buat sementara, dan serangan lanjut seperti ‘grab’ atau apabila musuh masih berbaring di tanah juga akan menghentikan timer Heat Mode buat sementara sehingga gerakan itu tamat atau apabila musuh bangun.
Selain Heat meter, anda juga ada (sehingga) dua slot pada Heat Bar. Saya akan menjelaskan tentang ini sebentar lagi.

Terdapat dua cara untuk pakai Heat Mode;
Pertama dipanggil Heat Burst, di mana anda menekan input dalam keadaan neutral (bukan ketika kombo). Watak akan melakukan pose dan game akan mengezum pada mereka, lalu mereka menghasilkan gelembung AOE. Mode ini memberi satu slot pada Heat Bar dan jika digunakan dengan betul, ia boleh membawa musuh ke udara.
Cara kedua ialah Heat Engage. Setiap watak mempunyai serangan Heat Engage tetapi ada syarat untuk memakainya. Heat Engage hanya akan diaktifkan dalam keadaan neutral, bukan dalam kombo. Maksudnya, anda perlu memilih masa terbaik untuk mengaktifkannya. Gunakan pergerakan dengan Heat Engage di penghujung, kemudian teruskan kombo ke gerakan lain. Heat Engage memberi 2 slot pada Heat Burst.

Jadi apa yang slot itu lakukan? Terdapat dua gerakan universal yang boleh dilakukan dalam Heat. Pertama dipanggil Heat Dash. Jika pernah bermain Street Fighter V atau 6, anda akan mengenali mekanik ini sebagai V-Shift/ Drive Rush. Heat Move (serangan yang mempunyai Heat Engage) kini boleh ‘dash cancel’, membuatkan anda berlari sejurus selepas melanjutkan kombo anda. Ini memakan 1 slot.
Kedua ialah Heat Smash. Heat Smash adalah seperti EX Mode daripada Street Fighter tetapi lebih kuat atau digunakan untuk block selamat. Namun, ia akan menggunakan keseluruhan Heat meter, dan memakan semua slot. Jadi gunakannya hanya apabila anda tidak memerlukan Heat lagi, seperti jika ingin menamatkan pusingan.
Perlu diingatkan bahawa Heat Smash adalah pengganti kepada Rage Drive dalam Tekken 7.

Heat Mode adalah tambahan yang bagus kepada gameplay agresif. Wakil Bandai Namco yang berlawan dengan saya sering mengaktifkannya pada permulaan pusingan dan ini boleh menjadi sangat menjengjelkan kerana setiap watak kini bertindak lebih ofensif. Saya juga mengujinya dengan beberapa watak lain untuk melihat stail mereka.
Jack – Heat Mode-nya menguatkan teknik Counter, supaya pihak lawan menjadi lebih takut untuk menyerangnya.
King – Heat Mode membuatkan King lebih menakutkan, kerana memberikan perisai kepada salah satu gerakannya semasa berlari ke arah musuh. Ini bermakna dia boleh mendekati musuh tanpa masalah. Satu lagi bonus adalah dia memperoleh Heat daripada gerakan grab tertentu.
Jin – Dia dan Kazuya sebenarnya berkongsi Heat Mode yang lebih kurang sama – mereka berdua memasuki Devil Mode, dan dapat melakukan Electric Wind God Fist tanpa timing yang tepat. Mereka juga mendapat akses kepada gerakan tambahan dalam Heat Mode, semuanya bersifatkan Devil Power.
Electric Wind God Fist
Mungkin ramai tertanya-tanya apa itu Electric Wind God Fist dan mengapa ia penting… Penjelasannya adalah semua watak daripada keluarga Mishima (Jin, Kazuya dan dulunya Heihachi) mempunyai gerakan dipanggil Wind God Fist yang memerlukan input khas untuk aktif.
Bergantung pada timing anda menyerang, anda boleh melakukan gerakan yang berbeza. Selalunya, anda dapat melakukan Wind God Fist, tetapi itu hanya serangan biasa. Jika anda menekan Punch tepat pada timing, anda akan dapat melakukan Electric Wind God Fist, di mana kesannya menambah kilat dan serangan kini lebih pantas.
Heat Mode adalah ciri khusus untuk watak dan itu suatu mekanik gameplay yang bagus. Dalam setiap game dahulu, anda perlu tahu apa yang boleh dilakukan oleh musuh jika ingin berurusan dengan stail pertempuran mereka. Kini, pemain juga perlu mengambil kira efek yang boleh dilakukan oleh musuh punya Heat Mode, sambil membuatkan rancangan balas.
Secara teori, kita boleh melengahkan masa sehingga Heat Mode mereka habis. Tetapi itu hanya teori. Heat Mode setiap watak memberi mereka banyak fungsi tambahan, jadi game ini memaksa anda untuk lebih berfikir sedaya upaya supaya dapat mengeluarkan diri daripada masalah itu.
Rage

Rage kembali. Ia berfungsi sama seperti Tekken 7, dan akan aktif apabila HP berada pada sekitar 30%. Rage Arts akan menamatkan Rage, dan mereka semua mempunyai input yang sama supaya lebih mudah untuk bermain antara watak.
Special Style

Sebagai cara untuk memudahkan pemain baharu bermain Tekken, game ini menambah mekanik ‘Special Style’. Ini adalah sistem kawalan yang mudah digunakan sama seperti game fighting lain. Dalam Tekken, anda mempunyai 4 butang – Left Arm, Right Arm, Left Leg, Right Leg.
Special Style sebaliknya menyusun butang ke fungsi lain – Air Juggle, Special Move, Power Crush dan Low Attack, sambil mempunyai satu butang untuk melakukan Heat Burst.

Ia menarik kerana anda boleh menggunakannya sebagai cara untuk mempelajari pergerakan watak. Harada sendiri kata bahawa ciri ini bukan semata-mata untuk pemain baharu, dan boleh digunakan untuk belajar watak baharu.
Namun, terdapat kelemahan kepada Special Style kerana moveset kita amat terhad. Watak kita hanya boleh melakukan satu pergerakan istimewa – jadi isu itu patut dipertimbangkan oleh pemain lebih berpengalaman.
Pendapat

Secara keseluruhan, saya sangat teruja untuk melihat masa depan Tekken 8. Dahulu mementingkan gameplay defensif minda, kini perubahan gameplay memaksa pemain untuk menjadi lebih agresif berbanding menunggu musuh memulakan langkah. Walau apapun, saya yakin Tekken 8 akan menjadi perubahan terbesar dalam tradisi francais. Moga-moga Bandai Namco dapat memberitahu tarikh keluaran rasmi dalam masa terdekat.
Tekken 8 akan dikeluarkan untuk PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S. Baca segala liputan kami tentang Tekken 8 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post