Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Sonic Superstars – Sambung mencari Chaos Emerald!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2023
in Artikel, Berita, Demo, Epic Store, Nintendo Switch, PC, Platformer, Preview, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview Sonic Superstars – Sambung mencari Chaos Emerald!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun Sonic yang ke-32, kami berpeluang untuk mencuba Sonic Superstars di Olympic E-Sports Week 2023, yang diadakan di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre. Game ini merupakan entri terbaru dalam francais dan menjanjikan gameplay ikonik berdasarkan era retro sambil memperkenalkan beberapa elemen baharu.

Dimainkan di PS5, versi Sonic Superstars yang saya cuba hanyalah demo – jadi mungkin banyak perkara akan berubah di versi rasmi nanti. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah preview awal saya tentang Sonic Superstars.

Gameplay umum

Kredit: SEGA

Sonic Superstars ialah game side-scrolling platformer, serupa dengan game Sonic the Hedgehog yang dikeluarkan untuk Sega Genesis pada tahun 1990-an. Dunia permainan dipersembahkan daripada perspektif 3D tetapi pergerakan kita terhad kepada dimensi  2.5D.

Terdapat empat watak yang boleh dikawal oleh pemain, setiap satu dengan kebolehan unik sendiri.

  • Sonic the Hedgehog boleh transisi daripada “roll ke dash” selepas melompat
  • Miles “Tails” Prower boleh terbang memakai ekornya
  • Knuckles the Echidna boleh glide dan memanjat dinding
  • Amy Rose boleh menyerang musuh dengan tukul dan double jump.
Kredit: SEGA

Pemain akan menjelajah North Star Islands dan bertemu dengan beberapa penjahat ikonik seperti Doctor Eggman, Fang the Sniper, dan Trip. Di sini, pemain akan menavigasi beberapa level (“zone”) yang gameplay boleh dipecahkan kepada dua segmen; bahagian platformer standard dan pertarungan bos.

Dalam versi demo, hanya dua (2) Stage disediakan, jadi saya akan jelas sebaik mungkin tentang apa yang saya belajar.

Setiap stage mempunyai ciri unik sendiri

Kredit: SEGA

Seperti judul lama, terdapat banyak cara dan laluan untuk menamatkan setiap level. Walaupun ini adalah game platformer, bagaimana kita bergerak sebenarnya agak bebas di mana anda boleh melompat ke laluan lain berbanding menggunakan laluan utama. Malah, kita boleh under ke belakang jika mahu meneroka dengan lebih terperinci. Kadangkala, sesetengah laluan ini akan membawa ke item atau power-up istimewa, yang boleh dimanfaatkan oleh pemain.

Dalam demo, saya sempat cuba 2 Power-Up istimewa. Untuk Power-Up pertama, Sonic dapat berubah menjadi air yang membolehkannya memanjat air terjun. Untuk Power-Up kedua, dia dapat mencipta pelbagai klon yang akan berlari di sekeliling skrin sambil memusnahkan musuh dan halangan untuk memberi laluan kepada Sonic sebenar.

Kedua-dua abiliti mempunyai cooldown, yang bermaksud ini bukan kuasa “guna sekali, terus hilang.”

Kredit: SEGA

Pada masa yang sama, pelbagai level rahsia (digelar sebagai Bonus Stage) juga tersembunyi di sekitar. Sebagai, pemain harus memakai buih untuk pergi mendapatkan Chaos Emerald yang terletak di hujung level. Kepentingan Chaos Emerald adalah ia memberikan abiliti power-up meningkatkan, termasuk abiliti untuk berenang menaiki air terjun atau mencipta klon berdasarkan watak khusus.

Itu antara cabaran yang anda bakal hadapi di dalam Bonus Stage tetapi ganjarannya pasti berbaloi.

Kredit: SEGA

Seperti saya kata di subtajuk, setiap zone mempunyai keunikan tersendiri. Bridge Island Zone (zone 1) seolah-olah adalah campuran Green Hill dan Emerald Hill, dua lokasi ikonik daripada game lama Sonic, dan pasti membangkitkan elemen nostalgia dalam jiwa setiap gamer.

Di Speed Jungle Zone (zone 2) rupanya lebih menyerupai hutan. Bukan setakat itu sahaja, ia mempunyai beberapa pokok menjalar yang boleh digunakan oleh pemain untuk meloncat ke bahagian yang sukar dicapai. Ini penting untuk maju ke hadapan.

Kredit: SEGA

Pertarungan Boss

Setiap zon akan tamat dengan pertarungan Boss dan saya berpeluang mengalahkan dua musuh besar.

Kredit: SEGA

Di Zone 1, kita akan dikejar oleh robot ikan gergasi yang memusnahkan tanah di sekeliling Sonic. Kita tidak mempunyai cara untuk mencederakannya, jadi Sonic harus melarikan diri selama mungkin untuk bertahan hidup. Jika anda berjaya tahan dalam tempoh masa yang ditetapkan, Sonic akan melarikan diri melepasi papan tanda gol.

Di Zone 2, kita akan menentang Dr. Eggman dalam sut robot. Di fasa pertama, kita perlu mengelak penumbuk roketnya, robotnya akan keluarkan “spike” untuk cederakan Sonic. Seperti biasa, Sonic perlu elak semua serangan itu dan balas balik untuk menang pertarungan boss kedua.

Kredit: SEGA

Tips: selagi anda mempunyai cincin (ring), anda tidak akan mati.

Lain daripada game moden, Superstars tidak memberi petua atau nasihat kepada pemain tentang cara-cara mengalahkan bos. Anda perlu memikirkan dengan sendiri, dan saya rasa ini bagus kerana game sekarang terlalu memudahkan pengalaman pemain.


Kredit: SEGA

Kempen utama menyokong mode multiplayer sehingga empat pemain, yang boleh disertai atau ditinggalkan pada bila-bila masa. Game ini juga menampilkan mode player versus player yang boleh dimainkan secara local atau online. Malangnya, saya tidak sempat mencuba ciri tersebut kerana ini hanya demo.

Sonic Superstars akan dilancarkan pada hujung tahun 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Baca segala berita kami tentang Sonic di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Previewps5Sonic Superstars
ShareTweetSend
Previous Post

Cyberpunk 2077 ada klon mobile dari China, katanya gameplay 100% seperti PC

Next Post

Sonic Origins Plus kini tersedia di PS, Xbox, Switch & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Sonic Origins Plus kini tersedia di PS, Xbox, Switch & PC!

Sonic Origins Plus kini tersedia di PS, Xbox, Switch & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd