Bagi anda yang suka game lumba, game ini mungkin menarik minat anda. Bernama SKID, kami sempat mencubanya di Busan Indie Connect Festival 2023!

Game lumba indie ini dihasilkan oleh Team Eyeball dan akan diterbitkan oleh Nicalis, yang mungkin anda kenal daripada karya-karya terkenal seperti The Binding of Isaac Rebirth atau Cave Story.
Secara am, gameplay ini boleh disamakan seperti francais Need for Speed dan mempunyai tema underground racing. Cuma, SKID memberi lebih banyak penekanan pada Drift dan Boost untuk mendahului litar menggunakan pelbagai jenis kereta berdasarkan model terkenal. Malah, kita siap boleh memakai kereta teksi jika mahu.

Sejujurnya, game ini lebih mudah dan santai daripada yang disangkakan lebih sangat sesuai untuk pemain yang mungkin baru dalam game jenis lumba kerana mekaniknya yang menyeronokkan.
Untuk gameplay lebih mencabar, game ini juga mempunyai pelbagai Game Mode seperti Single Player Story Mode, Time Attack, Challenge atau Multiplayer yang boleh dimainkan secara Quick Play, 1vs1, Drag Racing dan juga mode Ranked Game.

SKID dirangcang untuk keluar pada platform Mobile, PC dan Nintendo Switch dengan sokongan Crossplay pada tahun 2024. Tarikh keluaran tepat tidak diberi.
Apa pendapat korang tentang game ini? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk info lanjut tentang game lain di BIC 2023, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post