Dengan berbaki sebulan sebelum pelancaran rasmi, Saints Row reboot nampaknya ingin perkenalkan lebih lanjut tentang gameplay-nya. Terima kasih kepada Koch Media, EGI dan Ripples Asia kerana memberikan kami peluang untuk mencuba game tersebut. Jadi, kami ingin ceritakan kepada anda pengalaman kami ketika mencuba Saints Row yang baru ini. Tanpa membuang masa jom kita mulakan!

Pengalaman bermain dan penceritaan Saints Row
Kalau dah bercerita tentang Saints Row, memang segala benda yang berlaku dalam dunia itu semua pelik-pelik belaka. Daripada kuasa sampailah senjata yang tersedia. Tetapi Saints Row baru ini normal sedikit tetapi ia masih lagi sebuah game yang menyeronokkan. Kami telah bermain bahagian awal game, di mana pemain seorang pekerja di Marshall – salah satu kumpulan besar yang mengetuai bandar Santo Ileso. Ada dua lagi kumpulan yang ingin mengambil alih bandar tersebut iaitu The Idols dan Los Panderos. Watak kita (bakal boss) akan tinggal bersama tiga watak lain yang cuba untuk teruskan hidup. Bos anda di Marshall tidak suka pada anda dan tidak mahu memberikan bonus, jadi terpaksalah buat kerja sambilan untuk bayar sewa.
Benda pertama yang kami ini ceritakan ialah krew anda. Tiga watak yang saya katakan tadi ialah Neenah, Kevin dan Eli di mana masing-masing merupakan hebat yang hebat. Setiap daripada mereka mempunyai kaitan dengan tiga kumpulan besar tadi – Neenah dengan Los Panteros, Kevin dan Eli pula ahli The Idols.

Saya suka cerita Saints Row yang membawa kita melihat sekumpulan anak muda yang bertukar samseng kerana kepayahan hidup. Anda akan pertama kali berjumpa mereka ketika mereka bergaduh kerana tidak mempunyai wang untuk membeli pembuat wafer dan apabila bos tidak memberikan bonus, mereka terus buat keputusan untuk merompak. Senang cerita ketiga-tiga kumpulan yang kawal bandar tersebut masing-masing tidak mahu membayar orang bawahan mereka. Memang teruk habis. Apapun, komedi penceritaannya memang bagus, jadi memang anda akan berseronok dengan watak-watak ini. Dengan temanya yang boleh berkait dengan dunia sebenar, memang anda juga boleh rasa dekat dengan mereka.

Gameplay
Gameplaynya secara keseluruhan boleh tahan. Anda akan banyak melompat, berguling dan crouch malah ada finisher meter yang membolehkan anda untuk bunuh terus musuh di depan anda. Bukan setakat itu sahaja, health watak pun terus naik semula. Meter tersebut juga boleh penuh dengan cepat, jadi saya tidak teragak-agak untuk manfaatkan “instakill” dengan meter ini.
Saints Row reboot ini juga mampunyai perk dan kebolehan masing-masing. Terdapat juga senjata yang boleh “link” dengan kebolehan watak, jadi agak gila-gila juga serangan yang diberikan kepada musuh.

Antara salah satu benda lain yang seronok tentang Saints Row baru ini ialah pertempuran menggunakan kenderaan. Sejujurnya ia sangat bagus. Anda rempuh sahaja kereta lain boleh melayang kereta musuh. Lagi laju anda pandu, lagi hebat impaknya. Tetapi kalau nak menembak sambil memandu agak susah juga sebab kena aim. Jadi baik guna je kereta untuk rempuh musuh.
Misi sampingan
Kalau ikutkan hati, tidak ada yang unik sangat tentang side mission-nya. Ia hanya misi biasa berdasarkan mekanik game contohnya seperti misi memandu, di mana anda perlu memndu kenderaan ke lokasi dalam masa yang ditentukan. Tetapi saya suka misi survival. Ia agak unik kerana difficulty misi itu bergantung pada “review” yang anda berikan dalam satu aplikasi. Jadi kalau anda beri rating satu bintang, bersiap sedialah untuk dikejar samseng yang paling susah untuk dikalahkan.

Ada juga satu aplikasi bernama Wanted App, senang cerita aplikasi untuk mengambil misi bounty hunting. Cuma pergi ke lokasi yang diberikan, bunuh watak. Itu sahaja. Tetapi yang bezanya kalau anda perlu bunuh dua musuh, selepas anda bunuh yang pertama, akan ada masa terhad untuk bunuh musuh kedua. Memang kena kejar teruslah mangsa seterusnya.
Oh, ada lagi misi yang menarik. Anda diberi misi untuk gunakan monster truck untuk bunuh sekumpulan samseng. Selepas itu, ketua mereka pula muncul dengan traknya sendiri. Jadi misi tersebut terus bertukar menjadi monster truck vs monster truck. Memang epik!

Kesimpulan
Disebabkan ini kali pertama kami bermain game daripada francais Saints Row, jadi memang seronok juga dapat mencuba preview-nya. Ia mempunyai banyak watak dan agak ia mempunyai idea yang matang. Walaupun watak anda nampak biasa sahaja tetapi bila mulakan kerja, memang terus berubah. Kesemua musuh dalam game ini juga unik. Ditambah pula dengan beberapa misi sampingan yang menyeronokkan, memang ia game yang patut anda cuba setelah ia lancar nanti. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk membaca liputan lain kami mengenai Saints Row, boleh klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post