Sepatutnya tersedia hari ini, DLC Resident Evil 4 Separate Ways oleh Capcom menceritakan kisah Ada Wong dan perjalanan melalui peristiwa Resident Evil 4, sambil mengisi soalan yang tidak terjawab daripada kisah utama.
Di Tokyo Game Show, kami sempat mencuba DLC tersebut, jadi berikut adalah preview pendek kami tentang Resident Evil 4 ‘Separate Ways’.
Secara am, Separate Ways ialah kandungan tambahan yang diminta oleh ramai peminat sejak pelancaran RE4 Remake. Ini ialah DLC baharu yang menambah beberapa bab cerita tambahan yang memfokuskan pada naratif Ada, dan bagaimana dia bekerja di bawah Albert Wesker untuk mendapatkan sejenis bahan unik dan berkuasa dipanggil “Amber”.

Saya hanya dapat memainkan satu bab dan bab ini pun sangat-sangat pendek. Game ini bermula apabila Ada bertemu Luis Sera untuk mendapatkan maklumat, dan kemudian ada satu pertarungan bos epik di mana anda perlu melawan zombi paderi yang boleh membuat ilusi untuk mengklon dirinya sendiri.
Pertarungan bos itu cukup mudah jadi saya teruskan ke lokasi seterusnya yang memerlukan kita keluar dari kawasan istana dengan memusnahkan catapult terlebih dahulu, sehingga Chapter 2 di mana Ada tiba di kawasan kampung. Malangnya, di sinilah saya terpaksa berhenti.
Daripada segi gameplay, tiada apa yang berubah kecuali kali ini kita akan bermain sebagai Ada sahaja.

Walaupun banyak senjata yang dilihat sepanjang game adalah senjata sama yang digunakan Leon seperti senapang sniper SR MR1903 dan Tactical Machine Pistol (TMP), Ada mempunyai senjata uniknya tersendiri seperti crossbow yang menembak keluar bolt letupan atau shotgun khas daripada game original.
Biasanya dalam game utama, Leon tersangkut di atas tanah dalam arena kecil dan terpaksa bergantung pada sasaran yang tepat untuk stun raksasa itu melalui pukulan berulang pada kepalanya sebelum titik kelemahannya iaitu parasit muncul dari belakangnya.
Demo mempamerkan combat yang telah kita kenali daripada game utama termasuklah kebolehan untuk menangkis serangan dengan pisaunya, ciri penting dalam Resident Evil 4 Remake.
Setelah berjaya stun musuh dengan menembak kepala, kaki atau tangan mereka, Ada boleh melakukan beberapa serangan melee seperti somersault, kick dan Fan Kick, serangan yang wujud dalam game original.

Seperti yang diperkenalkan, Hookshot membuatkan Ada berlainan daripada Leon daripada segi gameplay. Dalam game original, Hookshot hanya terhad kepada eksplorasi sahaja tetapi kini dalam remake, ia boleh digunakan untuk combat. Walaupun berada jauh daripada musuh yang stun, Ada boleh menembak hook dan zip mereka ke arahnya, lalu memberikan sepakan yang berkuasa. Ini juga boleh dilakukan di hadapan atau belakang target.
Sudah tentu, ini juga memberi laluan untuk Ada meneroka level yang berbeza dan berlawan dengan musuh-musuh yang tersembunyi di tempat tinggi seperti mereka yang menggunakan catapult semasa Castle Gate.

Sebaliknya, Ada mempunyai pilihan untuk melintasi tempat tinggi dan menghadapi musuh dalam jarak dekat tanpa perlu bergantung pada sasaran tepat dengan senapang penembak pada jarak yang jauh. Semasa melintasi tebing tinggi, Ada juga boleh melakukan sepakan susulan kepada mana-mana musuh yang berdiri di tepi, dengan cepat menumbangkan mereka supaya dia boleh mendarat dengan selamat.
Secara keseluruhan, pengalaman awal saya sangat seronok. Jika anda suka Residenr Evil 4 remake, anda boleh mengharapkan pengalaman yang sama di sini. Cuma, disebabkan ini DLC, kempennya tidak panjang dan mungkin boleh habis dalam tempoh masa beberapa jam.
DLC Resident Evil 4 Remake Separate Ways tersedia pada 21 September 2023 bersama-sama kemas kini percuma untuk mode Mercenaries yang menambah Ada Wong dan Albert Wesker sebagai watak yang boleh dimainkan.
Baca segala berita kami tentang game ini di SINI!
Segala liputan kami tentang Tokyo Game Show disampaikan bersama kerjasama Predator Gaming.
@gamersantaimy
Discussion about this post