Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview One Piece Odyssey (TGS 2022) – Budak getah masuk alam JRPG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Demo, JPRG, Pameran/Expo, Preview
0 0
0
Preview One Piece Odyssey (TGS 2022) – Budak getah masuk alam JRPG!
Share on FacebookShare on Twitter

Pameran Tokyo Game Show 2022 mengadakan pelbagai demo bagi game terkini dan salah satu yang kami wajib cuba (diwakilkan oleh Gamer Braves) adalah One Piece Odyssey, JRPG terbaru berdasarkan siri manga//anime popular oleh Eiichiro Oda.

Merupakan demo dengan barisan paling panjang di booth Bandai Namo Entertainment, saya akhirnya dapat peluang untuk cuba. Jadi tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah preview awal One Piece Odyssey di TGS 2022!

Pengalaman saya

Durasi demo adalah sekitar 10-15 minit, dan seperti yang ditunjukkan dalam gameplay sebelum, saya dapat mengesahkan bahawa setiap watak akan dibahagikan kepada kelas masing-masing di mana sistem berfungsi serupa seperti kertas > batu > gunting. Dalam One Piece, watak dipecahkan kepada kategori Power>Speed>Technique.

Dari segi pertempuran, ia dikenali sebagai “Scramble Area Battle” di mana, anda akan berjumpa monster dan akan ke masuk kawasan perlawanan. Anda akan diberikan menu yang akan mengandungi “Attack, Skill, Item dan Tactics”.

Attack adalah serangan biasa yang tidak banyak memberikan damage pada musuh tetapi memberikan Tension Points (TP) untuk digunakan semasa serangan menggunakan skill. Satu-satunya cara untuk menjana TP adalah melalui serangan biasa.

Setiap skill akan ditunjukkan jika ia adalah jarak dekat atau jarak, sasaran tunggal atau berbilang sasaran dan terdiri daripada serangan elemental serta mengenakan efek khas ke atas musuh seperti “dizzy”, “charmed”, dan lain-lain.

Disebabkan game berunsur turn-based, kita akan bergilir-gilir bersama musuh. Jadi, anda boleh merasai setiap skill watak yang sangat unik. Namun, untuk demo ini, saya hanya dapat mencuba Luffy sahaja – jadi info tentang watak lain masih tidak banyak.

Semasa dalam perjalanan, terdapat beberapa halangan yang membenarkan pemain menggunakan kuasa setiap watak untuk mengharunginya.

Contohnya untuk demo ini, Luffy menggunakan kuasa getahnya untuk memanjangkan tangan dan melompat ke lokasi baru. Info tambahan pula kata, Zoro boleh memotong dinding dan objek lain, Chopper boleh melalui jalan yang kecil, Franky boleh membina jambatan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, disebabkan kita berada di lokasi (pulau) baru, haiwan dan raksasa yang tidak pernah dilihat dalam anime dan komik telah dibuat khas untuk game.

Penutup

Apa yang membuat saya berasa sedih adalah demo ini terlalu pendek. Tambahan pula, ia hanya boleh didapati dalam bahasa Jepun jadi saya tidak dapat menangkap intipati jalan cerita kali ini.

Walaupun begitu, saya dapat mengesyorkan bahawa menerapkan francais One Piece ke elemen JRPG bukanlah pilihan yang salah dan saya rasa ia lebih seronok berbanding World Seeker.


Sekali lagi saya ingatkan, JRPG One Piece Odyssey akan dikeluarkan pada tahun ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Tarikh pelepasan tepat tidak diberi, tetapi khabar angin kata BNE akan membuat pengumuman rasmi semasa TGS 2022.

(Kami juga menghadiri demo Street Fighter 6, yang korang boleh baca di SINI).

Untuk membaca lebih banyak berita menarik mengenai One Piece, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: one pieceOne Piece OdysseyTGS 2022
Previous Post

Preview Street Fighter 6 (TGS 2022) – Penangan Guile & Juri!

Next Post

[TGS 22] Keputusan hari pertama Japan Game Awards 2022 diumumkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[TGS 22] Keputusan hari pertama Japan Game Awards 2022 diumumkan!

[TGS 22] Keputusan hari pertama Japan Game Awards 2022 diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd