Malam tadi, Capcom mengumumkan bahawa DLC Monster Hunter Rise: Sunbreak– Title Update 2 akan dilancarkan pada 29 September! Bersama update ini, ia akan memperkenalkan sejumlah monster baru termasuk Flaming Espinas yang kita sempat mencuba di booth Capcom di TGS 2022!
Berikut adalah pengalaman kami!
Pengalaman berlawan Flaming Espinas

Hands-on demo quest di booth Capcom meletakkan kita dalam quest untuk memburu Flaming Espinas, salah satu monster baru dalam update terkini. Kami diberikan tempoh masa 15 minit dan berpeluang untuk mencuba sebanyak dua kali. Malangnya kedua-dua kali kami gagal quest itu (memang monster itu hebat).
Seperti varian Espinas normal dalam Sunbreak, serangan fire breath-nya boleh mengakibatkan status poison dan fire blight ke atas pemain. Ia juga boleh melakukan serangan hip check lalu sambung kombo itu dengan serangan “charging” ke hadapan. Hip check ini ada delay yang sangat perlahan, yang mudah untuk mengelirukan pemain jika mereka mengelak terlalu awal.

Pada masa yang sama, Flaming Espinas mempunyai serangan hentakan tanah/stomp attack) yang boleh mengikut Hunter, di mana abiliti ini boleh dilakukan dua kali.
Seperti Espinas normal, versi Flaming juga boleh mengecas bebola api (fireball) yang sangat kuat apabila berdiri atas kedua-dua kakinya. Serangan fireball ini tidak boleh dihalang (guard) dan akan melakukan damage sangat tinggi yang boleh membunuh pemain cuai.

Akhir sekali, Flaming Espinas boleh mengenakan status defense down, yang menyebabkan defense kita turun supaya monster itu boleh melakukan damage lagi tinggi.
Itu sahaja untuk pengalaman saya, DLC Monster Hunter Rise: Sunbreak– Title Update 2 akan dilancarkan pada 29 September! Bagi mereka yang berminat, game ini kini tersedia untuk Switch dan PC melalui Steam.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Title Update 2 bagi Sunbreak termasuk monster baru, anomaly quest baru dan layered weapon, korang boleh baca di SINI.

@gamersantaimy
Discussion about this post