Mario + Rabbids Sparks of Hope telah mengumumkan tarikh pelancarannya semasa Nintendo Direct Mini baru-baru ini. Ia merupakan game tactical adventure yang dibangunkan oleh Ubisoft Paris dan Milan. Kalau anda ingin tahu, game baru ini bukanlah sekuel kepada Mario + Rabbids Kingdom Battle yang dikeluarkan pada tahun 2017. Walaupun begitu, ia masih memaparkan kolaborasi unik antara francais Mario dan Rabbids.
Kami berpeluang untuk melihat preview game tersebut dan ingin ceritakan sedikit tentang apa yang menanti anda dalam Mario + Rabbids Sparks of Hope. Tanpa membuang masa jom kita lihatnya!

Pengalaman baru game tactical adventure
Game ini dipanggil sebagai tactical adventure kerana ia memberikan gameplay unik yang digabungkan dengan kombinasi real-time action dan strategi sebagai fokus utama. Pemain akan meneroka galaksi yang kini berdepan dengan masalah besar bersama-sama Hero lain. Anda juga bebas untuk meneroka planet-planet yang ada. Di situ, pemain boleh membantu penduduk lain di setiap planet dan menyelamatkan Sparks yang menjadi tumpuan utama pnceritaan dan gameplay.
Anda akan mengetuai Hero dalam melawan Cursa, kuasa jahat kosmik dalam pertempuran aksi taktikal ini. Berbeza dengan Kingdom Battle, sistem dalam Sparks of Hope lebih gila berbanding game turn-based yang biasa.

Sparks juga satu penambahan besar kepada gameplay di mana pemain boleh memanfaatkan kuasa elemental mereka. Ini membolehkan anda untuk sesuaikan lagi gaya bermain anda malah membuka ruang untuk menggunakan strategi lain. Setiap watak mempunyai teknik spesial masing-masing. Kalau anda menggunakannya pada waktu yang tepat, ia mampu memberikan damage yang besar. Setiap pertempuran akan memberikan EXP kepada pasukan dan Skill Tree juga boleh diakses untuk menguatkan lagi watak serta mengembangkan kebolehan mereka.
Eksplorasi angkasa
Gameplay yang berulang dalam Kingdom Battle tidak memberikan anda kebebasan untuk meneroka dunia antara dua francais ini. Tetapi jangan risau kerana Sparks of Hope lebih terbuka dengan dunia gamenya. Kini pemain akan boleh rasai pengembaraan yang sebenar bersama Mario dan gengnya. Anda boleh pergi ke pelbagai planet yang mempunyai aura dan persekitaran tersendiri. Bukan setakat itu sahaja, pelbagai benda yang anda boleh lakukan di dunia itu contohnya membantu penduduk planet dan mendedahkan rahsia melalui side quest.

Hero baru
Kalau game baru, sudah tentu akan ada Hero baru yang akan sertai pengembaraan bersama-sama pemain. Terdapat tiga Hero baru yang telah didedahkan kepada kita iaitu Rabbid Rosalina, Edge dan Bowser. Walaupun ini bukan kali pertama Bowser bekerjasama dengan Mario dalam mengalahkan kejahatan, tetapi teringin juga untuk lihat interaksinya bersama-sama Hero lain.

Walaupun ia bukan sekuel kepada game pertama, tetapi pelbagai benda yang baru telah diperkenalkan kepada Mario + Rabbids Sparks of Hope. Adakah anda tidak sabar untuk bermainnya selepas ini? Atau anda sudah pra-tempah game ini? Mario + Rabbids Sparks of Hope akan datang secara eksklusif di Nintendo Switch pada 20 Oktober ini. Anda juga boleh membaca temu ramah kami bersama Xavier Manzanares, produser kepada game ini. Anda juga boleh lawati laman rasmi game untuk dapatkan pra-tempah sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post