Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview House of Ashes *SPOILER*: Info & naratif padat untuk ansuran Dark Pictures seterusnya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2021
in Artikel, Berita, Drama, Pandangan Pertama, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview House of Ashes *SPOILER*: Info & naratif padat untuk ansuran Dark Pictures seterusnya!
Share on FacebookShare on Twitter

Harap pendedahan gameplay House of Ashes sudah cukup untuk memenuhi selera para peminat francais, kerana saya akan mendedahkan lebih banyak info dalam preview keynote permainan ini. Selamat datang kembali ke permainan ketiga dalam The Dark Pictures Anthology oleh Supermassive Games. Sekiranya anda belum melihat gameplay-nya, mari lihat di bawah:

House of Ashes akan dilancarkan pada “akhir tahun ini”, untuk Xbox X|S, Xbox One, PS5, PS4 dan PC. Bagi pembaca yang tidak kisah tentang spoiler, teruskan membaca preview House of Ashes ini!

Pengenalan

Dipersembahkan oleh Will Doyle, pengarah di Supermassive Games UK, pihak pemaju ingin mencari cara baru untuk menakutkan, mencabar dan mengejutkan pemain sepanjang antologi ini, di mana nasib lima watak di tangan pemain. Sekali lagi, plot yang bercabang dan sejumlah penamat berbeza adalah sistem tetap dalam permainan, dengan naratif yang berdasarkan fakta atau dongeng dari dunia sebenar. Sebagai rujukan, Man of Medan adalah berdasarkan Ourang Medan, manakala Little Hope mengambil inspirasi dari era “witch trial” Salem dan Andover. Anda boleh menonton teaser pertama untuk House of Ashes di bawah:

“Pada tahun 2003 di penghujung perang Iraq, sekumpulan “US Special Forces, Air Force dan CIA” mempunyai misi untuk menggali depot senjata kimia bawah tanah yang dikesan oleh satelit, kerana disyaki ia adalah senjata yang boleh membuat pembunuhan besar-besaran. Kita akan diperkenalkan kepada Rachel King (dilakonkan oleh Ashley Tisdale) yang sedang mengembara melalui sungai yang penuh darah dan tulang, sambil memegang tulang yang dijadikan sebagai obor.

Dibelakang, kita akan lihat sejenis entiti sedang memerhatikan mereka. Keadaan menjadi semakin teruk apabila mereka diserang oleh pasukan Iraq, yang membuatkan mereka terjatuh di semakin dalam di bawah tanah. Di sana, mereka menemui sebuah kuil luas yang berasal dari kerajaan Akkad kuno. Malangnya, ini hanya permulaan.”

Latar belakang

Sudah tentulah Doyle tidak akan “spoiler-kan” semua jalan cerita, tetapi di bawah adalah maklumat yang dikongsikan. Negara Iraq adalah sebahagian daripada Mesopotamia, sebuah tanah bersejarah yang dianggap sebagai antara tamadun awal manusia, di mana rekod purba dicatatkan sejak hampir 6,000 tahun lalu. Kuil yang menjadi tumpuan utama di House of Ashes ini dicipta oleh Naram-Sin (“God King“) dari kerajaan Akkad, yang memerintah sekitar tahun 2,250 SM.

Selepas merosakkan kuil milik Enlil (dewa bumi, angin dan ribut), perbuatan ini membuat para dewa marah. Para dewa kemudian membalas dendam dengan memberi sumpahan, yang membawa perang, kelaparan dan wabak ke atas kerajaan Akkad. Naram-Sin mencipta sebuah kuil untuk menenangkan para dewa bagi mengangkat sumpahan itu, tetapi mereka mengabaikan Naram-Sin. Kerajaan Akkad kemudian pupus, dan kuil itu terkubur dalam tanah selepas beberapa abad.

Seperti yang saya kata di atas, watak-watak yang kami kawal telah terperangkap di bawah tanah sambil harus melawan dua musuh: pasukan askar Iraq, dan entiti jahat yang tersorok dalam bayang. Nasib baik, mereka mendapat pilihan untuk bersekutu dengan seorang askar Iraq, Salim Othman.

Watak-watak yang kami akan kawal adalah:

  • Rachel King – pegawai CIA
  • Eric King – kolonel dan suami Rachel King
  • Jason Kolchek – tentera laut
  • Nick Kay – tentera laut
  • Salim Othman – askar Iraq

Untuk House of Ashes, mereka mengambil inspirasi dari filem Aliens, Predator, dan The Descent, di samping karya H.P. Lovecraft, terutamanya novel At the Mountains of Madness.

Tentang permainan

Dalam preview Keynote, House of Ashes digambarkan sebagai “exploration horror“, yang menampilkan sekumpulan askar, di lokasi terpencil tanpa apa-apa bantuan, dan dihantui oleh raksasa-raksasa jahat. Dalam kisah yang merangkumi kesetiaan, tanggungjawab, dan kepercayaan, watak-watak ini perlu memutuskan jika mereka harus menyelamatkan diri sendiri, atau bekerjasama untuk bertahan hidup. Risiko apa yang harus pemain supaya semua terselamat? Adakah pemain akan rasa belas kasihan walaupun kematian semakin menghampiri?

Doyle mengaku bahawa raksasa itu adalah makhluk paling rumit yang pernah mereka buat, di mana watak utama kami, tanpa sengaja, telah menemui sarang mereka. Persekitaran pula amat sesak dan kecil kerana kita harus melalui terowong, tetapi sekali sekala akan menampilkan ruang yang luas dan terbuka.

Mekanik permainan

Mekanik permainan teras tidak berubah secara drastik, tetapi studio sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman pemain. Berkat komen komuniti, berikut adalah mekanik yang diberi tumpuan:

  • Tidak ada lagi kamera tetap. Kamera kini 360 darjah dan boleh dikawal oleh pemain untuk penerokaan yang lebih mendalam.
  • Penjelajahan dibantu dengan lampu suluh untuk membantu anda mencari petua atau rahsia.
    • Barang-barang yang boleh berinteraksi mempunyai tanda bercahaya.
    • Lampu suluh membantu menemui jalan baru, tetapi akan melambatkan anda. Anda memerlukan lampu suluh di kawasan-kawasan yang lebih gelap.
  • Tetapan kesukaran bertambah.
    • Easy, Medium, “no-holds-barred difficult”
  • QTE
    • Doyle mengakui bahawa aspek ini sangat berbelah bahagi di kalangan komuniti.
    • Kelajuan QTE kini dapat disesuaikan untuk memenuhi keperluan anda.
  • Permainan pertama dengan edisi yang dipertingkatkan untuk konsol generasi seterusnya.
    • Peningkatan dalam kesetiaan grafik
  • Empat mod utama adalah sama:
    • Shared Story: Main secara dalam talian dengan rakan.
    • Movie Night: Main sehingga lima rakan dalam satu bilik
    • Single Player
      • Main Theatrical Cut. Nick adalah POV pertama anda
      • Curator’s Cut (bonus pra-pesanan). Bermula dengan Jason
        • Curator’s Cut dapat melihat perspektif dan adegan lain yang tidak biasa dilihat di Theatrical Cut.

Gameplay

Di sini saya akan menjelaskan apa yang ditayangkan dalam preview gameplay House of Ashes:

Krew sedang melihat rakaman satelit. Misi diberikan, dan mereka berangkat menggunakan helikopter. Selepas mendarat dan menyusup ke rumah-rumah di sana, mereka hanya menemu pengembala biri-biri, Nick ingin menamatkan misi. Tiba-tiba, salah satu helikopter ditembak jatuh oleh roket. Keadaan menjadi huru-hara, lalu tanah pun berpecah dua, di mana Nick terjatuh dalam “Sand Caverns“ pada kedalaman 52 kaki. Dia memanggil rakan-rakannya, Merwin dan Jason, dan melemparkan suar ke terowong gelap di hadapannya.

Memanggil sekali lagi, Jason menjawab. Nick teruskan perjalanan, dan kita dapat melihat sesuatu sedang bergerak di dalam kegelapan. “Benda” itu masih bergerak dalam kegelapan dari Nick mula berasa seram. Terowong ini rupanya menghala ke sebuah kuil purba, di mana Nick bersatu semula dengan Jason. Jason dengan cepat menyusun rancangan: iaitu kembali ke darat, berkumpul semula, dan memanggil Medevac. Memang jelas mereka tidak ada senjata dan keadaaan amat bahaya memandangkan mereka berada di kawasan musuh.

Nick cuba memberitahu Jason bahawa dia melihat sesuatu. Jason balas “Saya tahu anda belum bersedia,” tetapi Nick tetap berkeras ada “sesuatu” bersama mereka. Jason suruh Nick diam, lalu tamatkan perbualan. Nick sekali lagi cuba untuk membuat Jason mempercayainya, namun ia tidak berjaya. Mereka bekerja sama untuk membuka sebuah pintu, lalu disambut oleh seseorang sedang menjerit dalam kesakitan. Baru sedar bahawa itu ialah suara Merwin, duo tersebut bergegas ke tempat kejadian.

Merwin rupanya bersama dengan seorang ahli skuad lain, Clarice. Merwin sedang digantung oleh wayar, dan keadaan nampak teruk. Mereka mencari morfin untuk menolong Merwin dan Nick menyuruh Clarice untuk bantu berjaga-jaga. Tiba-tiba, Clarice ditarik ke dalam bayang, diikuti dengan bunyi bising dan menjerit. Selepas sedar apa yang terjadi, Nick dan Jason melarikan diri bersama Merwin yang berdarah.

Merwin tidak henti mengerang kesakitan, dan suaranya menarik perhatian makhluk itu. Nick cuba menutup mulut Merwin ketika mereka menyuntik morfin ke dalam badannya. Memandangkan QTE sentiasa gagal, Merwin akan mati kerana sesak nafas. Jason dan Nick terus larikan diri, dan tubuh Merwin diheret oleh “sesuatu”.


Itu sahaja untuk preview House of Ashes ini! Saya harap ulasan ini cukup jelas supaya peminat di luar sana  dapat faham. Sekali lagi, saya bukanlah peminat tegar kepada permainan-permainan seram, tetapi lebih suka mencuba ‘misteri‘, yang mempunyai sedikit elemen ketakutan, ghaib, dan sebagainya. Agaknya berapa ramai yang masih hidup kalau saya yang bermain? Kita akan tahu tidak lama lagi dalam permainan penuh.

Untuk segala liputan kami tentang House of Ashes, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
The Dark Pictures: House of Ashes
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
"Permainan akan berlangsung semasa Perang Iraq pada tahun 2003. Ia akan mengikuti operatif CIA bernama Rachel King, yang bekerjasama dengan sekumpulan tentera elit untuk menyerang sebuah fasiliti senjata kimia bawah tanah rahsia. Pasukan ini diserang hendap, dan konflik yang terhasil membuka sejumlah lubang di gurun yang menjatuhkan mereka ke dalam sebuah kuil Sumeria yang terkubur. Seperti yang dijangkakan, mereka tidak akan sendirian di dunia baru ini. Beberapa “makhluk kuno ghaib” telah bangkit, dan akan memburu pemain ketika mereka mencari jalan untuk melarikan diri."
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: House of AsheskeynotePreviewSupermassive GamesThe Dark Pictures AnthologyulasanWill Doyle
Previous Post

Acer mengembangkan Predator Gaming dengan 3 monitor HDR baru

Next Post

[State of Play Mei 27] Gameplay Horizon Forbidden West PS5 didedahkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
[State of Play Mei 27] Gameplay Horizon Forbidden West PS5 didedahkan

[State of Play Mei 27] Gameplay Horizon Forbidden West PS5 didedahkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd