Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview GUNDAM EVOLUTION – Overwatch dalam bentuk Gundam

safwan by safwan
April 18, 2022
in Artikel, Berita, Gunpla, Multiplayer, Preview
0 0
0
Preview GUNDAM EVOLUTION – Overwatch dalam bentuk Gundam
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Online telah mengumumkan game Gundam baharu iaitu GUNDAM EVELUTION yang akan dikeluarkan pada tahun ini. Bagi mereka yang tidak tahu, GUNDAM EVOLUTION merupakan game free-to-play online first-person shooter di mana pemain akan mengawal Mobile Suit daripada francais popular Gundam dan bersaing dengan pemain lain secara online dalam pertempuran 6v6. Game ini juga akan dipasarkan sebagai game e-sukan pertama untuk francais Gundam.

Terima kasih kepada Bandai Namco SEA kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk mencuba Network test GUNDAM EVOLUTION ini. Kalau korang berminat untuk mengetahui secara lanjut, sila teruskan membaca.

Mekanik

Game Gundam ini sebenarnya agak mirip dengan judul game FPS yang lain terutamanya Overwatch kerana pada awal pengumuman, ramai orang yang beranggapan tentang gameplay-nya yang sama.

Game ini tidak mempunyai jalan cerita, tetapi menggabungkan pelbagai Mobile Suit dari garis masa utama iaitu Universal Century serta Universe alternatif termasuk Iron-Blooded Orphans dan Gundam 00. Seperti gambar dibawah:

Setiap Mobile Suit mempunyai kebolehan dan keunikan yang berbeza sehingga ada yang mempunyai 3 kebolehan berserta Ultimate yang dipanggil G Maneuver. Senjata utama bagi setiap mobile suit juga berlainan dan ada yang mempunyai “secondary fire”. Seperti contoh, Gundam Barbatos menggunakan sejata melee, Sazabi menggunakan senjata Shotgun dan GM Sniper pula menggunakan Sniper.

Korang boleh gunakan “dash” di mana Mobile Suit boleh bergerak ke arah yang diinginkan secara pantas, dan juga “hover” yang membolehkan Mobile Suit seperti berlari dengan laju. Dash dan Hover ini menggunakan sistem meter “thrust” yang sama seperti sistem stamina. Apabila ianya telah habis digunakan, meter thrust akan di isi semula secara automatik.

Gameplay

Pertama sekali saya melihat, saya rasa agak kagum dengan persekitaran dan reka bentuk watak. Lebih-lebih lagi reka bentuk setiap Mobile Suit nampak sangat cantik dan sama seperti dalam anime dan manga.

Sebagai peminat Gundam, saya amat menyukai game ini kerana ia menggabungkan kesemua Gundam dari universe yang berlainan. Jika nak diperhatikan dengan betul, tempat perlawanan juga seakan nampak seperti di dalam anime dan manga.

Sepanjang saya bermain game ini, saya telah diberi peluang untuk mencuba ketiga-tiga mode yang ada. Antara mode yang ada adalah “Capture Point” di mana korang perlu menguasai point tersebut sehingga 100%. Dalam mode “Destruction” pula, korang perlu mengaktifkan dan melindungi bom sehingga ia meletup.

Terdapat satu mode yang hampir sama dengan “Capture Point” iaitu “Domination”. Yang membezakan mode ini dengan mode “Capture Point” adalah kedua-dua pasukan perlu menguasai point yang aktif dan akan bertukar secara rawak.

Memandangkan Game ini adalah game FPS game, orang yang memerlukan banyak masa untuk berlatih tembak secara tepat dan menyesuaikan diri dengan game yang temponya lebih pantas. Bagi yang sudah biasa dengan game FPS dan juga tempo yang pantas, korang tak perlu risau kerana ini agak mudah untuk dimainkan.

Bandai Namco Online memasarkan sebagai game e sukan, tetapi ada beberapa perkara yang saya perlu ditambah untuk menjadikan game e-sukan yang lebih baik. Seperti game Valorant, mereka meletakkan ciri-ciri tambahan untuk pemain mengesan dan mengenal pasti musuh dengan menggunakan audio.

Saya rasa perkara ini perlu ditambah pada setiap Mobile Suit kerana ketika saya bermain saya tidak tahu musuh itu siapa dan datang dari mana. Ya saya tahu, game ini semuanya mecha yang bergerak, tetapi setiap daripadanya sudah pasti mempunyai berat dan sistem yang berbeza.

Jadi lagi bagus jika Bandai Namco Online menambah isyarat audio, dengan adanya bunyi yang berbeza pada setiap Mobile Suit, pemain dapat mengenal pasti Mobile Suit yang mana sedang menuju ke arahnya.

Namun, dengan hanya satu kekurangan, ini tidak bermakna gameplay-nya yang tidak menarik dan realistik. Daripada saya masuk ke dalam perlawanan sehingga ke penghujung perlawanan, saya rasa seperti pilot sebenar yang sedang duduk dalam “cockpit” walaupun dalam realitinya saya hanya duduk di hadapan komputer.

Sepanjang saya main, saya banyak menggunakan Sazabi dan secara tidak langsung ia menjadi Mobile Suit kesukaan saya. Mobile Suit ini boleh terbang dengan menggunakan kapaknya sebagai penunjuk arah, di mana dia membaling kapak ke tempat yang lebih tinggi dan dia boleh terbang ke arah kapaknya itu. Jadi kalau korang nak lari dari musuh, saya rasa ini adalah cara yang selamat untuk melarikan diri dan isi semula nyawa.

Seterusnya, terdapat juga Mobile Suit yang memerlukan sedikit masa untuk faham kombo kebolehan seperti Gundam Barbatos. Pada awalnya, saya bermain sangat teruk kerana perlukan banyak masa untuk mempelajari kebolehan Mobile Suit ini.

Yang paling susah apabila saya dapat melakukan serangan AoE (Area of Effect) yang membolehkan “Stun” Mobile Suit musuh. Sama seperti Overwatch, jika kita dapat membunuh musuh dengan menggunakan kombo yang susah, saya rasa amat berpuas hati kerana telah banyak menghabiskan masa untuk berlatih.

Walaupun kita boleh “dash” dan “hover”, terdapat juga perkara yang menghadkan pergerakan semasa bermain seperti boost yang diberikan mempunyai had untuk digunakan tetapi ianya akan di isi semula secara automatik. Satu perkara yang kurang menarik bagi saya adalah tiada sistem “reload” secara automatik apabila Mobile Suit kehabisan peluru.

Seperti Overwatch, hampir semua watak mempunyai serangan jarak dekat iaitu menumbuk. Jadi, jika serangan melee ini ditambah pada hampir semua Mobile Suit, korang tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjarakkan diri daripada musuh ketika sedang kehabisan peluru.

Jika nak dibandingkan dengan Overwatch, memang tidak boleh nafikan bahawa ia mempunyai gameplay yang lancar. Tetapi korang kena ingat yang GUNDAM EVOLUTION masih dalam fasa Network Test dan mempunyai harapan untuk menjadi salah satu game yang terbaik satu hari nanti.

Season Pass

Seperti game percuma yang lain, game ini juga tidak lari dengan menggunakan “Season Pass” untuk memberi pemain sedikit ganjaran dan mengumpul aksesori sebanyak yang mungkin. Terdapat “Supply Pod, Stamp, Skin Gundam, Skin Weapon” dan juga “Ornament”. Mereka menggunakan Season Pass XP untuk korang dapatkan aksesori daripada Season Pass.

Untuk mengumpul Season Pass XP, korang boleh peroleh melalui “Daily Quest” yang akan memberikan Season Pass XP setiap kali korang menghabiskannya. Terdapat juga cara lain, di mana game ini akan memberikan Season Pass XP pada setiap perlawanan.

Kesimpulannya

Sebenarnya, game ini boleh dimainkan oleh semua orang tetapi ianya akan jadi lebih seronok bagi peminat Gundam. Apa yang tertarik bagi saya adalah reka bentuk watak dan kawasan yang sangat cantik. Selain itu, kebolehan pada setiap Mobile Suit sangat tepat dengan siri anime dan manga juga menarik minat saya untuk mencuba setiap watak yang ada dalam game ini.

Untuk menjadikan game e-sukan yang lebih baik, game ini perlu menambah isyarat audio yang lebih tepat, kerana kebanyakan game e-sukan menggunakan audio sebagai kelebihan seperti CS:GO, Valorant, Overwatch dan macam-macam lagi.

Bagi peminat Gundam yang tidak sukakan game FPS, mungkin pada awalnya korang tidak akan suka bermain tetapi lama-kelamaan mesti korang lebih seronok kerana dah mahir dengan mekanik game ini. Untuk kawan-kawan yang dah biasa dengan game FPS, takkan ada masalah dan pasti akan berseronok semasa bermain GUNDAM EVOLUTION.

Secara keseluruhan, game ini memang terbaik dan banyak potensi untuk dikembangkan jika Bandai Namco Online buat penambahbaikan yang perlu. Jadi, saya sememangnya tidak sabar untuk nantikan kemas kini baharu GUNDAM EVOLUTION daripada Bandai Namco Online. Untuk maklumat lanjut tentang GUNDAM EVOLUTION, korang boleh pergi ke laman web rasmi di sini.

Pra-tempah di sini
Gundam Evolution
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Bandai Namco Studios
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Gundam Evolution adalah game online FPS yang dibangunkan oleh Bandai Namco Studios.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gundam Evolution
Previous Post

Kos satu episod anime Attack on Titan mencecah jutaan ringgit!

Next Post

Ghost of Tsushima henti menambah update baru, game sudah “sempurna”

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ghost of Tsushima henti menambah update baru, game sudah “sempurna”

Ghost of Tsushima henti menambah update baru, game sudah "sempurna"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd