Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Forspoken (TGS 2022) – Kombinasi spellcasting & parkour untuk pertempuran fast-paced!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 16, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Pameran/Expo, PC, Preview, PS4, PS5
0 0
0
Preview Forspoken (TGS 2022) – Kombinasi spellcasting & parkour untuk pertempuran fast-paced!
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak yang kami sudah menulis tentang Forspoken, game terbaru oleh Square Enix, termasuk jalan cerita, sistem pertempuran dan sebagainya, tetapi dalam artikel ini, kita akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang gameplay permainan melalui demo yang diadakan di Tokyo Game Show 2022!

Wakil kita menghabiskan masa sekitar 30 minit dalam demo itu dan menerokai dunia sihir itu yang penuh dengan parkour mistik sambil menguji pelbagai mantra yang diperlukan untuk bertahan hidup di alam berbahaya itu.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat apa yang game ini tawarkan!

Gameplay

Pertama sekali, aksi gameplay dalam game ini sangat fast-paced berbanding dengan apa kita lihat dalam trailer. Game ini pun cukup “pemaaf” apabila mengelak serangan, di mana kita hanya perlu timing dengan betul untuk mengelak. Yang penting, wakil kita berjaya menamatkan demo dan mengalahkan bos.

Menurutnya, tahap kesukaran “Easy” pun masih agak sukar.

Terdapat kira-kira 25+ spell/sihir dari 2 jenis kategori sihir dalam demo. Spell yang paling banyak digunakan ialah 3 spell serangan dari setiap jenis. Satu lebih fokus pada melee/jarak dekat manakala satu lagi menjurus ke pertempuran jarak jauh.

Game ini juga membenarkan pemain membuang dan mempelajari spell lain secara percuma (lebih kurang seperti re-spec) serta upgrade mana-mana spell kegemaran dengan menyelesaikan quest tertentu.

Dari segi penerokaan, rentaknya juga agak fast-paced. Anda boleh menggunakan “parkour” untuk meningkatkan kelajuan dan melompat sini sana untuk mengembara dengan lebih laju.

Peta pun agak besar sedangkan ini hanya demo, jadi kami percaya bahawa game penuh akan mempunyai lebih banyak lokasi yang boleh diterokai. Di sini, korang boleh menggunakan spell istimewa yang berfungsi seperti grappling hook.

Pendapat

Menurut wakil, gameplay Forspoken amat kompleks walaupun demo, tetapi sebaik sahaja pemain membiasakan diri dengan mekanik “spell-switching” dan efek spell ofensif, ia cukup menyeronokkan untuk dimainkan. Pada masa yang sama – jika dibandingkan dengan game open world lain seperti francais Horizon, ia lebih perlahan berbanding Forspoken.

Seterusnya, majoriti misi sampingan boleh memberikan kita spell baru, item baru, sumber baru dan lain-lain.

Memandangkan kami juga boleh craft dan menaik level item, nampaknya terdapat banyak unsur customization untuk bereskprimen. Sistem pertempuran pun cukup fleksibel dari segi spell di mana kebanyakan serangan boleh dicas untuk digunakan pada waktu-waktu tertentu bagi menewaskan musuh hebat.

Serangan pula tidak memakan “mana” atau “energy”, yang membuatkan pertempuran rasa pantas kerana kita terus menyerang tanpa henti.


Bagi mereka yang berminat, Forspoken akan dilancarkan pada 24 Januari 2023 di PlayStation dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Fospoken, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ForspokenPreviewsquare enixTGS 2022
Previous Post

Resident Evil Village VR Preview [TGS 2022] — Pengalaman Seram Hebat Bersama PSVR2!

Next Post

Suikoden I & II HD Remaster: Gate Rune and Dunan Unification Wars akan tiba pada 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Suikoden I & II HD Remaster: Gate Rune and Dunan Unification Wars akan tiba pada 2023!

Suikoden I & II HD Remaster: Gate Rune and Dunan Unification Wars akan tiba pada 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd