Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Preview] Devil May Cry: Peak of Combat – Aksi pertempuran yang cukup bergaya!

safwan by safwan
November 29, 2022
in Action, Adventure, Android, Artikel, Berita, Game Review, iOS, Mobile, Preview, Review
0 0
0
[Preview] Devil May Cry: Peak of Combat – Aksi pertempuran yang cukup bergaya!
Share on FacebookShare on Twitter

Devil May Cry adalah satu francais yang cukup terkenal dengan membawa genre action-adventure ke pelbagai platform seperti PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan bermacam-macam lagi. Namun, beberapa tahun telah berlalu dan Devil May Cry: Peak of Combat yang merupakan versi mobile kini telah dilancarkan di China dalam bahasa Mandarin.

Kami telah bernasib baik kerana dapat peluang untuk menyertai Closed Beta Test Devil May Cry: Peak of Combat. Tetapi, adakah ia setanding dengan versi konsol dan PC? Kalau nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca preview Devil May Cry: Peak of Combat dari kami.

Pertarungan

Devil May Cry memang terkenal dengan mekanik pertarungannya yang cukup bagus dan menarik. Untuk versi mobile, mereka telah menukar sedikit supaya menjadi lebih optimum dan boleh dimainkan dengan sangat baik.

Jika versi sebelum ini, mereka telah memperkenalkan control yang menggunakan dua button untuk membuat serangan kombo iaitu Attack A (light) dan Attack B (heavy). Manakala untuk versi kali ini, mereka telah menggabungkan kedua-dua button tersebut. Anda perlu “tap” sekali untuk membuat serangan ringan dan “hold” untuk membuat serangan berat.

Walaupun nampak senang untuk digunakan, saya kadang-kadang jadi pening kerana masih tidak biasa dengan button yang digabungkan. Daripada DMC yang popular dengan pertempuran yang tidak henti, kini ia menjadi lebih santai untuk dimainkan. UI yang ditampilkan juga nampak sangat teratur dan cantik.

Semasa bertarung, anda dibenarkan untuk menukar watak dengan ciri-ciri baru iaitu “Swap Character”. Sistem ini nampaknya sama seperti game RPG lain dan anda boleh menukar watak Dante atau Vergil atau watak-watak yang lain. Apabila ikon watak menyala, anda boleh lakukan serangan kombo yang hebat dengan menekan ikon tersebut.

Setiap watak mempunyai serangan dan skill masing-masing. Jadi, saya rasa ciri-ciri baru yang didatangkan pada game ini sangat memuaskan hati saya kerana dapat mengeluarkan pelbagai serangan kombo yang hebat. Jika nak mendapatkan rating SSStylish pada setiap misi, saya sarankan untuk anda membawa gabungan watak yang serasi dan seronok untuk dimainkan.

Watak & Senjata

Semasa kami bermain Closed Beta Devil May Cry: Peak of Combat, kami telah mendapati bahawa game ini hanya menampilkan 6 watak sahaja. Dante, Virgil dan Lady di mana masing-masing mempunyai 2 variasi. Mungkin semasa game ini dilancarkan nanti, mereka akan memperkenalkan lebih banyak watak yang boleh dimainkan.

Setiap watak yang disediakan, mereka boleh di upgrade melalui “Level, Star” dan juga “Skill”. Untuk menaikkan Level, anda perlu memberikannya EXP Book manakala Star, anda perlu gacha dan mendapatkan watak yang sama. Untuk Skill pula, anda boleh meningkatkan levelnya begitu sahaja dengan menggunakan “Red Currency” tetapi terdapat beberapa skill yang dikunci kerana tidak mencukupi “Star” pada watak tersebut.

Selain menggunakan skill untuk menyerang musuh, setiap watak juga dilengkapi dengan senjata yang tersendiri. Dante yang hanya menggunakan Greatsword atau Lady yang menggunakan pistol. Cara untuk menaikkan level bagi senjata sama sahaja seperti watak. Apabila ia telah mencapai level maksimum, anda perlu menggunakan senjata yang sama atau “special material” yang boleh didapati melalui cabaran yang dibuka.

Gacha

Seperti yang saya bincangkan di atas, untuk menggunakan semua skill yang ada pada watak, anda perlu meningkatkan level sehingga maksimum. Jadi, anda memerlukan watak yang sama sehingga 5 keping untuk meningkatkan Star. Untuk mendapatkan watak tersebut, anda perlu gacha dan selalunya ikut nasib. Tetapi, saya tidak rasa yang ia terlalu kejam dan langsung tidak memberikan barang yang tidak berguna. Berikut adalah kebarangkalian yang ditetapkan:

  • Orange Character: 11.8%
  • Purple Character: 33.7%
  • Orange Weapon: 17.8%
  • Purple Weapon: 36.7%

Walaupun saya yang tidak biasa bermain game gacha, saya rasa DMC mobile ini mempunya kebarangkalian paling tinggi yang pernah saya jumpa di mana rarity tertinggi mempunyai lebih daripada 10% untuk watak dan 15% untuk senjata. Hal ini kerana, biasanya gacha yang diberikan mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah iaitu di bawah 10% atau mungkin 5%.

Kesimpulan

Devil May Cry: Peak of Combat sebenarnya adalah satu game yang sangat bagus untuk dijadikan permulaan kepada gamer yang ingin masuk ke dalam francais gergasi ini. Nasib baik developer game iaitu Yun Chang Game dapat melaksanakan dengan baik terutama sekali pada bahagian pertempuran. Walaupun ianya game mobile yang mempunyai had, saya langsung tidak rasa ketinggalan semasa mencuba game ini.

Gacha yang ditampilkan dalam game ini juga tidak terlalu brutal seperti game lain dengan memberikan kebarangkalian yang sangat tinggi bagi mendapatkan watak dan senjata dengan rarity tertinggi. Harapnya apa yang ditampilkan dalam gacha ini konsisten apabila dilancarkan secara rasmi nanti.

Devil May Cry: Peak of Combat bakal tersedia di Singapura tidak lama lagi dalam bahasa Mandarin tetapi malangnya ia tidak akan tersedia di Malaysia atau dalam bahasa Inggeris. Untuk mendapatkan lebih banyak review lain mengenai game, teknologi dan banyak lagi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Devil May CryDevil May Cry: Peak of Combat
Previous Post

Tiga Cosplayer dibunuh oleh sekuriti Rusia, salah anggap mereka pengintip Ukraine

Next Post

Uchiha Madara – Shinobi dengan Kekkei Genkai terbanyak!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Uchiha Madara – Shinobi dengan Kekkei Genkai terbanyak!

Uchiha Madara - Shinobi dengan Kekkei Genkai terbanyak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd