Bakal dilancarkan bulan Ogos 2021, Riders Republic telah beralih ke fasa ujian beta pada minggu ini. Pemain yang telah mendaftar untuk ujian beta kini sedang mencuba permainan tetapi sekiranya anda tidak berpeluang , saya telah mengumpul beberapa maklumat asas. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita selami preview saya untuk beta Riders Republic!
Latar belakang naratif & customization watak

Pada awal permainan, kita akan dihidangkan dengan rumusan pendek tentang latar belakang keseluruhan. Pelbagai jenis sukan esktrem disediakan dalam Rider’s Republic dan syaratnya adalah kita harus mengambil bahagian dalam setiap acara kejohanan. Matlamat utama sebenarnya adalah untuk memenangi kejohanan sukan terkenal seperti Red Bull Rampage atau X-Games. Setakat itu sahaja yang didedahkan. Malangnya, tiada apa yang saya rasa benar-benar istimewa tentang naratif , jadi kemungkinan besar majoriti pemain akan lupa apabila terlalu khusyuk bermain nanti.
Selepas intro, pemain boleh mencipta avatar sendiri sebelum memulakan perjalanan. Jika anda tersilap dan tidak suka avatar tersebut, jangan risau kerana permainan membolehkan kita mengubah penampilannya pada bila-bila masa. Seterusnya, anda boleh mengubah suai pakaian dan aksesori dan memilih dari pakaian kasual, pakaian pelumba profesional atau pakaian lucu bagi menyerlahkan lagi personaliti avatar. Terdapat banyak lagi kosmetik dalam kedai, tapi bagaimana nak beli? Mudah saja. Kita hanya perlu berlumba untuk mendapatkan wang lalu guna duit ini untuk membeli pakaian yang sesuai dengan citarasa anda.

Visual dan prestasi

Pertama sekali setiap pemain akan lihat adalah lokasi-lokasi cantik di dalam permainan. Bagi mereka yang tidak tahu, sebenarnya lokasi ini adalah berdasarkan taman negara sebenar di Amerika Syarikat seperti Bryce Canyon, Lembah Yosemite, Taman Sequoia, Canyonlands, Gunung Mammoth, Grand Teton, dan lain-lain. Dari gunung bersalju hingga ke ngarai yang paling dalam, jangan lupa untuk menjelajah dunia terbuka ini dan melihat setiap pemandangan unik.
Selain grafik, saya juga harus memuji tentang prestasi permainan. Apa yang menarik di sini ialah kelajuan “load time” sangat pants, di mana ciri “fast travel” hanya memerlukan dua hingga tiga saat untuk membawa watak kita ke lokasi seterusnya. Harus diperhatikan bahawa saya menggunakan PC dan bukan konsol, jadi tempoh masa ini tidak tetap mengikut platform yang anda main. Ubisoft Annecy benar-benar berjaya menyelesaikan satu isu yang saya rasa banyak menghadapi kesukaran (seperti Assassin’s Creed Valhalla) dan ia lebih mengagumkan apabila kita bahawa ini pun ialah permainan bersifat open world.
Mekanik permainan
Saya tidak akan menjelaskan begitu mendalam tentang sistem dan mekanik kerana topik ini sudah dibincangkan dalam preview pertama. Anda boleh membaca tentang asas-asas gameplay di sini. Saya hanya akan menjelaskan tentang mekanik baru dalam preview beta.

Untuk pendatang baru, anda boleh mengaktifkan ciri “auto landing” yang membuatkan kita mendarat dengan selamat ketika melakukan aksi atau trik. Setelah membiasakan diri dengan sistem kawalan, anda boleh beralih ke mod manual bila bersedia. Sekiranya dapat melakukan trik dengan sempurna, anda akan diberi mata bonus.
Di samping itu, saya ingin jelaskan tentang mekanik “backtrack”. Kadang-kala, tidak semua berjalan lancar. Oleh itu, kita boleh menggunakan “backtrack” untuk mengundurkan masa secara beberapa saat sebelum perkara malang itu berlaku (contohnya: jatuh tebing). Walaupun mekanik “backtrack” sangat berguna, ia juga boleh mendatangkan masalah. Sebagai contoh, jika saya menggunakannya semasa di udara, itu akan menyebabkan kesukaran untuk kita seimbangkan badan semasa mendarat lalu boleh mengakibatkan kemalangan. Jadi, pilihlah posisi yang sesuai dengan bijak.

Sekiranya mahu pengalaman sukan yang lebih imersif, anda boleh mengubah kamera ke perspektif first-person. Malangnya, saya tidak begitu mengalakkan perspektif ini untuk pemain baru kerana ia sukar untuk melihat ke hadapan dan boleh menghalang pandangan pemain yang kurang mahir. Bagi tetapan accessibility, Ubisoft menyediakan kemudahan untuk semua jenis pemain. Anda boleh memilih empat jenis UI untuk mereka yang buta warna, sistem text to speech dan lain-lain.
Pengalaman saya

Selepas tutorial, anda boleh pergi ke mana sahaja anda mahu. Ramai yang mungkin ingin pergi ke mercu tanda terkenal untuk menikmati pemandangan, atau mencabar diri dalam acara solo dan PvP bagi mendapatkan bintang dalam Career Mode, tetapi saya mencadangkan anda untuk pergi ke Tricks Academy dulu dan belajar bagaimana untuk melakukan trik dan aksi menarik.
Dalam ujian beta tertutup terdapat:
- 5 sukan utama: ‘Bike’, ‘Ski’, ‘Snowboard’, ‘Wingsuit’ dan, ‘Rocket Wingsuit’
- 3 kerjaya sukan: ‘Bike Races’, ‘Snow Tricks’ dan ‘Air Sports’
- Akses ke semua mod multiplayer: ‘Mass Races’, ‘Tricks Battle’ dan ‘Free For All’
Setelah mengumpulkan lebih daripada 11 bintang, anda akan menyelesaikan bab “pengenalan” dan Rider’s Ridge (hub utama) akan dibuka sepenuhnya. Kita akhirnya dapat menyertai pemain lain dan bersaing dalam acara multiplayer. Dalam ujian beta, terdapat tiga mod multiplayer iaitu:

Free for All
Dalam ‘Free for All’, anda akan bersaing bersama 12 pemain lain melalui beberapa acara serangkai. Dalam ujian beta, ‘Free For All’ hanya memfokuskan kepada acara Bike Tricks tetapi permainan penuh akan menambah lebih banyak jenis acara. Mod ini boleh diakses pada bila-bila masa.
Tricks Battle

Dalam Tricks Battle, dua pasukan akan bersaing sesama sendiri, di mana masing-masing terdiri daripada 6 pemain. Objektif utama adalah untuk melakukan aksi-aksi unik demi memperoleh mata dalam sebuah arena bernama ‘The Abyss’. Apabila mendekati rakan sepasukan, anda berdua seolah-olah akan disatukan dan apabila melakukan trik pada masa yang sama, pasangan itu akan menerima mata bonus untuk pasukan mereka. Pasukan dengan mata terbanyak akan memenangi perlawanan.
Mass Race

Mass Race boleh disamakan seperti satu acara battle royale yang huru-hara. Mod ini dapat diakses selang setiap jam dan seramai 64 pemain akan mengambil bahagian dalam acara ini. Dibahagikan kepada tiga pusingan, siapa yang dapat bertahan hingga akhir akan dinamakan sebagai pemenang.
Pendapat

Secara keseluruhan, Riders Republic memberi pengalaman MMO unik untuk peminat yang sukakan sukan ekstrem. Walaupun dunia dalam permainan pun dianggap sebagai satu peta besar, itu tidak menghalang kita untuk pergi ke mana-mana lokasi yang anda mahu atau menyertai mana-mana acara yang anda rasa sesuai dengan gaya permainan sendiri. Saya tidak pernah rasa diri dikekang semasa preview awal untuk beta Riders Republic. Permainan ini mempunyai banyak potensi, tetapi saya tidak kata ia sempurna 100%. Masih ada beberapa elemen yang kurang pada pendapat saya.
Selain mercu tanda terkenal, tidak ada ada lagi lokasi-lokasi unik untuk ditemui semasa ujian beta tertutup ini. Oleh itu, ia mungkin agak membosankan bagi pemain yang suka menjelajah dan menemui rahsia tersembunyi (easter egg). Nasib baik lah ini hanya ujian beta, jadi kemungkinan besar Ubisoft akan menambah sesuatu untuk menjadikan pengalaman kita lebih menyeronokkan.
Itu sahaja bagi preview beta Riders Republic ini! Permainan akan keluar untuk pelantar PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X pada 2 September 2021. Jika anda berminat untuk cuba, jangan lupa untuk pra-pesan sekarang. Bagi segala liputan kami tentang Riders Republic, sila tekan pautan ini.
Video gameplay
@gamersantaimy
Discussion about this post