Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview awal Endless Dungeon – Perubahan dari 2D ke 3D bukan halangan untuk Roguelike berjaya

safwan by safwan
July 15, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Preview awal Endless Dungeon – Perubahan dari 2D ke 3D bukan halangan untuk Roguelike berjaya
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa kali mencuba untuk menyertai Endless Dungeon, akhirnya kami menerima jemputan untuk menyertai ujian OpenDev game ini. Nasib baik developer berbaik hati untuk memberikan kami akses supaya dapat bermain game ini terlebih dahulu.

Endless Dungeon merupakan game sekuel kepada Dungeon of the Endless dan berlaku dalam dunia Endless yang sama. Ia dibangunkan oleh Amplitude Studio, sudah pasti game-nya masih serupa dengan game yang asal kecuali grafik game ini ditukar daripada rupa 2D ke 3D.

Memandang game ini masih belum dilancarkan dan masih tidak mempunyai tarikh pengeluaran yang rasmi. Jadi, ini adalah masa yang terbaik untuk kami berkongsi pandangan pertama selepas bermain selama beberapa hari. Harap pandangan pertama memberikan gambaran jelas untuk anda. Tanpa melengahkan masa lagi, ini adalah pandangan pertama daripada kami berkenaan Endless Dungeon.

Grafik

Game ini menampilkan perspektif baru dengan menggunakan grafik 3D dan pandangan isometrik. Jika lihat pada game mereka sebelum ini iaitu Dungeon of the Endless, mereka telah menggunakan grafik pixel dan pandangan daripada atas. Bagi saya, ianya adalah pembaharuan yang bagus untuk kekal relevan buat masa sekarang. Grafik 3D-nya sangat cantik dan lancar tanpa sebarang masalah seperti glitch ataupun bug.

Walaupun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti UI yang ditampikan sekarang adalah sangat susah untuk dilihat semasa diserang oleh musuh. Game ini memerlukan pemain untuk menggerakkan mouse bagi “aim” kepada musuh tetapi crosshair tidak diberikan. Jadi, saya terpaksa melihat watak untuk mengetahui arah mana yang saya “aim.”

Gameplay

Main game ini senang je sebenarnya. Anda perlu bergerak dari bilik ke bilik, membuka pintu, dan mencari pintu keluar untuk memasukkan “Crystal.” Untuk bahagian gameplay saya akan pecahkan kepada dua bahagian iaitu “exploration” dan “combat.”

Bermula daripada bahagian Exploration, anda akan meneroka ke pelbagai kawasan dan hampir kesemua kawasan adalah berkunci. Untuk membuka pintu, terdapat dua cara iaitu dengan menggunakan switch atau menggerakkan “crystal” ke pintu untuk membukannya.

Percaya atau tidak, anda akan diberikan ganjaran yang merupakan “resource” dengan membuka pintu sahaja. Anda boleh lihat “resource” di bahagian atas kanan. Semakin banyak anda membuka pintu, semakin banyak “resource” yang anda akan kumpul.

Game ini akan memberikan kawasan yang mempunyai bilik bersaiz rawak. Dalam bilik-bilik tersebut akan mengandungi bermacam-macam perkara daripada sarang raksasa sehingga peti harta karun. Dengan membuka peti harta karun, anda akan dapat “resource” atau item untuk upgrade hero, menyelidik artifak dan node untuk membina penjana.

Tidak kesemua bilik adalah cerah, terdapat juga bilik yang gelap dan anda tidak boleh membina apa-apa di dalamnya. Jadi, anda akan perlukan “Dust” untuk mencerahkan bilik tersebut. “Dust” boleh didapatkan dengan mencari “Dust Shard” dan “crystal” akan menggerudinya.

Setiap kali “crystal” bergerak, raksasa akan masuk secara berterusan sehingga ia berhenti di slot “crystal”. Semasa “crystal” sedang menggerudi “Dust Shard” pun raksasa akan muncul tanpa henti.

Dalam bahagian “combat”, anda dibenarkan untuk membawa 3 watak dalam satu pasukan dan setiap daripada watak tersebut akan mempunyai 2 skill. Senjata yang disediakan pada setiap juga unik dan mempunyai “fire rate, element dan range yang berkesan untuk digunakan terhadap pelbagai raksasa. Setiap watak juga mempunyai 1 “device” yang istimewa dan mempunyai effect yang berbeza.

Raksasa akan muncul daripada sarang mereka. Selepas beberapa lama, amaran akan dikeluarkan untuk menunjukkan ketibaan gelombang seterusnya. Raksasa akan menyerang NPC, penjana “recourse” dan turret anda.

Endless Dungeon

Bercakap tentang turret ataupun module, anda boleh meletakkannya di node yang ditetapkan. Kedua-dua mereka boleh jadi turret yang menembak raksasa ataupun menjadi module support. Sudah pasti turret dan module mempunyai kesan, range, kos dan banyak lagi yang berbeza.

Endless Dungeon

Jika ia terkena damage daripada raksasa, anda tidak perlu risau kerana ia boleh diperbaiki pada bila-bila masa sahaja. Tetapi apabila ia mencapai 0HP, turret dan module akan mati sehingga dibaiki.

Selain daripada melindungi “crystal”, anda juga boleh membantu turret dengan menembak raksasa yang datang menyerang “crystal” dan penjana “resource”. Apa yang saya perasan, game ini tidak mempunyai “friendly fire”. Sistem game ini pun cukup mudah untuk difahami. Anda meneroka, siap sedia untuk berlawan dan mencari jalan keluar.

Endless Dungeon

Tidak lupa juga, anda boleh “teleport” dalam masa yang singkat terus ke “cystal” untuk melindunginya. Semasa memulakan game, anda akan mempunyai 2 “med kit” dan setiap gelombang selesai, anda akan “heal” sedikit.

Dengan membawa 3 watak dalam satu pasukan, anda boleh mengawal hanya satu watak sahaja dalam satu masa. Ini bermakna 2 lagi watak akan dikawal oleh AI. Buat masa sekarang, sistem AI yang tersedia masih tidak bagus dan masih boleh ditambah baik.

Perbezaan dengan Dungeon of the Endless

Endless Dungeon

Jika nak dibandingkan dengan game mereka sebelum ini iaitu Dungeon of the Endless, memang banyak perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh mereka.

Dari segi grafik, mereka mengubah daripada menggunakan pixel art 2D kepada 3D tetapi dalam art style yang sama. Bukan itu sahaja, mereka juga menukar daripada pandangan atas kepada pandangan isometrik yang nampak lebih cantik.

Endless Dungeon

Sebelum ini, “crystal” tidak bergerak secara automatik tetapi dibawa oleh watak dan menyebabkan pergerakan pemain perlahan. Setiap bilik akan dikuasakan oleh “Dust” yang berfungsi sebagai penyambung dalam litar. Jika anda tidak menghidupkan bilik sebelum ini maka bilik seterusnya tidak akan hidup.

Endless Dungeon

Tidak banyak isu yang boleh saya katakan tentang turret dan module kerana ia berfungsi secara eksklusif di bilik mereka. Ia juga mudah untuk mendapatkan “resource” dan setiap gelombang raksasa tamat, anda akan menerima nyawa penuh. Gelombang hanya keluar semasa membuka pintu sahaja dan tiada timer disediakan.

Kesimpulan

Endless Dungeon

Endless Dungeon adalah game yang sangat mencabar buat masa sekarang. Memandangkan ianya masih dibangunkan dan banyak yang perlu ditambah baik, terdapat beberapa sistem yang masih tidak tersedia. Hal ini menjadikan “resource” yang diberikan tidak cukup dan terasa sangat kedekut.

AI yang mengawal watak lain dalam pasukan juga tidak begitu bagus kerana dia tidak boleh menggunakan skill dan hanya memfokuskan kepada aksi. Walaupun begitu, saya masih rasa seronok untuk bermain game ini. Saya harap mereka lakukan banyak penambahbaikan dan perubahan pada masa akan datang.

Endless Dungeon

Jika anda berminat untuk mendapatkan game ini, ia akan dikeluarkan di Steam dan masih tidak mempunyai tarikh rasmi pengeluaran. Untuk mendapatkan lebih banyak review berkenaan game dan teknologi, sila klik pautan ini.

Wishlist Sekarang!
Endless Dungeon
Steam
Endless Dungeon adalah game rogue-like tactical action yang dibangunkan oleh Amplitude Studio.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Endless Dungeon
Previous Post

THQ Nordic bawakan 3 senjata rifle baru dalam Way of the Hunter!

Next Post

Baru satu minggu keluar, Diablo Immortal sudah meraih keuntungan RM7 juta di Asia

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Baru satu minggu keluar, Diablo Immortal sudah meraih keuntungan RM7 juta di Asia

Baru satu minggu keluar, Diablo Immortal sudah meraih keuntungan RM7 juta di Asia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd