Sudah lebih sedekad sejak Blizzard melancarkan Diablo 3, jadi saya faham mengapa ramai tidak sabar untuk keluaran Diablo 4. Malangnya, tarikh keluaran rasmi masih belum diumumkan untuk entri baru ini tetapi saya berpeluang mencuba build awal, jadi berikut adalah preview saya untuk game ARPG akan datang, Diablo 4.
Sinopsis ringkas tentang jalan cerita
Sanctuary, tanah yang dilanda kehancuran akibat peperangan antara High Heavens dan Burning Hells, telah jatuh sekali lagi ke dalam kegelapan. Lilith, anak perempuan Mephisto, Lord of Hatred, telah diseru oleh ritual gelap selepas berabad-abad dikurung. Kini, kegelapan mengancam untuk menelan Sanctuary apabila kejahatan merebak dan gelombang musuh baru timbul untuk menerima kedatangan Lilith.
Untuk preview Diablo 4 ini, hanya sebanyak itu sahaja yang saya boleh ceritakan. Kita mengalami permulaan kisah Diablo IV daripada Prologue hingga kawasan utama pertama peta, Fracture Peaks.
Visual dan aspek customization
Untuk preview awal game ini, saya bermain pada tetapan paling rendah dan selain isu frame rate (kadang kala), visualnya memang nampak cantik dalam perspektif isometrik. Pada masa yang sama, aspek customization adalah salah satu sistem paling besar pernah saya lihat dalam mana-mana game. Antara yang kita boleh ubah termasuk:

- Jenis muka dan badan
- Rambut: Gaya, janggut dan misai
- Aksesori: Marking, barang kemas, solek
- Warna: Tona kulit, rambut, mata, marking
- Tidak boleh menandakan kawasan individu untuk diwarnakan
- Pilihan warna yang agak luas, tetapi kulit tidak boleh berwarna liar seperti hijau atau biru
Apabila selesaikan bentuk rupa, kita boleh memilih sama ada anda mahu memainkannya mode Hardcore (permadeath) sebelum memulakan permainan. Rupa watak boleh dipilih secara rawak.

Seperti yang saya cakap tadi, game ini, walaupun dimainkan pada tetapan minimum; visualnya nampak sangat cantik. Apa yang mengagumkan saya adalah barang-barang boleh dimusnahkan apabila kita memukulnya, semburan darah, malah haiwan siap boleh meninggalkan jejak dalam salji. Semuanya nampak realistik.
Sistem pertempuran
Build awal Diablo 4 hanya membenarkan watak capai sehingga Level 25.

Jika anda pernah mencuba mana-mana game Diablo – tidak kira mana-mana RPG aksi jenis ‘ top-down’ – maka semunya lebih kurang sama. Left mouse button (LMB) akan melakukan hampir semua aksi, dan merupakan cara utama untuk kita menyerang. Kemudian, di bahagian bawah skrin kita boleh melihat hotkey untuk skill.
Potion berfungsi secara mengecas, dan selain itu, tiada potion untuk Mana, hanya sistem ‘umum’ contohnya Fury untuk Barbarian, dan Mana untuk Sorcerer, di sebelah kanan hotbar. Cas Potion boleh diperolehi secara rawak, jatuh daripada musuh atau daripada objek yang boleh dimusnahkan/yang boleh diinteraksi. Potion boleh dinaik taraf menggunakan bahan yang kita ambil dari dunia luar dan di level tertentu.

Pada setiap level, kita akan dapat ‘skill point’, yang kemudian boleh diagihkan ke dalam skill tree. Node baru akan dibuka apabila kita membelanjakan skill point ke arah skill baharu atau pasif berkaitan. Sesuatu skill mempunyai dua modifier berasingan, tetapi kita hanya boleh memilih satu. Pada masa yang sama, kita boleh reset skill tree pada bila-bila masa. Reset pertama adalah percuma tetapi kemudian ia memerlukan bayaran emas.
Skill boleh dimasukkan ke dalam slot ‘enchantment’ dan memberikan kemahiran pasif yang berbeza. Untuk sorcerer, saya perlu menyelesaikan quest pendek dahulu sebelum sistem dibuka. Memasukkan Chain Lightning ke dalam slot Enchantment memberi saya pasif untuk ‘menggunakan Chain Lightning sebaik sahaja saya menggunakan 100 Mana’.

Kita turut mempunyai mekanik Evade, iaitu butang mengelak. Sebaik sahaja digunakan, ia akan masuk ke keadaan cooldown dan tidak boleh digunakan terlalu kerap.
Selain itu, terdapat level untuk kepakaran senjata yang bergantung pada berapa kerap kita menggunakan senjata tertentu. Tab ini tidak tersedia untuk Sorcerer dan hanya wujud untuk watak jenis melee.

Saya mencuba Barbarian di World Tier 1 (paling mudah) dan Sorcerer di WT2 (lebih sukar sedikit untuk dapatkan lebih banyak ganjaran). Agak kelakar untuk melihat betapa mudahnya Sorcerer bermain kerana kita boleh berlari dan mengelak musuh manakala Barbarian tidak mempunyai pilihan jarak jauh dan mesti merusuh ke sekumpulan musuh dan tidak mempunyai serangan AOE yang hebat.
Secara keseluruhan, sistem pertempuran tidak banyak berubah daripada entri lama dalam siri.
Aspek eksplorasi

Kini, tiada lagi skrol untuk town portal. Kita hanya perlu tekan T dan pemain akan terus dihantar ke sana. Fast travel juga mudah selagi anda membuka waypoint berkaitan.
Di dunia luas, terdapat tempat di mana anda boleh melompat / lalu di bawah, yang ditandai dengan tapak kaki atau ditunjukkan oleh ‘jarum kompas’ pada peta. Jika tidak, kita biasanya tidak boleh melompat atau merenti persekitaran menggunakan kaedah ini.
Sambil meneroka, kita kadangkala akan menemui mini-dungeon atau bilik dengan sekumpulan musuh lemah dan satu elit. Di samping itu, kita akan menemui peristiwa dinamik yang akan muncul pada peta sebagai bulatan oren.

Kadangkala, saya diminta untuk mengalahkan segerombolan raksasa, atau melindungi sesuatu. Objektif besar akan memberikan harta karun dengan ganjaran lebih bagus apabila menyelesaikan sebuah peristiwa dan kita juga akan menerima Murmuring Obols daripada peristiwa ini yang – kemudian boleh digunakan untuk membeli item rare secara rawak di Purveyor of Curiosities.
Petanya agak luas walaupun untuk satu zon dalam preview build Diablo 4 ini, tetapi ia terasa agak kosong tanpa orang di sekeliling. Mungkin apabila lebih ramai pemain dapat cuba dan lebih peristiwa dinamik ditambah, barulah rasa meriah.

Shrine masih wujud di sekitar di mana kita boleh berinteraksi untuk mendapatkan pelbagai buff. Apa yang menggalakkan penerokaan ialah Altar Lilith yang memberikan buff kekal kepada semua watak apabila ditemui. Altar of Lilith tidak muncul pada peta, jadi kita perlu mencarinya.
Kekuatan musuh juga mengikut Level relatif kita, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh merayau ke kawasan dengan Level lebih tinggi. Kawasan pertama yang saya mulakan mempunyai kesukaran sehingga Level 18 apabila saya kembali buat kali kedua.
Seterusnya, terdapat butang yang membolehkan kita “reset sebuah dungeon”. Saya tidak mencubanya kerana saya tidak ingin dungeon yang rawak merosakkan pengalaman saya.
Aspek upgrade

Upgrade memerlukan sumber yang boleh diperolehi dari dunia luar atau dari[ada pelbagai barangan ajaib/rare. Daripada apa yang saya tahu, emas nampaknya agak mudah untuk diperoleh tetapi juga menjadi sangat mahal untuk upgrade. Barangan rare yang saya upgrade hanya dua kali memakan sebanyak 60K emas atau lebih.
Kita boleh upgrade gem berkualiti rendah kepada kualiti tinggi jika mempunyai jumlah yang mencukupi dalam inventori. Memasukkan gem ke dalam jenis peralatan yang berbeza akan memberikan bonus berbeza. Kita juga boleh menambah soket tetapi saya tidak tahu sama ada terdapat had untuk bilangan soket yang boleh diperolehi oleh item, dan saya juga tidak jumpa tempat untuk membeli item soket itu.

Pengalaman saya untuk preview awal Diablo 4 cukup solid; visual sangat padu, sistem pertempuran rumit tapi menarik, bahagian eksplorasi cukup luas dan banyak lagi contoh positif saya boleh beri – jadi mana-mana peminat Diablo layak rasa teruja untuk cuba entri terbaru dalam siri!
Malangnya, seperti saya kata di atas, Diablo 4 masih belum mempunyai tarikh keluaran rasmi, tapi harap-harap Blizzard dapat beri tarikh tepat secepat mungkin.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Diablo 4 termasuk interview eksklusif bersama Blizzard, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post