Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Predator Umum Desktop Orion X, Monitor Gaming Baharu & Controller Wayarles Gaming Di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Monitor, Teknologi
0 0
0
Predator Umum Desktop Orion X, Monitor Gaming Baharu & Controller Wayarles Gaming Di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena permulaan kejohanan kelayakan Predator League Malaysia 2025, Acer Malaysia mengumumkan komputer desktop gaming Orion X yang berkuasa di samping tiga monitor gaming dan controller gaming yang canggih. Berikut adalah butiran lengkap:

Predator Orion X

Kredit: Acer Malaysia

Predator Orion X memiliki rangka padat 15.4L dengan reka bentuk mesra pengguna yang membolehkan naik taraf dan penyelenggaraan dengan mudah. Bahagian dalamannya dipecahkan kepada beberapa zon berlainan untuk CPU, kad grafik, dan sistem penyejukan, membolehkan penaiktarafan yang senang.

Untuk menambah kemudahan pengguna, ruang SSD M.2 boleh tukar diletakkan di bahagian hadapan, membolehkan penyimpanan ditukar dengan segera.

Kredit: Acer Malaysia

Predator Orion X dilengkapkan dengan reka bentuk bilah kipas Predator Frostblade 3.0 yang meningkatkan saluran udara sambil mengurangkan getaran dan bunyi. Aplikasi PredatorSense 4.0 membolehkan para gamer memantau dan meningkatkan prestasi sistem, overclock, dan menyesuaikan lampu RGB dengan beberapa klik sahaja.

Komputer desktop gaming Predator Orion X dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i7-14700F dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4080 SUPER, serta dipasang dengan RAM DDR5 sehingga 32GB (boleh dinaik taraf sehingga 64GB) dan SSD PCIe Gen 4 1TB.

Kredit: Acer Malaysia

Tersedia dari eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, Predator Orion X datang dalam dua pilihan – Intel Core i5 dan Intel Core i7, yang masing-masing bernilai RM10,999 dan 12,999.

Barisan Monitor Gaming Baharu Predator

Kredit: Acer Malaysia

Monitor gaming Ultra Lebar 32:9 Predator X49 V dilengkapkan dengan panel beresolusi DQHD (5120×1440) dengan lengkungan 1800R. Kadar segar semula sehingga 144Hz, kadar masa tindak balas setangkas 0.03ms (GTG), dan piawaian VESA DisplayHDR™ True Black 400 memastikan pengalaman permainan yang lancar dan ketepatan warna.

Predator X49 V juga dilengkapkan dengan AMD FreeSync Premium, gamut warna lebar 99% DCI-P3, dan suis KVM untuk mengawal beberapa PC dengan senang. Dengan ciri-ciri PIP/PBP yang canggih, para gamer boleh bekerja dengan pelbagai tugasan secara serentak melalui tayangan dari dua aplikasi berbeza daripada pelbagai sumber yang berbeza.

Monitor gaming Predator XV323QU M3 dan XB273U V3 pula menawarkan resolusi WQHD (2560×1440) dengan kadar segar semula 180Hz dan kadar masa tindak balas secepat 0.5mx (GTG).

Kredit: Acer Malaysia

Kedua-dua monitor menyokong AMD FreeSync Premium untuk membolehkan pengalaman permainan yang lancar walaupun dalam adegan aksi yang mendebarkan.

Para gamer boleh menikmati warna terang, seakan hidup berkat gamut warna lebar 95% DCI-P3 dan ketepatan warna Delta E<1. Teknologi Agile-Splendor IPS meningkatkan lagi kadar masa tindak balas sambil mengekalkan warna yang cerah dan sudut pandangan luas.

Ketiga-tiga paparan tersebut direka untuk keselesaan dengan Ergostand yang membolehkan para gamer untuk menyesuaikan ketinggian, senget, dan pusingan, manakala Wijet Paparan Acer memudahkan penyesuaian tetapan.

Kredit: Acer Malaysia

Pra-pesanan untuk Predator X49 V sekarang dibuka sehingga 22 September 2024, dengan harga rasmi RM4,699. Tersedia dengan segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, Predator XB323QU M3 dan XC273U V3 akan masing-masing dijual dengan harga RM1,299 dan RM899.

Controller Gaming Wayarles Predator dan Acer Nitro

Kredit: Acer Malaysia

Controller gaming wayarles Predator PGR300 menyediakan pengawalan yang tepat dan responsif berkat joystick Hall Effect dan analog trigger. Diperbaik dengan sensor pergerakan dan dua motor getaran, ia menarik para pemain ke dalam aksi dan diuji sehingga 3 juta klik untuk penggunaan yang intensif dan panjang.

Reka bentuk ergonomiknya dilengkapkan dengan joystick analog tidak bersimetri yang selaras dengan ibu jari para pengguna, di sampingkan dengan joystick boleh tukar tambahan dengan ketinggian berlainan untuk keselesaan yang terbaik.

Kredit: Acer Malaysia

Manakala adiknya, controller gaming wayarles Nitro NGR300 sesuai untuk penggunaan para gamer sederhana. Lengkap dengan joystick analog tidak bersimetri, analog trigger, dan dua motor getaran, ia menyediakan pegangan selesa lagi ergonomik.

Kedua-dua controller gaming dilengkapkan dengan sambungan tanpa wayar untuk menawar kebebasan melalui pergerakan yang tidak terbatas, dan kesesuaian yang luas merentasi pelbagai platform.

Predator PGR300 dan Nitro NGR300 tersedia dengan segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara dan dijual masing-masing dengan harga RM399 dan RM199.

Promosi

Sempena kejohanan Predator League Malaysia 2025, Acer menawarkan promosi istimewa dari 13 sehingga 22 September 2024.

Para pelanggan akan menikmati potongan harga sehingga RM200 dan menerima Predator Galea 315 bernilai RM199 secara percuma ketika membeli paparan X49V, manakala para pelanggan yang membeli Orion X dengan Intel Core i7 akan menerima Kerusi Gaming Predator bernilai RM1,299 secara percuma.

Tawaran-tawaran lain termasuk potongan harga sebanyak RM100 untuk Pengawal Permainan Tanpa Wayar Predator.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Predator Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: predatorPredator Orion X
ShareTweetSend
Previous Post

Saksikan Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals Di MITEC; Tiket Dijual Mulai 1 Oktober

Next Post

Info Tiket YOASOBI ASIA TOUR 2024-2025 Diumumkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Info Tiket YOASOBI ASIA TOUR 2024-2025 Diumumkan!

Info Tiket YOASOBI ASIA TOUR 2024-2025 Diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd