Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Predator Malaysia Mekar Bersama Komuniti Gaming, Perkenalkan ‘Predator Tribe’

Maira by Maira
September 30, 2021
in Artikel, Berita, Produk
0 0
0
Predator Malaysia Mekar Bersama Komuniti Gaming, Perkenalkan ‘Predator Tribe’
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menghargai para peminatnya, Predator Malaysia hari ini memperkenalkan Predator Tribe kepada semua penggemar permainan video. Selari dengan pengumuman ini, Predator Malaysia juga bekerjasama dengan artis lakaran tempatan popular, Vince Low untuk menghasilkan cenderamata edisi terhad kepada ahli terawal Predator Tribe.

Predator Tribe dicipta untuk golongan yang meminati permainan video, sama ada professional atau amatur. Ahli pelopor/perintis yang dikenali sebagai Predator Tribal Guardians bukan nama asing dalam komuniti gaming Malaysia iaitu Ai Gaming, ChuChu Gaming, MasterRamen dan Spartanker.

Menjelang pelancaran Predator Tribe, Predator Malaysia bekerjasama dengan artis tempatan, Vince Low untuk mengeluarkan koleksi pertama cenderahati yang menarik dan penuh bergaya bersama Predator Tribal Guardians. Cenderahati ini didatangkan dalam empat rekaan yang mewakili setiap satu Guardian. Ia boleh dibeli pada harga RM400 mulai 30 Oktober 2021 di kedai atas talian rasmi di Shopee and estore Acer Malaysia.

“Matlamat Predator ialah menyediakan peluang kepada pemain untuk menonjolkan bakat yang terpendam, tanpa mengira siapa mereka. Kami mahu bekerjasama dengan mereka untuk mengembangkan ekosistem dan komuniti ‘gaming’,” kata Johnson Seet, Pengarah Pemasaran, Produk dan Urusan Pengguna, Acer Malaysia.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Predator Malaysia juga bekerjasama dengan organisasi e-sukan yang terkemuka di Malaysia, Team Secret, dan menyerap salah satu pasukan Malaysia mereka ke dalam Predator Tribe. Selaras dengan aspirasi Predator untuk menyokong keseluruhan komuniti ‘gaming’, Predator Malaysia berganding bahu dengan Lugiami bagi menyokong wanita dalam ‘gaming’.Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru Predator ini, anda boleh layari laman Facebook rasmi Predator.

Acer Predator kali ini memang terbaik dalam usaha mereka untuk lebih rapat dengan komuniti gaming di Malaysia. Terdapat banyak lagi produk baru yang bakal dilancarkan. Jika anda berminat untuk mengetahui produk lain dari Acer Predator, anda boleh klik di pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer predator MalaysiapredatorPredator Tribe
Previous Post

[TGS 2021] eFootball 2022 kini boleh dimuat turun secara percuma di PlayStation, Xbox & PC!

Next Post

Trailer terbaru Gungrave G.O.R.E. dipanjangkan dengan Gameplay dan menambah Ikumi Nakamura untuk Merancang Pasukan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Trailer terbaru Gungrave G.O.R.E. dipanjangkan dengan Gameplay dan menambah Ikumi Nakamura untuk Merancang Pasukan

Trailer terbaru Gungrave G.O.R.E. dipanjangkan dengan Gameplay dan menambah Ikumi Nakamura untuk Merancang Pasukan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd