Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Predator League 2024 Akan Bermula Hujung Minggu Ini! Hadir dengan Pameran Khas Monitor & Promosi Hebat!

Maira by Maira
September 29, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Game, Kejohanan esports, Pameran/Expo, Promosi
0 0
0
Predator League 2024 Akan Bermula Hujung Minggu Ini! Hadir dengan Pameran Khas Monitor & Promosi Hebat!

Sumber imej: Acer

Share on FacebookShare on Twitter

Sempena pusingan akhir tempatan Predator League Asia Pasifik 2024, Acer Malaysia memperkenalkan dua monitor gaming terbaru, promosi yang menarik, dan 2 pasang tiket perjalanan ke Predator League Asia Pasifik 2024 bernilai RM 10,000 sepasang.

Sumber: Acer

“Predator telah berkembang seiring dengan ekosistem gaming Malaysia sejak tahun 2015. Kami telah terus-menerus memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan industri ini dengan bekerjasama aktif serta menyokong golongan gamer profesional dan kasual, para penstrim, acara-acara yang berkaitan dengan gaming, dan institusi pendidikan. Predator League yang bermula di tahun 2017 ini adalah bukti komitmen kami untuk menyokong industri gaming tempatan. Kejohanan ini menawarkan suatu platform dan peluang untuk para gamer menajamkan kemahiran mereka dan peluang untuk muncul dengan potensi mereka di pentas antarabangsa,” ujar Johnson Seet, Pengarah Perniagaan Pengguna, Produk dan Pemasaran.

Sempena pusingan akhir tempatan Predator League 2024, Acer membawa paparan-paparan OLED yang pertama daripada Predator khusus untuk dipamerkan sepanjang kejohanan ini – salah satunya menawarkan prestasi yang hebat dan satu lagi menawarkan paparan 4K 48 inci.

WQHD OLED Predator X27U

Sumber: Acer

Lengkap dengan paparan OLED WQHD 26.5 inci dengan 99% gamut warna DCI-P3, Predator X27U hadir dengan refresh rate sehingga 240Hz, response time secepat 0.03ms (G-to-G) dan 0.01ms dengan teknologi AMD Freesync Premium untuk menyampaikan prestasi gameplay yang lancar. Gabungan ciri-ciri hebat ini juga boleh memenuhi kehendak para gamer yang paling tegar di Malaysia

Menggabungkan ciri Delta<1, sokongan untuk HDR10, dan persijilan TÜV Rheinland EyeSafe, paparan Predator X27U ini menawarkan visual yang mengagumkan dengan kecerahan sehingga 1000 nits, memastikan pengalaman tontonan yang menarik lagi selesa. Metal Stand yang boleh diselaraskannya hadir dengan asas logam yang kukuh dan anggun untuk memastikan paparan ini stabil dengan apa jua sudut pandangan terbaik untuk para gamer sepanjang gameplay.

Sumber: Acer

Monitor ini juga datang dengan suis KVM yang membolehkan para gamer bertukar antara peranti tanpa mengganti monitor, keyboard, dan mouse. Manakala USB Type-C PD 90W mengurangkan bilangan wayar yang diperlukan dan meningkatkan kemudahan sambungan.

Tersedia dengan segera di kedai konsep Acer di seluruh negara, monitor gaming Predator X27U akan dijual dengan harga RM3,999.

4K OLED Predator CG48

Sumber: Acer

Lengkap dengan layar 4K 48 inci, refresh rate 138Hz, monitor gaming Predator CG48 ini layak untuk dijadikan pusat hiburan di rumah. Sesuai untuk para gamer konsol, Predator CG48 ini menyokong HDMI 2.1 dan DisplayPort 1.4 untuk pengalaman gaming ditahap yang tinggi, manakala empat port USB 3.2 dan satu port USB Type-C menawarkan kemudahan untuk memasang pelbagai peranti tambahan.

Teknologi AMD FreeSync™ Premium Pro dan response time secepat 0.1ms (G-to-G) menawarkan pengalaman gaming dalam resolusi 4K yang terpantas. Teknologi AMD FreeSync™ Premium Pro dengan refresh rate boleh-ubah ini juga menyampaikan pengalaman gaming yang lancar yang mengurangkan ‘screen tearing’, stuttering, artifak, dan kelipan.

Sumber: Acer

Paparan OLED Predator CG48 ini mengandalkan nisbah kontras 135,000:1, HDR10 dan liputan gamut warna DCI-P3 sebanyak 98% untuk menawarkan pengalaman tontonan yang mengagumkan. Paparan OLED boleh mematikan piksel-piksel individu, memaparkan warna hitam yang mendalam dan tepat. Persijilan TÜV Rheinland EyeSafe juga mengurangkan cahaya biru yang memudaratkan sambil mengekalkan ketepatan warna yang tinggi.

Tersedia dengan segera di kedai konsep Acer di seluruh Malaysia, monitor gaming Predator CG48 ini dijual dengan harga bermula RM 5,999.

Promosi dan Jualan Kilat Yang Tidak Boleh Dilepaskan Untuk Para Gamer

Acer akan mengadakan jualan kilat dengan potongan harga sebanyak 75% pada 12.00 petang, 30 September 2023. Antara peranti-peranti yang dijual termasuk Acer Nitro VG240YE dengan harga RM269 (potongan harga lebih dari 40%), Predator X27U terbaru dengan harga RM2,999 (potongan harga sebanyak RM1,000), Predator CG48 dengan harga RM4,999 (potongan harga sebanyak RM1,500) dan kerusi gaming Nitro dengan harga RM 199 (potongan harga sebanyak 75%).

Untuk para pelanggan yang terlepas jualan kilat ini, ada lagi promosi eksklusif atas barisan produk gaming dari Predator yang termasuk laptop, komputer desktop, monitor, dan aksesori tambahan, di tempat acara Noizucon mahupun di atas talian (eStore). Sehingga 1 Oktober 2023, Acer Malaysia akan menawarkan harga Predator X27U dan CG48 dengan harga RM3,599 dan RM 5,399 untuk tiga hari sahaja.

Untuk memperkukuhkan penawaran ini, pelanggan yang membeli peranti-peranti terpilih semasa acara atau melalui pembelian dalam talian akan berpotensi memenangi sepasang tiket pergi pulang ke Manila untuk menyaksikan Grand Final Predator League Asia Pasifik 2024, di mana setiap sepasang tiket tersebut bernilai RM10,000.

Acer Malaysia juga menjemput komuniti gaming Malaysia untuk menyertai livestream dalam menyaksikan pasukan-pasukan yang menang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Sebagai tanda penghargaan kepada pengikut-pengikut Predator yang setia, Acer juga akan menghadiahkan sepasang tiket ke Manila kepada satu penonton yang bertuah.

Sumber: Predator

Predator League Asia Pasifik 2024 ini mempunyai kumpulan hadiah sebanyak USD400,000 (RM1,873,800), termasuk hadiah tempatan di semua wilayah yang mengambil bahagian, seperti kumpulan hadiah sebanyak RM100,000 untuk peringkat akhir tempatan di Malaysia. Pasukan-pasukan yang menang akan beradu dengan pasukan-pasukan juara dari seluruh rantau APAC di Grand Final Predator League Asia Pasifik di Filipina pada 13 dan 14 Januari 2024.

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini mengenai acara ini, sila layari laman web rasmi atau ikuti akaun media sosial Predator Malaysia di Facebook dan Instagram.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Asia Pacific Predator League 2024Liga Predator 2024Predator League Asia Pacific 2022 Grand Finals
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic Superstars: Main bersama kawan dalam mode co-op Battle Mode!

Next Post

Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 umum kempen “Autumn Festival” – Pelbagai ganjaran menanti!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 umum kempen “Autumn Festival” – Pelbagai ganjaran menanti!

Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 umum kempen "Autumn Festival" - Pelbagai ganjaran menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd