Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Predator Helios Neo 16 Bawakan Upgrade Baharu Buat Gamer! Dilengkapi Intel Core 14th Gen & RTX 40 Series!

Maira by Maira
January 9, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Predator Helios Neo 16 Bawakan Upgrade Baharu Buat Gamer! Dilengkapi Intel Core 14th Gen & RTX 40 Series!

Sumber: Acer

Share on FacebookShare on Twitter

Acer mendedahkan Predator Helios Neo 16 baharu pada tahun ini. Dilengkapi dengan penambahbaikan pada perkakasan, laptop gaming baharu ini juga kembali dengan rupa ikoniknya. Jom kita lihat lebih lanjut mengenainya.

    Sumber: Acer

    Predator Helios Neo 16 akan menawarkan model dengan pemproses sehingga 14th Gen Intel® Core™ i9 berprestasi tinggi yang dipasangkan dengan GPU laptop sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070. Dengan dilengkapi kad grafik generasi baharu ini, ia akan memberikan kelancaran tinggi semasa gaming, ray tracing termasuklah meningkatkan produktiviti dalam produksi grafik.

    Untuk memastikan semua kuasa ini sejuk, Helios Neo turut menyertakan sistem penyejukan termaju Acer, menampilkan teknologi kipas AeroBlade™ semua logam kejuruteraan tersuai dan gris haba logam cecair pada CPU untuk mendorong prestasi ke potensi maksimumnya.

    Sumber: Acer

    Selain menyampaikan prestasi kelas pertama, visual yang menakjubkan adalah nadi Predator Helios Neo 16. Laptop gaming ini turut dilengkapi paparan 16:10 WQXGA 240Hz DCI-P3 16-inci baharu, memastikan visual yang paling lancar dan terang semasa bermain game yang bergerak pantas. Pengguna akan dapat rasai pengalaman visual yang berbeza dengan paparan ini. Ia juga menyampaikan visual yang direka oleh pembangun game.

    Reka bentuknya casis juga mengkelkan estetika daripada model lama dengan cover casis mempunyai kod unik Predator. Inilah masanya untuk pengguna menyelam lebih dalam ke Predatorverse.

    Sumber: Acer

    Buat masa ini, tiada lagi harga rasmi untuk laptop gaming ini untuk pasaran Malaysia. Jadi nantikan pengumuman rasmi daripada Acer Malaysia pada masa akan datang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.

    Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
    @gamersantaimy
    Tags: predatorPredator Helios Neo 16
    ShareTweetSend
    Previous Post

    Acer Bekerjasama dengan Qualcomm untuk Melancarkan Dua Router Baharu, Predator Connect X7 5G CPE & Predator Connect T7!

    Next Post

    ROG Phone 8 Baharu Didedahkan, Bakal Lancar di Malaysia pada Hujung Januari 2024!

    Maira

    Maira

    Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

    Related Posts

    Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
    Berita

    Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

    June 6, 2025
    Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
    Berita

    Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

    June 6, 2025
    Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
    Anime

    Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

    June 6, 2025
    Next Post
    ASUS ROG Memperkenalkan Barisan Baharu Zephyrus dan Strix untuk 2024!

    ASUS ROG Memperkenalkan Barisan Baharu Zephyrus dan Strix untuk 2024!

    Discussion about this post

    Discord Kami

    Sertai Discord kami

    Facebook Kami

    YouTube Kami

    Twitter/X Kami

    Follow @GamerSantaiMY

    Tweet to @GamerSantaiMY

    Anime

    Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
    Berita

    Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

    June 5, 2025
    Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
    Animasi

    Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

    June 4, 2025
    Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
    Berita

    Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

    June 3, 2025
    Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
    Filem

    Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

    June 2, 2025
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Privacy & Policy

    © 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In
    No Result
    View All Result
    • Berita
    • Temuramah
    • Review
    • Sister Sites
      • Wanuxi
      • Gamer Braves
      • GamerWK
      • Gamer555

    © 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd