Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-order pakaian rasmi Esports Malaysia sekarang, GANK sebagai penaja rasmi

safwan by safwan
April 18, 2022
in Artikel, Berita, Kejohanan esports
0 0
0
Pre-order pakaian rasmi Esports Malaysia  sekarang, GANK sebagai penaja rasmi
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 15 April, Malaysia Esports Federation telah memperkenalkan pakaian rasmi Esports Malaysia dengan kerjasama GANK untuk Sukan SEA ke-31 di Hanoi Vietnam. Pakaian ini telah mula dijual pada 15 April yang lalu.

Selepas memperkenalkan reka bentuk rasmi, pihak Gank membolehkan orang ramai untuk membeli pakaian ini melalui laman web rasmi mereka. Untuk jersi, mereka meletakkan harga RM90 manakala jaket berharga RM150. Bagi pelitup muka, mereka menjualnya pada harga RM15. Kepada yang berminat, korang boleh membelinya di sini.

Pakaian ini akan dipakai oleh atlet Esports Malaysia di kejohanan Sukan SEA 31 nanti. Berikut adalah acara berserta pasukan yang akan mewakili Malaysia:

  • Mobile Legends Bang-Bang: Todak
  • PUBG Mobile: Tabah NSEA dan Geek Fam
  • Wild Rift: SEM9
  • League of Legends: SEM9
  • Arena of Valor: ADT Esports
  • Free Fire: Secret Epert dan Sorry Roar
  • Fifa Online 4: Orange Esports

Kepada yang tidak tahu, terdapat dua cara pemilihan untuk Sukan SEA kali ini. Dua cara tersebut ialah pemilihan tertutup melalui jemputan dan pemilihan terbuka. Pemilihan tertutup mempunyai tiga game yang dimainkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Player’s Unknown Battlegrounds Mobile dalam skuad dan individu, dan yang terakhir Free Fire.

Untuk pemilihan terbuka pula, terdapat empat game yang dimainkan iaitu League of Legends: Wild Rift untuk pasukan lelaki dan perempuan, FIFA Online 4, Arena of Valor dan League of Legends

Dengan pasukan yang dipilih sekarang, Malaysia menyasarkan kedudukan pingat kedua teratas dan dijangka diperoleh daripada game seperti MLBB, PUBG Mobile, FIFA Online 4 dan Arena of Valor. Sasaran ini dibuat melalui prestasi atlet pada sukan SEA yang lalu, di mana kontijen negara berjaya membawa pulang pingat emas untuk game Heartstone dan pingat gangsa untuk MLBB.

Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan ke Sukan SEA 2021 dan majulah e-sukan untuk negara! Jadi, apa tunggu lagi? Pergi dapatkan pakaian rasmi esports Malaysia sekarang! Untuk mendapatkan liputan lain daripada kami mengenai e-sukan, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Ghost of Tsushima henti menambah update baru, game sudah “sempurna”

Next Post

Senarai penuh episod Filler One Piece! Best atau tidak filler ini?

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Senarai penuh episod Filler One Piece! Best atau tidak filler ini?

Senarai penuh episod Filler One Piece! Best atau tidak filler ini?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd