Hari in, SEGA dan Nexon mengumumkan bahawa pre-order untuk salinan fizikal versi PlayStation 5 (PS5) bagi The First Berserker: Khazan kini dibuka secara rasmi. Peminat Dungeon Fighter Online (DnF) boleh pesan game ini sekarang sebelum pelancaran rasmi pada 28 Mac 2025, di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Steam.
Perjalanan Penuh Balas Dendam
Game ini berlatarbelakangkan alam semesta Dungeon & Fighter (DNF), salah satu harta intelek yang terkenal dari Nexon. Pemain akan mengambil peranan sebagai Khazan, jeneral agung dari Empayar Pell Los, yang telah mengatasi kematian.

Naratif mengikuti perjalanan Khazan untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kejatuhannya, mencari pembalasan terhadap mereka yang mengkhianatinya. Khazan dan Ozma, watak utama lain, dahulunya adalah wira yang menyelamatkan empayar daripada Berserk Dragon Hismar dan Dragon Legion.
Namun, Khazan telah difitnah atas tuduhan pengkhianatan, yang menyebabkan pengasingannya dan transformasinya menjadi “First Berserker.”

Game ini menggabungkan gameplay hack-and-slash dari Dungeon Fighter Online dengan elemen aksi hardcore yang mengingatkan kita kepada game Soulslike. Pemain akan terlibat dalam pertempuran yang sengit dan strategik melawan pelbagai musuh dan bos, dengan tumpuan pada penguasaan mekanik pertempuran yang rumit.
Bonus Pre-order: Fallen Star Armor Set
Sebagai insentif khas untuk pre-order, pemain akan menerima Fallen Star Armor Set eksklusif. Set ini mencerminkan penampilan Khazan selepas difitnah atas tuduhan pengkhianatan dan diasingkan ke gunung bersalji.
Ia berfungsi sebagai ganjaran kosmetik, tetapi juga boleh dinaik taraf dan disesuaikan untuk penggunaan sepanjang permainan. Fallen Star Armor Set termasuk:
- Fallen Star’s Resolve
- Fallen Star’s Mark
- Fallen Star’s Scar
- Fallen Star’s Tattered Clothing
- Fallen Star’s Shackles

Harap maklum bahawa ganjaran pre-order The First Berserker: Khazan tidak akan tersedia melalui cara lain selepas tarikh pelancaran, menjadikannya satu keperluan untuk para penggumpul dan peminat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post